Assalamualaikum :)
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Mujahadah itu perlu!!!
Alhamdulillah tamat sudah kelas untuk hari ini.. alhamdulillah juga kerana hanya ada satu sahaja kelas malam pada semester ini. Letih? hm..jangan mengeluh taw.. kerana tak semua orang dapat merasai nikmat menjadi pelajar. Ada yang sudah berkerja tiba-tiba rasa rindu untuk sambung belajar lagi. Saya sendiri juga sewaktu bekerja dahulu...baru saja beberapa bulan tinggalkan alam pengajian perasaan rindu mula menjengah hendak sambung lagi. Alhamdulillah, kini berkesempatan merasa nikmat itu :) Jesteru itu,bagi yang sedang memegang status sebagai seorang pelajar, mari sama-sama kita ambil peluang ini. Jangan sesekali mengeluh dan cuba sehabis baik untuk menunaikan amanah ini. Menuntut ilmu adalah amalan sahabat-sahabat baginda Nabi Muhammad s.a.w. InsyaAllah semoga ilmu yang diperoleh mendapat keberkatan dari-Nya :)
No comments:
Post a Comment