Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum :)
Alhamdulillah..diberi kesempaan untuk kita bersua lagi. Hari ini 15.12.2013 tinggal lagi sebulan sahaja lagi, jika diizinkan Allah ana akan menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan. Amin...semoga segalanya dipermudahkan.
Hari-hari genting di lalui dengan penuh cabaran. Hingga saat ini, masih lagi tersisa presentation projek tahun akhir pada khamis, 19.12.13 . Ana insan yang terpilih dan bertuah, kerana diberi kesempatan untuk menjadi orang pertama untuk sesi presentation yang hari pertama. Perlu ana optimis kerana setiap yang berlaku ada hikmah-Nya^^ dan 3 lagi tarikh penting yang perlu direntasi, peperiksaan akhir untuk pengajian yang terakhir iaitu pada 5.12.13, 6.12,13 dan 16.1.2014. Semoga kekuatan itu sentiasa ada.
So, lepas ni apa pulak Naurah?... Persoalan untuk diri ana sendiri :) Ada juga offer untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana, dari kumpulan research yang ana jalankan untuk projek tahun akhir. Tapi, setelah difikirkan, dan atas beberapa faktor, niat untuk sambung pengajian akan ana tangguhkan dahulu.
Jika diizinkan Allah, kami akan sambung pengajian bersama. Nak rasa nikmat belajar setelah berumah tangga pula. Semoga kekuatan itu sentiasa ada. Apa pun planning yang terdekat ana mahu bina kehidupan dahulu. Ehem, maklum lah umur dah semakin meningkat ^^ Biar punya pekerjaan, punya keluarga sendiri dahulu.
Sudah lama mengejar cita-cita daripada separuh tingkatan 6, masuk pula diploma hingga ke ijazah. Alhamdulillah tidak pernah duga untuk sampai ke tahap ini. Menuntut ilmu itu tidak pernah habis. Ana cuma berehat seketika, ada angan-angan untuk menyambung ijazah sarjana di negara orang pula.
Oh, ya. Bakal zauj juga tamat pada penhujung bulan ini 30.12.2013. Semoga rezeki menyebelahi kami. Pohon doa dari kalian juga. Ok, sampai di sini dahulu. Jaga diri insyaAllah kita bertemu kembali :)
#Perginya seorang pemudah syahid pada awal usia 20an, mengajar aku untuk lebih matang dalam membuat pilihan. Ya, pilihan terletak pada diriku sendiri, dan, aku telah memilih untuk ke jalan ini.
Ingin ku kutip ladang pahala sebanyak mungkin untuk ku tuai di sana nanti.
Semoga terus istiqamah NAURAH DZAHABIYAH.. seindah kuntuman bunga emas.
No comments:
Post a Comment