Siri 1
selembut salju..

Pada petang itu, dia tidak sanggup lagi menahan bebanan yang terbuku di hatinya.Seusai sahaja di beritahu bahawa kelas di batalkan , dia melangkah longlai pulang ke kediaman sambil otaknya ligat berfikir. Kata hatinya, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Segera dia meneutral kan mindanya yang pada bila-bila masa sahaja asid dapat menyelubungi. Setiba di rumah selang beberapa ketika setelah lelah berjalan hilang. Dia mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat dua rakaat. Saat sujud yang terakhir dia meluahkan segala yang terbuku di hati kepada Dia, Maha Pencipta. " Ya Rabb, sungguh berat ujian yang Kau datangkan. Kurniakanlah aku kekuatan para sahabat terdahulu agar aku dapat bermujahadah ke jalan redha-Mu. Bimbinglah aku supaya diri ini tidak terpesong dari jalan-Mu, Kau berikan aku petunjuk agar diri ini dapat membuat keputusan yang betul. Sesungguhnya hamba-Mu ini lemah, Ya Allah. Hanya Engkau yang mengetahui sebaik-baik kejadian.Bimbinglah aku,bimbinglah aku,bimbinglah aku Ya Allah... jangan sesekali Engkau lepaskan aku dari pandangan-Mu.. Aamin Ya Rabbil a'lamin... " Pohonnya di selang seli dengan sendu. Seusai solat, di capainya tafsir al-Quran yang sentiasa menjadi sahabat karibnya. Dipeluk erat kalamullah itu. Dalam hati, dia berkata..terima kasih Ya Allah kerana memberi ujian ini kepadaku. Aku tahu bahawa Engkau rindu untuk mendengar luahan isi hatiku kepada-Mu. Lalu, dia membaca surah Al- Mulk dengan sendu yang masih tersisa.Di penghujung surah tersebut, sendunya mula tenggelam di tenangkan oleh hatinya. Setelah di kucup kalamullah itu. Dia berkata, terima kasih Ya Allah atas kurniaan air mata ini.
" Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila di bacakan ayat-ayat-Nya , bertambahlah iman mereka [kerananya], dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakal "
Al- Anfal: 8
(bersambung)
No comments:
Post a Comment