Sunday 8 June 2014

Part I

Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum :)


Wahh... setelah sekian lama menyepi akhirnya ada jugak entri untuk di bicarakan. Apa khabar rakan blogger sekalian? Sihat? Semoga sentiasa di bawah lindungan -Nya. Last entri ana adalah Noktah. Jom dengar cerita sambungannya. 

Selepas tamat pengajian secara tidak rasmi ( sebab belum konvo kan...) Januari tempoh hari, lama juga ana berehat. Dan, perkara menarik adalah pergi bercuti pada bulan Febuari tempoh hari. Bersama keluarga ke Borneo.  Selama 10 hari kami travelling. InsyaAllah kalau ana "kerajianan" nanti ana buat entri tentang percutian ini.

Orite, kisah Si Penganggur. Macam tragis je kan bunyinya. Haha. Memang pun. Ingat best ke jadi penanam anggur. Hidup dalam kegelapan, tiada arah tujuan. Setiap hari bangun dari tidur harapkan ada yang panggil interview. HARAP. ya, HARAPAN.

Alhamdulillah selepas tamat belajar, dalam seminggu pulang dari bercuti ada panggilan interview. Actually phone call interview. Dari syarikat Unilever sebagai Indirect Procurement Admin. Phone call interview direct dari main head di Singapore. 

Pengalaman pertama untuk phone call interview, Wahhh... memang cuak dan gelabah habis. Hahaha. Malam sebelum tue ana ada prepare buat sedikit research tentang background company. Siap semua skrip tempek dekat dinding hek.hek.hek. Yela kan, dah phone call namanya. Kalau time belajar orang cakap "toyol" lah. Prepare jawapan siap siap. hihi.

Waktu interview tu, seriously sangat kaku. Rasa macam cakap dengan dinding pun ada juga. Sebab tak nampak orangnya, hanya dengar suara saja. Hew, memang sangat mencabar (situasi tu la...). 

Actually, soalan dia tak mencabar mana pun. Tak da pun tanya tentang company background semua tu. Haha... buat penat study je kan. Dia juz tanya more to background kita. Dan, paling penting english memang kena kukuh la. 

Pengalaman pertama phone call interview plus gelabah plus speaking...memang ke laut lah. Hahaha...Apa pun jadikan sebagai pengajaran. Dan, ana memang tak dapat lah job tue :D

Ok, setakat ini dahulu, nantikan sambugan nya pada bahagian dua pula.