Kadangkala kita tak sangka bahawa kita adalah diri kita yang sekarang. Tidak pernah kita bermimipi untuk menjadi kita hari ini.
Sama juga dengan diri ini. Di saat rakan-rakan sudah punya sumber kewangan sendiri, di saat rakan-rakan sudah punya keluarga sendiri, aku masih di sini.
Kadangkala aku tidak mengerti, kenapa diri ku di campak ke lubuk ini. Jika hari ini aku berasa lelah untuk teruskan perjuangan ini, keesokan pagi aku raih semangat kembali.
Pernah juga aku layari soal perasaan. Kenapa aku di sini, kenapa tidak aku di tempat lain saat ini. Setelah lama mencari kini..aku kian mengerti. Ya. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi.
Hanya tinggal beberapa cebisan waktu untuk aku perbaiki diri di bumi ini. Bumi UTHM yang bertuah ini. Bumi di mana jatuh dan bangunnya semangat gentar ini.
Walaupun diri tidak sepintar kancil tidak segagah laksamana, namun aku punya satu cita. Cita untuk meneruskan derap langkah. Aku di letakkan oleh DIA di lubuk ilmu ini. Mana mungkin untuk aku berpatah kembali. Akan ku teruskan perjuangan ini hingga ke akhirnya.
Walaupun kadangkala semangat menongkah arah, namun aku percaya kekuatan itu milik DIA. Sekali melangkah, akan ku sematkan cita-cita itu ke pengakhirnya.
Semoga kekuatan itu milik kita.
InsyaALLAH :)
Daripada Abu Darda’, bawahasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda:
“Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada di dalam air. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barang siapa yang menuntut ilmu itu, maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagian yang paling banyak.”
(Hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)
No comments:
Post a Comment