Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum :)
.Ok, tadi ana ada buat lawatan mengejut ke beberapa buah halaman facebook sahabat-sahabat lama ana. Ada yang sudah punya 2,3 orang cahaya mata. Wahh..teruja. Tak jeles ke Cik Naurah?? Ehem! Of coz la jeles. Hehe..manakan tidak di usia sebegini rakan sebaya semua sudah punya keluarga dengan anak masing-masing, mesti la terusik jugak hati neh. Tapi, tak pe..setiap yang berlaku ada hikmah dan ketentuannya. Mungkin ada yang pernah dengar ungkapan;
" Kadangkala Dia turunkan hujan di tambah dengan guruh dan kilat, kita tertanya-tanya ke mana perginya matahari..rupa-rupanya Dia mahu memberikan kita pelangi yang indah.."
Dari picture serta status rakan-rakan yang telah berumah tangga kita boleh lihat dan nampak bagaimana cara kehidupan mereka sebenarnya. Dari situ ana menilai. Setelah puas berfikir, merenung, bermuhasabah diri...Ya! Ada hikmah-Nya. Mungkin jika ana sudah berumah tangga sekarang, ana tidak akan nampak semua itu.
Sebenarnya, kita tidak tahu bila dan masa jodoh kita akan tiba juga dengan siapa. Tidak mampu untuk kita ramalkan apa yang akan berlaku. Tetapi, apa yang boleh di lakukan adalah kita mampu merancang . Hanya Dia yang menentukan.
Masih ana ingat lagi..sewaktu di bangku sekolah.. ana sering meletakkan diri ana suatu hari nanti ana akan menjejakkan kaki ke menara gading dan pada umur 23 tahun, ana akan berumah tangga. Dan sekarang, memang ana sudah mencapai salah satu dari mimpi ana, namun lewat usia sebegini masih lagi mencari-cari hala tuju. Itu yang di maksudkan dengan "kita hanya mampu merancang, tetapi Tuhan yang menentukan " .
Ada rakan-rakan yang senyap-senyap sahaja terus dengar khabar berita untuk mendirikan masjid, ada juga yang bercinta bertahun-tahun masih lagi di takuk lama, ada juga yang masih lagi tercari-cari tak jugak jumpa-jumpa. Itu yang di katakan " Jodoh dan ajal itu semua rahsia Dia" .
Berbalik kepada tadi, alhamdulilah pada usia sebegini kotak pemikiran ana terbuka untuk melihat apa sebenarnya yang di maksudkan mendirikan rumah tangga. Mungkin ini hanya perspektif ana yang masih lagi berstatus bujang la... Dari kaca mata ana, ramai ana tengok mereka yang hendak/bakal mendirikan rumah tangga tambah-tambah pula bila tiba dengan saat/tarikh itu..SIBUK dengan persiapan majlis. Hinggakan alpa tentang niat serta tujuan asal mereka. SIBUK, dengan susun atur majlis, persalinan pakaian,hantaran dan sebaginya. Cuba kita lihat dan renung photo-photo mereka yang SIMPLE majlisnya, terutamanya golongan ukhti dan akhi kita. Subhanallah, even simple majlisnya hanya sepersalinan pakaian. Memadai dengan memakai jubah dan baju melayu...sangat INDAH sebenarnya apabila di pandang berbanding dengan yang berlebihan bertabarruj. Sangat indah, di mata ana..subhanallah.
Tidak perlu semua itu sebenarnya. Yang penting perlu kita mempersiapkan diri untuk menghadapi asam garam dalam berumah tangga. Perbanyakkan membaca bahan bacaan yang menjurus ke arah untuk membina syurga di alam rumah tangga, tanya pengalaman-pengalaman orang lama. Mantapkan ilmu agama di dada. Cukupkan sifat-sifat zauj /zaujah yang soleh juga solehah. InsyaAllah semoga bahtera yang dilalui semanis baginda Rasulullah s.a.w. bersama Siti Khatijah. Cukup sekadar persiapan yang sederhana . Lebihkan persiapan rohaniah.
Banyak...sangat, sebenarnya ganjaran pahala yang dapat di perolehi bila bergelar zaujah.. sedih juga, apabila melihat komen para suri di facebook, seolah-olah mereka bangga dengan mengajar/mendidik anak mereka agar mendengar cakap dengan mengunakan kesakasaran, misalnya mencubit atau menampar anak tersebut. Masih ingat lagi ana akan pesanan Prof Dr Muhaya, " anak adalah cerminan dari diri kita, kita yang mencorakkan mereka. Andai cantik corak tersebut, cantiklah didikan kita dan sebaliknya " . Allahu Rabbi, semoga suatu hari nanti apabila di beri kesempatan itu kita mampu untuk menghasilkan corak yang indah... InsyaAllah ^^
Itu yang ana maksudkan jika ana sudah berumah tangga sekarang, mungkin ana tidak nampak semua ini. Betul lah, setiap yang berlaku ada hikmah-Nya. Jalan hidup setiap individu juga tidak sama. Ada yang terus tiba ke destinasi dan ada pula yang perlu melalui jalan yang berliku untuk tiba ke destinasi. Ya! Semua itu adalah kebaikan untuk kita. Sebagai hamba-Nya, kita harus tabah dan percaya bahawa setiap itu adalah ujian dari-Nya.
Dengan siapa jodoh kita, tidak perlu di risaukan, itu kerja Dia Maha Pencipta, sudah di tetapakan ia untuk kita sejak azali lagi. Biar masa yang menentukannya.
p/s: Jika inginkan bakal zauj yang soleh,.. perlu didik diri untuk menjadi zaujah yang solehah terlebih dahulu. InsyaAllah :)
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.
Tetapkan pendirian di jalan-Nya kerana janji Allah itu pasti.
Jaga diri, insyaAllah bertemu lagi :)
No comments:
Post a Comment