Wednesday 30 January 2013

Warkah buat kamu


Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.



Semakin di simpan, semakin terasa sesak menyelubungi diri. Semoga perkongsian ini memberi seribu erti buat kalian yang membacanya. Jadikan iktibar serta pengajaran agar tidak melakukan perkara yang sama di kemudian hari. 

Selama satu setengah tahun tinggal sebumbung bersama. Hari demi hari di perlihatkan sifat sebenar diri kamu. Tiada siapa yang mempengaruhi fikiran aku pada ketika itu. Kerana aku pendamping rapat kamu di saat itu. Manakan tidak, seringkali menumpang kamu untuk ke kelas bahkan tinggal sebilik pula. 
Sungguh aku tidak mendengar waimah satu yang buruk tentang diri kamu.

Namun, Allah itu Maha Besar... hari demi hari, aku di perlihatkan tentang diri kamu yang sebenar. Pada mulanya memang tidak aku perasan. Segalanya bermula, pada dua semester yang lepas. Aku tahu sejak dari semester pertama kita tinggal sebumbung, dua lagi rakan sudah mula menjauhkan diri dari kamu. Tapi, bagi aku.. itu perkara biasa kerana tidak semua mumpunyai buah fikiran yang sama. Apa yang perlu kamu tahu tentang mereka adalah,di saat kamu menceritakan perihal yang buruk tentang mereka, tidak pernah sekali pun mereka menceritakan yang buruk tentang diri kamu. Ya! itu lah kebenaran nya yang mungkin kamu tidak percaya.

Satu semester habis hingga ke pengakhirnya. Tiba, pula semester baru. Dari pandangan aku, kamu dan mereka berdua mula menjauhkan diri. Dan itu, membuat diri aku terfikir untuk melakukan sesuatu yang mungkin boleh merapatkan kita semula.  Aku menolak permintaan kamu untuk tumpang bersama menaiki kereta, kamu tahu kenapa...sebab aku ingin mengurangkan jurang antara kita satu rumah.  Aku berjalan kaki bersama mereka. 

Allah itu Maha Besar.. jika dahulu aku hanya mendengar cerita pada sebelah pihak. Dan kini, aku berpeluang untuk mendengar cerita dari lagi sebelah pihak. Dari situ aku menilai satu per satu kebenaran yang aku dengar dari kedua-dua pihak. Aku percaya pada naluri, jika mulut boleh menipu tetapi bukan pada gerak bebola mata. 

Benarlah jika berada di kepompong yang sama, kita tidak dapat melihat perkara yang berbeza. Aku terkenang kembali di saat aku menumpang kamu menaiki kereta bersama, dan aku terfikir, mengapa ya sewaktu aku menumpang kamu dahulu kamu terus akan ke kereta dan menunggu di dalam sana, waimah pemandunya belum tiba. Sedangkan aku di tinggalkan. Ya, memang kamu ada pesan, bahawa kamu tunggu di sana. Dan, itu membuat aku terfikir, adakah IKHLAS jemputan kamu untuk aku menumpang kamu bersama???  Sebagai manusia biasa aku juga tidak terlepas dari berburuk sangka. Kerana kamu tahu kenapa, andai aku di tempat kamu, aku akan menunggu rakan aku untuk pergi bersama, BUKAN meninggalkan. 

Semester yang lepas, kamu tahu? bahawa aku perasan yang kamu menukar nada dering telefon bimbit kamu. Pada mulanya aku biasa-biasa saja. Tapi lama ke lamaan apa yang menghairan aku, kenapa pada bahagian chorus lagu itu yang menjadi pilihan?? adakah ia menjadi kegemaran kamu?? Cuba kamu bayangkan jika kamu di tempat aku, dan setiap kali meseg masuk chorus ini yang berdering...

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa...
Kosong...kosong...
Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku...
Kosong...kosong.


Kamu rasa dengan letak nada dering sedemikin rupa boleh memulihkan keadaan / menambahkan lagi pemikiran negetif terhadap yang mendengarnya?? Agak aneh ya, bila mana part itu yang kamu letakkan sebagai nada dering meseg. Kamu rasa, tidak wajarkah untuk aku berburuk sangka dengan kamu? 

Dan aku mula sedar bahawa kamu tidak selesa berada di rumah itu. Mereka berdua juga begitu. Pernah kamu suarakan rasa hati untuk mengasingkan segala barang dapur antara kita dan mereka suatu ketika dahulu. Tapi itu yang kamu lakukan di saat ini. Bertambah aneh bukan, jika dahulunya berkongsi barangan terutamanya bahan masakan, kini segalanya di asingkan. Mungkin alasan kamu mudah untuk masak sekaligus untuk si dia. Tapi kami bukan budak-budak untuk mudah terpedaya dengan kata-kata. Ya! mungkin aku ada meluahkan rasa bersama mereka berdua tentang kamu. Dan kamu juga mengakui kamu pernah mendengarnya. Tapi???  Pernah tidak kamu terfikir, mengapa atau ada betul nya apa yang kami cakap??? Pernah tidak?? 

