Tuesday, 21 August 2012

semoga Dia membuka pintu hati kita...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, 

Alhamdulillah, kita masih lagi berkesempatan bagi meraikan hari kemenangan setelah sebulan kita mengharungi cabaran. Masih belum terlambat untuk Naurah ucapkan " TAQABBALALLHU MINNA WA MINKUM" semoga Allah menerima amal ibadah kita.

Di dalam kegembiraan meraikan bulan kemenangan ini, Naurah kadang-kadang hairan dan terfikir juga sama ada mereka mengetahui atau sengaja buat-buat tidak tahu tentang pentingnya menutup aurat. Sedih juga apabila melihat mereka yang mana apabila keluar dari rumah sungguh cantik menutup ikut syarak, akan tetapi ada juga segelintir yang apabila berkumpul di rumah dengan ahli keluarga seolah-olah tidak kisah tentang aurat. 

Pada Naurah, apa pun mestilah bermula dari dalam. Jika kita hendak melihat perilaku kita, bersihkan jiwa terlebih dahulu. Jika hendak melihat percakapan kita,bersihkan hati terlebih dahulu, yakni demikian juga lah dengan menutup aurat, mulakan dengan ahli keluarga sebaik-baiknya. Jika aurat terjaga rapi di hadapan ahli keluarga insyaAllah perasaan  malu itu akan timbul sendiri jika hendak melangkah keluar dari pintu rumah. Duhai saudari seagamaku, tutup lah... Bahagian manakah yang harus ditutup bukan dibalut , aurat sesama wanita adalah dari pusat hingga ke lutut BUKAN dari pusat hingga ke peha. Penting nie..., sesetangah tue,kita lihat, atasnya ditutup sedangkan di bawahnya di buka. Aduhai saudari seagamaku, bukan kah itu juga sebahagian daripada auratmu? Walaupun sesama wanita WAJIB ditutup bahagian itu pusat ke lutut. Simpan sahaja kepada yang halal bagimu untuk melihatnya. 

Jika berkumpul bersama saudara mara pula, apa salahnya jika ditutup bahagian anggota itu. Contohnya,semasa musim perayaan kita berkumpul saudara mara yang mana bagi wanita, ada sepupu lelaki, suami kepada kakak, suami kepada ibu saudara... kita harus menjaga aurat ketika  mereka ada. Tutup lah sebagaimana kita hendak keluar dari rumah. Jika ada yang merasa janggal, ingat, pesan pada diri, aku lakukan ini kerana Allah Taala,bukan untuk penilaian manusia. InsyaAllah kekuatan itu ada. 

Allah berfirman yang bermaksud,"jika kamu bersabar dan bertakwa tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu."
Surah Al-Imran:120

Ingat juga, bagi wanita yang belum berumah tangga, bapa kita masih lagi menanggung dosa-dosa kita meskipun dia berada di alam barzakh. Bagi wanita yang sudah mempunyai suami, suami kita yang menangung dosa-dosa kita. Cukup kuatkah bapa serta suami  untuk menerima azab dari Allah Taala kelak? Allah... tepuk dada tanya iman masing-masing. Sering kali, terungkap di bibir kita sayangkan suami/sayangkan bapa, tapi apa yang kita lakukan adalah sebaliknya.. Mari sama-sama kita muhasabah diri. Semoga dengan nawaitu yang betul, Allah permudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat kelak. Di samping menulis, Naurah juga sedang meperingati diri ini. Naurah juga ingin meminta maaf andai ada kata yang mengguris hati . Semoga sahabat semua sentiasa di bawah lindungan-Nya :)


Poster ihsan dari Syahirul.com

Letakkan syurga sebagai tujuan kita setiap hari yang akan pengaruhi cara kita ibadah, dan berpakaian. Kaum wanita lihat pakaian kita hari ini ke arah neraka atau syurga. Kalau di bulan ramadhan yang tinggal cuma 2 hari kita masih keras hati dan tidak mendapat hidayah bila lagi " Its now or never , Prof. Dr. Muhaya ~



No comments:

Post a Comment