Sunday, 15 December 2013

Siri 8 : Saat Aku mengenali Tuhan-ku

Siri 8




Dalam langkah demi langkah, 
semakin aku mengejar CINTA dunia,
semakin aku tenggelam dalam noda..

Lantas aku berpaling mencari ARAH,
kembali mendamba CINTA dari-Nya,

dan,

ternyata, 
semakin aku mengenali TUHAN-ku,

Semakin BAHAGIA itu,


tercipta untukku... 




Pagi itu nyaman sekali dirasakan, dengan kicauan burung yang tidak pernah berasa letih untuk berhenti menyanyi. Sungguh, terasa seakan berada di kampung halaman jauh dari kesesakan. 

Di belek-belek jari manis nya. Sekuntum senyuman terukir pada bibir tanpa disedari. Lantas dia mengucap syukur pada hadrat Ilahi.  Tidak pernah dia duga hingga dia ke tahap hari ini.

Di imbas kembali saat dua puluh haribulan tiga, punya hikmah-Nya yang tersembunyi. Tidak mudah baginya untuk mujahadah melawan fitrah perasaan. Hanya Tuhan tempat dia memohon kekuatan.

Di antara, sehelai kain dengan selayang perasaan. Dia tekad untuk memilh sehelai kain. Sehelai kain yang memberi makna pada dirinya seribu satu kekuatan yang tiada bandingan.  Sehelai kain, yang mampu mencuri perasaan. Sehelai kain, sentiasa mengingatkan dirinya.." aku adalah hamba.." Sehelai kain yang membuatkan dia tenang sewaku melangkah bersendirian. Ya, kerana sehelai kain itu, dia memilih CINTA DIA, Yang Esa. 

Lembaran baru mula dia buka dengan terus melangkah dari  setapak ke setapak demi mencari kekuatan. Diiringi doa semoga dipermudahkan. Tiadak pernah sekali dia merasa sesal. Kerana dari situ dia dapat merasakan nikmat berTUHAN. 

Di saat dia memilih CINTA Yang Esa melebihi segalanya, dikurniakan pula jalan CINTA yang diredhai-Nya. Subahnallah.. sungguh dari situ dia mengerti ungkapan kata bahawa " ALLAH itu SWEET" . Tidak pernah sekali dia menduga untuk berasa sedemikian rupa. 

Masih teringat lagi, tanggal Mei 2013. Segala bicara umpama siap susun tersedia. Laju menyusun keindahan bicara, dengan tertip izin dari kedua penjaga disampaikan berita. Tanpa panjang suara restu diberi mereka. Dan, masih segar dalam fikiran,  air mata kesyukuran bergelinangan. Tidak mampu untuk dia mengungkapkan perasaan. 

Segala persiapan dipermudahkan urusan. 06.07.2013 mereka dikhitbahkan, bersaksikan himpunan keluarga kedua belah pihak cincin di sarung sebagai tanda perjanjian. 

Tidak pernah dia duga, keputusan tekad untuk memiih CINTA Yang Esa tempoh lalu membawa dirinya ke jalan cinta yang diredhai-Nya. Surah Muhammad ayat 5 hingga 7 menyentuh qalbu dia yang bernama Mifhatul Jannah Seindah namamu..


" Allah akan memberi petunjuk kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka, dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenalkan-Nya kepada mereka. Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
( Surah Muhammad : 5-7 )



Ya. Janji Allah itu pasti.



Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada cinta-Mu,
dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan 
apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu.

Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan,

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, dan
cinta orang yang mncaintai-Mu, serta
cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka
jadikanlah ia kekuatan untuk aku mencintai apa yang Engkau cintai.
Amin.




(bersambung..) 
















No comments:

Post a Comment