Hingga tiba aku rasa, kamu sudah keterlaluan. Aku perasan bahawa sepit baju aku kesemuanya hilang dari penyangkutnya dan ada yang di gantikan dengan penyepit baju yang lain. Ketika sedang mencari, ok! rupa-rupanya ia ada pada baju kamu. Tidak lain dan tidak bukan , mesti lah kamu yang mengambilnya, aku berkata sendirian. Dan itu, pada aku, kamu sudah sangat mencabar tahap kesabaran dan juga sudah keterlaluan. Tidak tahu apakah yang terlintas di fikiran kamu,hinggakan kamu mengubah kedudukan sepit baju itu. Dan aku rasa ia harus di suarakan. Jadi secara kebetulan pada masa itu, kamu berada di rumah ( waktu maghrib aku ingat lagi). Sebenarnya aku saja menanyakan kepada rakan rumah kita  bahawa aku pelik ke mana hilangnya semua penyepit baju aku, ya! dengan harapan kamu di bilik mendengarnya. Betul sekali jangkaan aku, tidak lama selepas itu kamu keluar menyatakan bahawa kamu juga pelik ke mana hilangnya penyepit baju. Sebenarnya aku tidak faham apa maksud kamu ketika itu. 

Hingga lah tiba, saat dimana.. seusai aku membaca kalamullah, dengan telekung yang masih di kepala aku terlihat sekeping nota tulisan tangan oleh kamu di atas lantai. Menyatakan bahawa kamu minta maaf kerana tersalah ambil penyepit baju aku (dan tulisan nota itu pada aku adalah sebuah sindiran kerana pada sesetengah baris ayat sengaja di boldkan dengan tulisan besar). Dan aku AGAK TERKEJUT, kerana pada nota itu kamu tulis bahawa aku menuduh kamu sebagai PENCURI. Allahuakhbar....., kamu tahu tidak pernah aku kesah jika kamu hendak mengasingkan barangan kamu, TETAPI  yang aku kesah kenapa secara tiba-tiba kamu mengatakan bahawa aku menuduh kamu mencuri penyepit baju kamu. Sedangkan tidak langsung terkeluar dari benak fikiran aku untuk menuduh kamu hingga begitu rupa. Rakan serumah yang ada pada ketika itu sendiri menjadi saksi, bahawa ada terkeluar kah kata-kata itu dari MULUT  aku. Mengucap panjang aku, kamu tahu. Ketawa sedirian pun ada juga, perlukah kamu menulis nota sedemikian rupa jika kamu rasa kamu berada di pihak yang benar, bagi aku kamu tidak perlu takut! Ngerti. 

Dan tidak lama selepas itu, kamu kembali ke rumah . Aku tahu sewaktu aku sedang solat kamu tinggalkan nota itu di belakang aku. Dan kamu keluar. Tidak lama selepas itu kamu kembali, dengan keadaan seperti orang yang hilang akal, kamu mengamuk. Sungguh! itu pertama kali dalam hidup aku orang buat sedemikian rupa pada diri aku, dan aku tidak pernah buat sebegitu terhadap orang lain.  Sesungguhnya tangisan aku pada malam itu dan segala luahan dan nasihat serta alasan yang aku berikan pada kamu mengapa aku berlaku sedemikian rupa adalah ikhlas dan jujur dari diri aku. Tapi dapat di rasakan tidak untuk di sebelah pihak kamu kerana aku tidak dapat rasakan apa yang kamu sampaikan walaupun ungkapan maaf kamu pada aku, ianya tidak sampai ke hati. 

Kamu tahu apa, aku percaya jika sesuatu itu di sampai kan dari hati, ia juga akan sampai ke hati. Tetapi tidak pada malam itu. Tidak kamu pandang mata aku ketika bercakap. Masih segar dalam ingatan peristiwa itu. Memang Allah itu Maha Besar, di saat aku peluk meminta maaf pada kamu, salah serang rakan serumah lalu di pintu bilik kita, dan dia nampak bahawa kamu senyum sinis di saat aku memeluk kamu. Kamu tahu, aku perasan sebenarnya senyuman sinis itu. Tapi aku cuba berbaik sangka terhadap kamu.  

