Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum :)
Erk, alhamdulillah... kenyang sudah. Ana berkesempatan malam ini untuk menikmati oblong bakar. Bukan oblong en bakar ok. Tapi oblong yang telah di bakar ye sahbat-sahabat. Makan sambil berbual-bual dengan sahabat mampu meninggalkan kenangan tatkala rutin ini di tinggalkan. Maklum lah siang hari masing-masing sibuk dengan jadual seharian jadi waktu makan malam saja yang di cari untuk berbual-bual seketika bertukar-tukar cerita.
Tadi seusai solat di perpustakaan sambil-sambil berjalan bersendirian tiba-tiba datang ilham untuk berkongsi pandangan. Cepat-cepat ana rekodkan dahulu ilham itu di dalam telefon bimbit bukan apa takut pula kehilangan. Semoga bermanfaat.
Antara solat, tindakan dan pergerakan.
Ana ada perkara untuk di kongsi bersama...
Untuk berjalan-jalan dengan membawa telekung ke sana ke sini itu bukan kesukaan ana. Jadi dengan pakaian yang ana pakai itulah juga akan ana bawa ia dalam solat. Alhamdulillah, ia ada ibrah yang tersendiri. Ambil je wuduk terus boleh solat. Tak perlu buang masa dengan memakai telekung. Seusai solat boleh boleh terus jalan. Ha, kan mudah tak gitu cik Jah.
Sebenarnya dari situ ana terfikir akan hikmah-Nya di suruhnya kita untuk memakai pakaian yang menutup aurat yang sempurna. Sungguh ia sangat memudahkan kita. Dari situ akan terdidiknya keyakianan.
Daripada pengalaman ana sendiri 1st time solat tidak mengenakan telekung di mana-mana surau agak menjanggalkan. Mana taknya, rasa macam semua mata sedang memandang kita. Pendek cerita tak khusyuk la kan... hehe. Tak pe, practise make perfect, wink wink ^.~
Tapi alhamdulillah lama ke lamaan ana selesa dengan situasi itu. Abaikan jika ada mata-mata yang
memandang, lebihkan pandangan siapa? Pandangan ALLAH TAALA... ha...pandai pun... hehe.
Ana dapat rasakan perbezaannya, manakan tidak jika sudah menjadi kebiasaan lama ke lamaan keyakinan itu ada, bila kita yakin dengan pergerakan di dalam solat isyaALLAH keyakinan itu akan terbawa-bawa hingga di luar solat.
Tengok, subhanallah betapa solat itu mendidik jiwa dan diri kita. Bila kita yakin dengan pergerakan di dalam solat ,insyaAllah kita juga akan yakin dengan tindakan untuk menghadapi dunia yang mencabar di luar sana. Indahnya Islam kan, kerana di bina kekuatan itu dari dalam :)
# solat jemaah yang pertama setelah bergelar zauj dan zaujah, sweeet kan? :)
( pssst... practise make perfect! ^.~ )
No comments:
Post a Comment