Saturday, 21 December 2013

Dalam Dilema

Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum :)


Dilema. Ya, dalam dilema. Dilema pelajar tahun akhir. Saja menyerabutkan kepala yang sudah hilang serabut dari segala kesibukan belajar. Sekejap fikir nak sambung master, sebab result masih boleh pergi ke depan lagi. 

Sebenarnya, niat di hati nak jadi tenaga pengajar. Jadi, kalau boleh nak mohon Master Pendidikan. Tapi macam banyak jugak yang perlu difikirkan.

Jika sambung buat research, belum tentu ada geran. Kalau buat coursework.. yuran pengajian bukan sebarangan jugak. Masih ada lagi bayaran yang perlu dijelaskan. Hendak menyusahkan ibu bapa di kampung, berat rasa hati. 

Search punya search berkenaan dengan pengajian master. Satu demi satu IPTA di belek-belek page satu per satu. 

Akhirnya, kerja jugak yang di apply. hehe.. At the end, rasa macam nak stop dulu pengajian. Nak masuk industri cari pengalaman. Kalau dah jemu nanti kita sambung lagi belajar. 

Masih lagi berfikir. Semoga di tetapkan pendirian. 


Setakat ini dahulu. Jaga diri InsyaAllah bertemu lagi :)


No comments:

Post a Comment