Assalamualaikum :)
Alhamdulillah di panjatkan kesyukuran kepada-Nya kerana kita masih lagi dapat bersua. Apa khabar sahabat :) Semoga kalian sihat berada di bawah limpah rahmat dari-Nya, insya-Allah. Aamiin :)
Rasa seperti sudah lama tidak berkongsi cerita dengan para pembaca. Kekangan masa menyebabkan saya jarang update untuk seketika. Alhamdulillah hari ini punya kesempatan untuk menulis :)
Suatu saat sedang asyik berfacebook, saya ada terlihat satu page yang menjual tudung. Cantik-cantik tudungnya. Saya sendiri tertarik dengan satu jenis tudung nie. Ada lapik dagu di bawahnya. Memudahkan kita para muslimah untuk menunaikan solat. Tak perlu lagi cari telekung. Ambil wuduk, sarung tudung dah..boleh terus solat. Cepat bukan :) Insya-Allah teringin juga hendak memilikinya suatu hari nanti. Saya selalu terbayangkan saya yang mengenakan tudung tersebut. InsyaAllah jika ada rezeki saya hendak memakainya tatkala pergi menziarahi makam para sahabat dan menjadi tetamu rumah Allah. Doa kan saya ya sahabat. Doakan semoga saya punya kekuatan dan istiqamah untuk memakainya. Insya-Allah :)
TUDUNG UMRAH & HAJI MUNAWWARAH...dari syazara, cantikan^^ harap suatu hari nanti saya dapat memakainya tatkala menziarahi makam para sahabat dan menjadi tetamu rumah Allah... rindu rasa,walaupun belum pernah jejak kaki ke sana.. doakan saya ya sahabat :)
No comments:
Post a Comment