Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Siapa yang tidak kenal dengan Mark Zuckerberg??. Ok, bukan ana hendak bercerita tentang beliau, tetapi tentang hasil ciptaan beliau dan seantero dengannya. Alhamdulillah dengan kemudahan dan teknologi yang ada sedikit sebanyak membimbing kita ke arah untuk lebih maju setapak ke hadapan. Tetapi masih ada juga yang mengatakan Facebook nie tidak berfaedah. Bagi ana, tidak semua ciptaan Yahudi yang sia-sia dan perlu di "banned ", selagi ia mendatangkan kebaikan apa salahnya kita menggunakannya. Jelas isu ini timbul ketika Gaza di serang pada awal tahun Islam yang lepas. Ada yang pertikaian ,jika McD kecoh-kecoh wajib di banned, mengapa Facebook tidak pula termasuk dalam senarai.
Ayak! >___< Bagi ana tidak perlu untuk terlalu mengikut perasaan. Pengalaman ana sendiri, ana mengetahui berita tentang apa yang berlaku dengan saudara kita Gaza pada ketika itu adalah melalui medium Facebook itu sendiri. Sebagai pelajar untuk membaca naskah akhbar jelas, JARANG sekali, hehe. Ok, itu ana memang akui ^^ .
Sebenarnya, apa pun yang terlibat secara langsung mahu pun tidak di dalam kehiduan seharian kita, ada buruk dan baiknya. Seperti Facebook, ada yang mengelarnya tidak berfaedah dan sebagainya. Cuba kita "tune" sikit kaca mata penglihatan kita. InsyaAllah masih ada kebaikan yang dapat di lihat. Ana bukan menyebelahi Mark Zuckerberg ye, perlu jelas di situ.
Facebook, jika di lihat merupakan medium yang paling mudah untuk kita perolehi maklumat dan juga ilmu. Banyak sebenarya info-info yang dapat di peroleh melaluinya. Pernah dengar ungkapan kita yang mencorakkan hidup kita. Begitu juga dengan Facebook. Kita yang mencorakkan apa yang kita hendak dapat dari Facebook nie. Ramai juga pendakwah yang menggunakan Facebook sebagai medium untuk war-warkan sesuatu program misal kata. Kita, boleh add akaun mereka, dengan itu setiap kali apabila kita membuka akaun Facebook kita tidak hairanlah jika newsfeed kita di penuhi dengan ilmu-ilmu. Ya, kita sendiri yang menentukan ke arah mana yang hendak di tuju.
Kekadang tertawa sendiri, kerana sesetengah pihak yang pertikai jika ada pihak yang blok mereka sebagai teman di Facebook. Ya, ana sendiri pernah berbuat sedemikina rupa. Kenapa?? Jika sudah gambar-gambar dengan pelbagai aksi yang boleh mendatangkan fitnah serta kata-kata status mereka yang boleh memberikan feedback yang negetif terhadap diri. Itu bukan salah ana, jika ana blok mereka. Ana blok mereka kerana ana tidak mahu diri ana turut sama di pengaruhi oleh pemikiran mereka. Manusia nie banyak dapat melihat keburukan orang lain, TETAPI buruk diri sendiri tidak nampak. Haduii.. Mari sama kita ubah persepsi pemikiran kita. Be positive ok!
Akhir kata, Mark Zuckerberg tak salah. Yang salah diri kita kerana tidak pandai menggunakan kemuddahan yang telah di cipta untuk ke arah kebaikan.Setuju???
p/s: Jadikan Facebook sebagai medium untuk mencari ilmu BUKAN untuk mencari berita. Dan berpada-pada apabila menggunakan ia, kerana suku penduduk dunia mempunyai akaun FB, jadi jangan sampai ia mendatangkan mudarat terhadap diri sendiri.
"Unfriend di facebook jangan sesekali ditafsir memutuskan silaturrahim. Ia pada banyak ketikanya dilakukan kerana apa yang dikongsi oleh orang sana, dirasa tidak sesuai untuk dibiar turut terpapar di wall kita. Justeru, tanggungjawab kita agar 'tidak bersubahat'. Adakalanya, iklan pakaian yang berlebihan, umpatan yang dosa, sembang kosong yang lagha, link yang berdosa dll.."
-(Ustaz Zaharuddin Abd Rahman)-
-(Ustaz Zaharuddin Abd Rahman)-
Jaga diri, insyaAllah bertemu lagi :)
btol3.. sumer nih berbalik pd diri msing2
ReplyDelete