Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih,Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum :)
Musim cuti buat student degree sedang bermula. Seakan-akan tidak percaya bahawa sem nie ana habis awal untuk peperiksaan. Di saat orang lain baru hendak memulakan hari peperiksaan ana sudah berada di penghujung. Hihihi, macam best je kan ^^ . Actually, selama berada di UTHM nie, rasanya nie baru 1st time habis exam awal.
Selesai saja, hbis exam dah ada date. Wahhh!! ha, dengan sape tue Naurah..hehe. Aip! Syuuutt. Dengan supervisor ana lah! Dr. Hariati. Alhamdulillah punya supervisor yang memahami. Syukur ke hadrat Ilahi kerana sudah punya suervisor (SV) sebab masih ramai lagi sahabat-sahabat ana yang masih belum punya SV lagi.
Ok! So, dekat sini ana nak berkongsi sikit macam mana cara yang ana gunakan untuk mencari supervisor. Semoga dapt membantu kalian. Kalau kita dengar petua senior-senior , boleh di katakan semuanya suruh cari SV sewal yang mungkin. Sebab apa, takut last minute tak dapat-dapat jugak SV, PSM nak kena jalan neh sem depan. Tak pun tak dapat buat dengan bidang yang kita minat. Usaha belajar 3, 4 tahun nak capai target yang kita nak, alih-alih PSM yang dapat tak sesuai dengan minat. Kalau boleh berlapang dada tak pe lagi, kalu tak? Ha, teruskan lah sampai PSM 2. Nanya! Orang Kedah kata. Hehe...^^
Ok, kembali ke topik asal tadi. Ana mula mencari SV sebelum cuti semester yang pertama. Itu pun, dah ramai yang mencari. Ana nie kira lambat la juga. Tapi yang aneh nya, koordinator bagitahu dia pelik dengan semester ana, sebab awal-awal lagi dah mula mencari, pada hal belum ada taklimat untuk PSM lagi. Hehehe.. "tu la Dr. saya pun pelik jugak" macam berani je nak jawab macam tue ea... Naurah, Naurah.
Setelah berpenat lelah seorang diri naik turun ,ulang alik ke blok pensyarah..sampai la waktu cuti semester. Tak dapat-dapat jugak. Lastly, dekat rumah time cuti neh, nampak je steady dalam dalam jiwa nie bergelora sebab takut tak dapat SV. Masak kalau dapat yang Automative ke, Termodinamik ke, Manufacturing ke, Design? Lagi laa... ana tak nak! . Bukan nak memilih, tapi untuk masa depan "terpaksa" pilih..hehehe :P
Ana sebenarnye, apply belajar dekat UTHM nie sebab Tekstil . Ye! Betul sebab tekstil. Hanya ada dua universiti sahaja yang di dalam Malaysia nie yang menawarkan kos tekstil. UiTM dengan UTHM. Ha, tue je. Betul... setakat sebelum ana apply U la. Sekarang ana tak pasti. Bukan main excited la nak buat PSM, siap ada projek dah nie. Alih-alih, time ana nak PSM la.. time nie dorang nak bubar kos Tekstil dari fakulti mekanikal. Tekstil under fakulti Teknologi. Hah! Memang luluh hati. Tapi tak ape, setiap yang berlaku ada hikmah-Nya. Hidup perlu di teruskan .Ye tak? Cewhhh! >,<
Finally ana decide untuk buat bahan sahaja. Sebab kalu yang lain-lain tue..memang tak nampak hala tuju dah. Mungkin ana nie orang makmal kot, sebab ana tak selesa dengan kerja bengkel even ana dalam bidang mekanikal. One more, ana pantang kalau ada lecturer sebut macam nie.. " kamu nie taraf engineer tau" tak pun cenggini " nanti kalau kamu dah keluar nanti macam mana nak jadi engineer kalau macam nie?" ha, ayat perli la tue. So, kalau keluar ayat macam nie ana jawab je, Dr. saya bukan nak jadi engineer, sy nak jadi lecture. Tapi dalam hati jela.Heheh... Pilih kasih kan lecture. Fokus dekat engineer je, yang nak jadi lecturer ke cikgu ke, macam di pinggirkan pulak kan. Ha...
