Monday, 4 March 2013

Siri 5 : Dia dan tempat itu


Siri 5


Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum :)




Petang yang damai itu, sengaja dia memilih waktu senja untuk menuju ke perpustakaan bagi menyambung tugasan yang di amanahkan. Di manfaatkan waktu "cuti" yang di kurniakan. Sepanjang berada di dalam bas dia menikmamati keindahan waktu senja pada petang itu. Damai. Di lihat dari kejauhan gelanggang yang berada di sekitar universiti di penuhi dengan siswa dan juga siswi yang melepaskan penat mencari ilmu di siang harinya untuk beriadah bersama teman. 

Sambil-sambil menikmati sisa-sisa senja dia teringat  kisah di dalam kelas BDA40502 Jurutera Masyarakat tengahari  tadi.  Banyak yang di pelajari antaranya sejarah kejuruteraan orang terdahulu misalnya seperti pada tamadun Mesapotamia, Greek, Romania dan sebagainya. Banyak input yang di peroleh dalam masa 3 jam yang langsung tidak terasa lamanya. Tidak sia-sia dia menukar seksyen itu. Bisik hatinya.

Pensyarah juga ada menyelitkan  serba sedikit tentang kisah orang terdahulu yang di sebut di dalam al-Quran.   Sedikit kagum dia dengan pensyarah itu. Hingga tiba waktu pensyarah itu ceritakan pengalaman dia semasa menunaikan haji. Kelakar. Itu ungkapan yang dapat dia definasikan tentang cerita tersebut. Tanpa dia sedar di saat sedang ketawa, lucu dek cerita air mata nya bertakung.. dan sebak mula menyelubungi diri. Ini kali kedua yang seumpama ini dia rasakan. Sebak apabila mendengar ungkapan rumah AGUNG itu. Tidak lain, MEKAH al-Mukarahmah.  Entah mengapa dia sendiri masih lagi tercari-cari jawapan kepada persoalan itu... 
Jauh di lubuk hati ingin sangat dia pergi ke sana, tapi sempatkah? berpeluangkah dia untuk ke sana.. hanya DIA  yang mengetahui. Tapi dia masih berharap agar suatu hari nanti dia dapat menjejakkan kaki di tanah haram itu. Biiznillah... 


bersambung.. 





No comments:

Post a Comment