Assalamualaikum :)
kata Imam Syafie..
"Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. Ia juga amalan para Nabi, Rasul dan orang soleh"
Alhamdulillah, kerana masih lagi di beri nikmat kurniaan dari-Nya untuk menghirup udara pada hari ini. Lebih kurang lagi tiga hari untuk pulang semula ke Batu Pahat, bagi menyambung tanggungjawab yang masih belum terlaksana. InsyaAllah, lebih kurang setahun setengah lagi perjalanan untuk bergelar graduan ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal. Apa pun sebelum bergelar graduan ijazah, liku-liku perjalanan sangat mencabar mental dan emosi. Setiap kali terasa lemah, jangan lupa bahawa Dia sentiasa bersama kita. Melihat akan subjek yang bakal di tempuhi pada semester hadapan membuatkan jantung berdegup kencang. Mampukah aku mengharunginya? Dalam sisa-sisa lagi beberapa hari ini, persediaan mental sangat di perlukan. Kekurangan pada semester lepas di kenalpasti,insyaAllah untuk semester hadapan corak bertukar untuk lebih tertumpu kepada pelajaran. Teringat pesan Prof. Dr. Muhaya, " dunia dalaman yang menghasilkan persekitaran, dan bukannya persekitaran yang menghasilkan dunia dalaman kita" . Semoga azam ini terus kuat untuk bermujahadah hingga ke akhirnya. InsyaAllah, doakan saya juga ya sahabat :)
No comments:
Post a Comment