Ehem, sambung-sambung. Hehe... so, ana pun dapat satu idea. Sebelum ana sent email bertanya . Ana godek-godek dan buat list dulu. Lecture mana yang ana nak. ha...gitu caranya. Buka dekat website UTHM tue, dekat profil staff, selidik dulu lecture mana yang sesuai dengan bidang yang nak buat PSM. Buat beberapa list.
Nak tengok, lecture tue ok ke tak? ha... tengok dekat profil pic dia. Kalu profil pic dia serius, mungkin garang orangnya, kalu senyum sampai ke telinga tue..ha..ceria la orangnya. Terpulang pada kalian nak berkerja dengan orang yang macam mana. Lepas tue, selidik pulak research apa yang dia buat. Grad dari universiti mana, daaaannn yang paling penting tengok berapa ramai anak buah PSM dia sebelum-sebelum nie. Sebab dari situ kita boleh lihat sejauh mana dia di gemari oleh student, hehehe^^ wink, wink. Dari situ juga kita boleh baca perwatakan seseorang. Ha, petua nie tak boleh dapat kat mana-mana taw. Teeeetttt.
Nak tengok, lecture tue ok ke tak? ha... tengok dekat profil pic dia. Kalu profil pic dia serius, mungkin garang orangnya, kalu senyum sampai ke telinga tue..ha..ceria la orangnya. Terpulang pada kalian nak berkerja dengan orang yang macam mana. Lepas tue, selidik pulak research apa yang dia buat. Grad dari universiti mana, daaaannn yang paling penting tengok berapa ramai anak buah PSM dia sebelum-sebelum nie. Sebab dari situ kita boleh lihat sejauh mana dia di gemari oleh student, hehehe^^ wink, wink. Dari situ juga kita boleh baca perwatakan seseorang. Ha, petua nie tak boleh dapat kat mana-mana taw. Teeeetttt.
Bila dah decide yang ambil lecture mana, baru kita boleh mula hantar email. One by one ye adik-adik. Jangan hantar sekali gus. Kena semua sekali dapat, tak ke kecik hati lecture tue. Sent satu,satu tanya dulu. Ayat kena sopan dan formal ok. Ingat tu. Kalau boelh guna email yang formal juga. So, nampak keterampilan kita di situ. Ini contoh yang ana punya:
Untuk tajuk pada headline, ana letak : Supervisor PSM
( so, nanti senang dia nak baca tak tercampur dgn email yang lain)
Assalamualaikum w.b.t,
Nama lecture. Maaf jika email ini menggangu Puan/Encik/Dr. Saya dapat maklumat tentang Puan/Encik/Dr di website fakulti. Saya nama kalian pelajar dari fakulti FKMP , ingin bertanya sama ada Puan/Encik/Dr merupakan salah seorang supervisor untuk PSM 1, semester hadapan. Jika ya, saya bercadang ingin membuat PSM berkenaan dengan bidang nyatakan bidang kalian . Namun, masih belum mempunyai tajuk yang spesifik. Jika Puan/Encik/Dr sudi dan masih mempunyai kekosongan, saya ingin mengambil Puan/Encik/Dr sebagai supervisor saya.
Terima Kasih atas maklumbalas.
Ok, bila lecturer tue dah setuju baru ke peringkat seterusnya iaitu buat janji temu. Kenapa ana buat cara begini. Satu, menjimatkan masa kita dan lagi satu mustahil untuk lecture tidak membuka email pada setiap pagi. So, bila dia buka dia akan baca sekali email kita. Genius tak ana^^
Dah panjang berjela rasanya ana berceloteh. Harap dapat membantu kalian. Semoga berjaya :)
Jaga diri,insyaAllah bersua lagi.
"Sometimes we must thinking out of box"
yeay!!! tahniah...
ReplyDelete