Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum :)
.. Barangsiapa yang di beri petunjuk oleh ALLAH, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan-NYA , maka kamu tak akan mendapatkan seorang pemimpinpun yang dapat memberi pertunjuk kepadanya.
Surah al-Kahfi ayat 17
.. Barangsiapa yang di beri petunjuk oleh ALLAH, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan-NYA , maka kamu tak akan mendapatkan seorang pemimpinpun yang dapat memberi pertunjuk kepadanya.
Surah al-Kahfi ayat 17
Surah al-Ahzab ayat 59,
Allah berfirman...Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu.
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Sungguh ayat ini telah membuka benak fikiranku...
" supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu"
*******
Semalam dalam bas pulang ke asrama, terlintas untuk berkongsi rasa tentang pengalaman ana sendiri. Hari ini hari yang ke-5 ana memakai tudung labuh bulat, alhamdulillah semoga ana terus istiqamah. Ana ingin menulis serba sedikit tentang perasaan / tentang apa yang ana rasa saat ini, tika ini.
Banyak yang telah ana pelajari dan banyak juga yang telah ana tempuhi ketika berada di alam universiti. Ana bersyukur kerana di tempatkan di sini, bukan di sebabkan ana bangga dengan pencapian akademik, sejujurnya ana seorang yang biasa-biasa saja. Tetapi ana bersyukur kerana di sini lah segala perubahan itu berlaku. Alhamdulillah ana panjatkan kesyukuran terhadap DIA, Maha Pencipta untuk nikmat yang tidak pernah ana duga ini. Semoga apa yang ana kongsikan di sini dapat menjadi iktibar buat kalian yang ada niat untuk bertudung labuh atau pun kembali kepada fitrah.
Ana biasa-biasa saja orangnya, bukan dari lepasan sekolah agama mahu pun anak ustaz atau ustazah. Masa silam ana di penuhi dengan perasaan yang bercelaru. Ana tahu bahawa kita perlu menutup aurat dan sebagainya, solat 5 waktu, kalamullah memang ana baca... tapi dalam masa yang sama ana masih lagi melakukan perkara-perkara yang mungkar. Astaghfirullahalazim. Itu masa silam ana. Dahulu pada ana, bercinta itu satu "trend", dan yang tidak normalnya apabila masih tidak mempunyai pasangan. Allahuakhbar, memang ana sudah jauh terpesong.
Ok, ana ada kongsikan bagaimana ana mula-mula memakai tudung labuh pada entry yang sebelum-sebelum ini. Tapi bagi ana itu belum sampai kepada tahap kepuasan ana. Perasaan hadir untuk MENCARI DAN TERUS MENCARI, pada ana tudung itu yang mentarbiahkan diri ana hingga menjadi ana yang sekarang.
Perbezaan yang ana dapat rasakan ketika memakai tudung tabuh dan biasa adalah, bertudung labuh ini terasa lebih selamat. Rasa seperti sentiasa di lindungi dan yang paling penting ana rasa DIA sentiasa bersama ana. Secara automatiknya akhlak ana juga terdidik. Yela, orang akan aim dan paling nampak orang yang bertudung labuh ini jika dia melakukan kesalahan, betul tak. Pada yang masih baru bertatih ini ana faham bagaimana perasaan mereka.
" tidak mengapa jika kita melakukan kesilapan, lain kali kita cuba perbaiki lagi, sebagai manusia biasa kita tidak lari dari melakukan kesilapan"
Daripada tudung bawal --> tudung segera --> selendang --> tudung bidang 55" (akel) semuanya pernah ana cuba, dan kini alhamdulillah ana punya kekuatan untuk ke tahap yang seterusnya.. tudung labuh bulat. TUDUNG LABUH BULAT ini memberi kepuasan pada diri ana, ana pasti INI YANG ANA NAK sejak dari dulu lagi .Menyarungkannya di kepala membuat diri merasa sangat SELESA DAN TERJAGA. Memang agama ISLAM ini sangat menjaga kaum wanita. Di suruh kita menutup aurat, memakai tudung melepasi dada, pakai pakaian yang longgar itu semua ada sebab mengapa kita di suruh berbuat demikian. Kini baru ana mengerti.
Saat ana memakai tudung bidang 55" sejujurnya masih ada lagi golongan-golongan LELAKI yang membuat bunyi-bunyian. Ana tidak faham sebenarnya, tidak cukupkah tudung ini untuk membuat diri berasa lebih selamat. Mungkin, masih ada bahagian lagi yang belum di tutup sempurna barangkali . Itu yang bermain di fikiran.
Pencarian di teruskan, hingga di kurniakan kekuatan dan ana dapat rasakan sudah tiba masa itu. Dan PERBEZAAN yang amat ketara ana rasa ketika memakai tudung labuh bulat ini, rasa LEBIH DEKAT DENGAN DIA, MAHA PENCIPTA... LEBIH SELAMAT, ya, misal kata ana berada di tempat yang sesak... golongan adam dari jauh lagi sudah memberi laluan... jadi tidak perlu risau jika ada bersentuhan terutamanya ketika di dalam bas.
ORANG AKAN NAMPAK KITA DARI JAUH, jadi dari situ AKHLAK ANA LEBIH TERDIDIK. Tiada lagi bunyi-bunyian yang tidak menyenangkan yang jika sebelum ini ana dengar. Rakan sekelas lelaki juga secara automatiknya menjaga tingkah laku jika hendak berurusan. Allahu Rabbi , betapa hebatnya nilai sehelai tudung itu.
Maha Suci ALLAH yang tidak tergambar oleh akal fikiran betapa INDAHNYA ISLAM ini sebenarnya. Allahuakhbar! Terima Kasih Ya ALLAH atas perasaan ini. Ana doakan semoga kalian yang hendak kembali kepada fitrah jangan teragak-agak . Kita jangan malu untuk melakukan kebaikan TETAPI malulah ketika kita melakukan kemungkaran. Jika kita tidak berubah hari ini, belum tentu esok kita punya masa. Apa pun, Sarungkan sehelai kain itu dengan ilmu semoga terus punya kekuatan hingga ke akhirnya. InsyaAllah.
Sebenarnya target ana untuk memakainya pada semester akhir pengajian, ...betullah orang kata niat yang baik ALLAH akan tolong. Ana punya kekuatan untuk memakainya pada semester ini. Doakan semoga ana terus istiqamah untuk bermujahadah.
Sebenarnya target ana untuk memakainya pada semester akhir pengajian, ...betullah orang kata niat yang baik ALLAH akan tolong. Ana punya kekuatan untuk memakainya pada semester ini. Doakan semoga ana terus istiqamah untuk bermujahadah.
Alhamdulillah, kini rasa lebih selamat jika ke mana-mana berseorangan, kerana ana tahu DIA sentiasa di sisi. Ujian dan mehnah yang di tempuhi pada semester lepas, membuatkan diri berasa lebih dekat dgn DIA, Maha Pencipta. Selama hampir 24 tahun ana mencari-cari ..akhirnya ketenangan itu di temui, namun ia bukan pangakhiran tapi satu titik permulaan.
p/s:
Pencapaian hidup perlu seiiring dengan akhirat, jangan lupa di SANA nanti adalah tempat tinggal kita yang ABADI. Cabar diri untuk meraih CINTA MATLAMAT dan tinggalkan CINTA ALAT.
Kerana aku masih lagi mencari-cari... sinar itu..
Semoga bermanfaat, jaga diri insyaAllah bertemu lagi :)
alhamdulillah.....semoga istiqomah :)
ReplyDelete