Thursday 4 December 2014

Part II

Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum :)

Belek punya belek pada bahagian Journey di sebelah, baru perasan rupanya untuk tahun 2014 hanya 2 entri sahaja, hihi... ish..ish.. tak patut!  Ok, ok jom sambung entri untuk Dairi Si Penganggur.Part Two.

Selepas mendapat panggilan call interview dari Unilever, ada juga beberapa lagi panggilan interview yang lain, untuk meringkas kan cerita ana skip yang mana perlu okey. Lastly, ana decide untuk kerja berhampiran dengan rumah saja, mudah untuk ana ke tempat kerja. Ana pernah kerja sebagai tukang jahit, guna kemahiran yang ana ada. Itu pun sekejap sahaja, di sebabkan ana rasa gaji yang diberi tidak setimpal dengan kerja di tambah pula tiada cuti, jadi ana pun decide untuk berhenti. 

Duduk la ana di rumah ngadap laptop lagi. Oh ya, sebenarnya tidak lah ana hanya duduk dan apply kerja sahaja,di samping itu ana ada buat perniagaan dropship dari rumah. Sampingan dan suka suka sahaja ( daripada masa terbuang tak buat apa kan..., at least masyuk jugak ,hihi :P ) 

Tak lama lepas itu, ana kerja sebagai jurujual dan kerani di kedai seramik dengan gaji RM900 berhanpiran rumah jugak. Hampir dalam 3 bulan jika ana tak silap. Hew... sangat membosankan. Actually, tak ada apa sangat pun yang dibuat, kebanyakan kerja ana pada ketika itu more on treat pelanggan. Tolong customer memilih tile, dan beri pendapat jika mereka tanya. And then, buat Delivery Order (D.O.) dan rekod dalam akaun. Itu je lah kerja ana. Serius sangat membosankan.

Tak lama selepas itu, ana dapat panggilan interview untuk jawatan Quantity Surveyor di Jaya Sarana Engineering iaitu sebuah company swasta yang mengambil tender untuk pasang Fire Protection System (seperti sprinkler, alarm bell, etc..). Alhamdulillah, ana berjaya dapat job tu dengan gaji yang di tawarkan RM1800. 

Jika dulu kerja ana membosankan, dan kini tak lagi. Sangat SUPER SUPER busy. Sampaikan nak makan makan kacang pagoda pun  tak da masa! Ana di tempatkan di Department yang paling penting dan sibuk dalam compny tu. Ana di department Costing. Yang mana bahagian ini lah sumber kewangan utama company masuk. Yang mana tender-tender serta anggaran kos perbelanjaan pemasangan Fire Protection di buat di sini.  Kita sesama staff boleh di katakan tidak langsung sempat bersembang antara satu sama lain. Ada 4 orang staff sahaja termasuk bos ana. Kita tolong satu sama lain untuk siapkan satu satu paperwork tender.

The BEST things sewaktu kerja di sana adalah DISIPLIN! Manakan tidak, seriusly, ana jeles bila tengok department lain, siap boleh bersembang bagai. Part lain, ada juga buruknya. Tak perlu lah ana coretkan di sini,hehehe :p

Okey, ana rasa setakat ini dahulu. Kenapa ana gunakan phase, "sewaktu kerja di sana"? It's means i'm not working at there anymore. Hihi... Past, 27th Dec 2014 , retired being a Quantity Surveyor. Di sebabkan beberapa faktor. Now, my plan is to focus on my wedding first then, mula susun untuk rancangan seterusnya. Sama ada untuk menguruskan bisnes dropship secara serius atau mohon kerja lain. 

Sampai di sini dahulu,jaga diri InsyaAllah bertemu lagi. 

Sunday 8 June 2014

Part I

Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum :)


Wahh... setelah sekian lama menyepi akhirnya ada jugak entri untuk di bicarakan. Apa khabar rakan blogger sekalian? Sihat? Semoga sentiasa di bawah lindungan -Nya. Last entri ana adalah Noktah. Jom dengar cerita sambungannya. 

Selepas tamat pengajian secara tidak rasmi ( sebab belum konvo kan...) Januari tempoh hari, lama juga ana berehat. Dan, perkara menarik adalah pergi bercuti pada bulan Febuari tempoh hari. Bersama keluarga ke Borneo.  Selama 10 hari kami travelling. InsyaAllah kalau ana "kerajianan" nanti ana buat entri tentang percutian ini.

Orite, kisah Si Penganggur. Macam tragis je kan bunyinya. Haha. Memang pun. Ingat best ke jadi penanam anggur. Hidup dalam kegelapan, tiada arah tujuan. Setiap hari bangun dari tidur harapkan ada yang panggil interview. HARAP. ya, HARAPAN.

Alhamdulillah selepas tamat belajar, dalam seminggu pulang dari bercuti ada panggilan interview. Actually phone call interview. Dari syarikat Unilever sebagai Indirect Procurement Admin. Phone call interview direct dari main head di Singapore. 

Pengalaman pertama untuk phone call interview, Wahhh... memang cuak dan gelabah habis. Hahaha. Malam sebelum tue ana ada prepare buat sedikit research tentang background company. Siap semua skrip tempek dekat dinding hek.hek.hek. Yela kan, dah phone call namanya. Kalau time belajar orang cakap "toyol" lah. Prepare jawapan siap siap. hihi.

Waktu interview tu, seriously sangat kaku. Rasa macam cakap dengan dinding pun ada juga. Sebab tak nampak orangnya, hanya dengar suara saja. Hew, memang sangat mencabar (situasi tu la...). 

Actually, soalan dia tak mencabar mana pun. Tak da pun tanya tentang company background semua tu. Haha... buat penat study je kan. Dia juz tanya more to background kita. Dan, paling penting english memang kena kukuh la. 

Pengalaman pertama phone call interview plus gelabah plus speaking...memang ke laut lah. Hahaha...Apa pun jadikan sebagai pengajaran. Dan, ana memang tak dapat lah job tue :D

Ok, setakat ini dahulu, nantikan sambugan nya pada bahagian dua pula.