Daripada kejadian itu, sebenarnya kamu telah menonjolkan siapa diri kamu yang sebenarnya. Alhamdulillah, jika selama ini baik yang aku nampak pada kamu rupanya hanya bayangan pada diriku.  Selepas daripada peristiwa itu, aku mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari kamu. Kerana apa? Kerana aku takut aku tidak mampu untuk membandung perasaan yang negetif terhadap kamu. Terus terang aku bukan pelakon yang unggul untuk mengatakan bahawa tiada apa-apa yang berlaku selepas peristiwa itu. Memang Allah itu Maha Kaya.

Sejak dari peristiwa itu, satu demi satu yang aku nampak pada diri kamu yang mana tidak pernah aku lihat sebelum ini. Kamu mula menonjolkan sifat sebenar kamu. Ada bagus juga peristiwa itu berlaku, jika tidak aku masih tertipu dengan sifat kelembutan yang di pamerkan.   Jangan di salahkan orang lain, kerana kamu sendiri yang membuktikan kepada aku. Yup, setiap yang berlaku ada hikmah-Nya bagi mereka yang menggunakan akal untuk menilai. 

Kamu pernah cakap kamu punya kesabaran sendiri, pernah kamu terfikir aku juga punya tahap kesabarannya sendiri juga. Aku bukan boneka yang mampu melihat perilaku kamu begitu saja, Aku juga manusia punya rasa.    Bezanya kamu panas baran dan aku lebih suka mengalah. Dan jenis aku lebih suka untuk duduk berbincang dari bercakaran. 

Terdengar dari telinga aku sendiri rakan sekelas menanyakan sebegini tentang aku " Shu tue macam mana ye orangnya " . That's it. Full Stop. Dari mana dan bagaimana persoalan itu boleh terpacul keluar dari mulut orang. Sedangkan apa yang berlaku / apa yang telah kamu lakukan terhadap kami bertiga, kami DIAM. Pernah dengar ungkapan,
 Orang yg berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yg mengejarnya namun org yg benar itu berani seperti singa.

Ya, betul janji Allah doa orang yang teraniya itu lebih mudah termakbul. Alhamdulillah, pada semester hadapan kamu tidak perlu risau serta tidak perlu untuk rasa tidak selesa lagi, kerana aku telah di terima masuk untuk tinggal di kolej kediaman. Kamu tidak perlu kuatkan muzik  mahupun berhempas pintu untuk meluahkan rasa tidak puas hati. 

Berkat dari kesabaran yang telah dilalui , Dia telah membuka mata hati serta mengurniakan dua orang sahabat di sisi. Perlu kamu tahu, di sebabkan kamu lah aku tidak tahu dari mana datangnya kekuatan untuk terus bersabar, dan bersabar. Dan sepanjang apa yang telah berlaku selama lebih kurang satu tahun tidak pernah setitik pun air mata aku mengalir di sebabkan kerenah kamu, MALAH  diri menjadi lebih tabah dan lebih kuat saban hari. Terima kasih juga kepada kamu. 

Dan, seperkara lagi... persoalan yang masih bermain di benak fikiran aku adalah, MENGAPA kamu mengubah kedudukan sepit baju itu,waimah jika memang betul lah itu sepit baju kamu??? Dan yang keduanya, kamu menulis di dalam nota tersebut, bahawa aku menuduh kamu mencuri nya... ATAU  kamu dulu yang menuduh aku mencuri penyepit itu dari kamu??? 

Apa pun yang berlaku, aku redha dan telah memaafkan segala tingkah laku kamu. Di harap kamu juga begitu.  Kerana setiap insan berhak untuk mengecapi kebahagian, termasuk aku dan juga kamu. Lantas aku memutuskan untuk berjauhan dari kamu agar tiada lagi perasaan negetif yang menyelubungi diri.


Kepada sahabat yang mengenali diri ini mahupun kalian yang membaca coretan ini, harapan aku supaya ambil iktibar daripada pengalaman orang lain. Ingat! Setiap apa yang kita lakukan akan mendapat tempias yang sama. Jika tidak sekarang mungkin nanti . Jadi jangan mudah marah serta naik angin jika berlaku sesuatu terhadap diri.  Kerana, setiap apa yang berlaku pada diri adalah cerminan dari diri kita juga. Prof Dr Muhaya selalu berkata, ambil tanggungjawab atas setiap apa yang berlaku, bukan menunding jari kepada orang lain. Kepada kamu, aku berharap suatu hari nanti kamu dapat berfikir mengapa semua ini terjadi kepada kamu. Kepada kalian, jadikan surah Al-Hujurat ayat 6: sebagai peringatan buat diri...

 Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang kepada kamu seorang yang fasik membawa suatu berita maka hendaklah kamu menyelidiknya terlebih dahulu, supaya kamu tidak (terburu-buru) membuat satu tindakan ke atas satu-satu kaum di dalam keadaan jahil, maka kamu menjadi menyesal kerana tindakan yang telah kamu lakukan. 

kerana aku tahu betapa peritnya, jika ada yang membuat penilaian dengan hanya mendengar daripada sebelah pihak. Jangan jadikan rupa paras sebagai ukuran untuk menerima sesuatu berita. 

Akhir kalam, andaikata Saidina Umar bertanya kepadaku, tentang peribadi diri kamu...rasanya apakah jawapan aku terhadap kamu...

------------------------------------------


p/s: menulis bukan kerana menagih simpati mahupun membuka aib sesiapa, cukup sekadar sebagai iktibar buat yang lain. Kerana diri ini tahu suatu hari nanti cepat mahu pun lambat kebenaran akan terbukti jua. 




nota kaki:


Betapa berhati-hatinya Saidina Umar untuk mengenali peribadi seseorang. Saidina Umar semasa cuba menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu. Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu. Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar bertanya kepadanya:



Umar : Adakah kamu mengenal orang ini?



Sahabat : Ya.

Umar :Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?

Sahabat : Tidak.

Umar :Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?

Sahabat :Tidak.

Umar :Adakah kamu pernah berinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan dirham (duit), sehingga kamu mengenal sifat hati-
           hatinya

Sahabat :Tidak.

Umar :Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan      

        menundukkannya pada saat yang lain?

Sahabat :Ya.



Umar :Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya.











Wednesday 23 January 2013

Nikmat sebuah kekecewaan


Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk, 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih,Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum :)




Setiap yang berlaku ada hikmah-Nya. Walaupun kekecewaan menyelubungi diri tapi ana percaya ada hikmah-Nya tersendiri. Pantas diri mengimbau kembali detik-detik diri berada di sepanjang semester yang lepas. Lebih kurang setahun bertarung dengan isu persahabatan lebih tepat lagi berlajar untuk mengurus emosi. Yup, itu lebih tepat. 

Tapi alhamdulillah ana bukan menyerah kalah di sebabkan takut akan kata-kata manusia tetapi ana menyerah kalah kerana lebih takut akan janji-janji Allah S.W.T.  

InsyaAllah semester hadapan tiada lagi isu untuk menguruskan emosi.. akan lebih tertumpu dengan isu meningkatkan qoutation diri. Dengan persekitaran yang baru,permulaan semester akhir akan menjadi lebih bermakna. 

Terima kasih kerana hadirnya dikau selama 1 setengah tahun bersama telah mengajar diri ini pelbagai erti kehidupan. Kemanisan bersabar itu lebih indah sebenarnya apabila Dia mengurniakan ana dua orang sahabat buat pendamping diri. Ana telah redha dengan setiap apa perbuatan telah dikau lakukan. 

Ana berpegang pada kata-kata, tutup lah aib sahabatmu semoga nanti Dia menutup aib kamu di sana.. Biar ia menjadi rahsia antara dikau, aku dan Dia, Maha Pencipta :)

Betapa berhati-hatinya Saidina Umar untuk mengenali peribadi seseorang. Saidina Umar semasa cuba menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu. Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu. Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar bertanya kepadanya:

Umar : Adakah kamu mengenal orang ini?
Sahabat : Ya.
Umar :Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar
masuk?
Sahabat : Tidak.
Umar :Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan
(musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?
Sahabat :Tidak.
Umar :Adakah kamu pernah berinteraksi dengannya yang melibatkan
dinar dan dirham (duit), sehingga kamu mengenal sifat hati-
hatinya
Sahabat :Tidak.
Umar :Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di
masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan
menundukkannya pada saat yang lain?
Sahabat :Ya.
Umar :Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya. 


P/S: kisah Saidina Umar telah mengajar diri untuk lebih berhati-hati. 



Tuesday 15 January 2013

Ha, Belum ada Supervisor?


Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk, 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih,Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum :)



Musim cuti buat student degree sedang bermula. Seakan-akan tidak percaya bahawa sem nie ana habis awal untuk peperiksaan. Di saat orang lain baru hendak memulakan hari peperiksaan ana sudah berada di penghujung. Hihihi, macam best je kan ^^ . Actually, selama berada di UTHM nie, rasanya nie baru 1st time habis exam awal. 

Selesai saja, hbis exam dah ada date. Wahhh!! ha, dengan sape tue Naurah..hehe. Aip! Syuuutt. Dengan supervisor ana lah! Dr. Hariati. Alhamdulillah punya supervisor yang memahami. Syukur ke hadrat Ilahi kerana sudah punya suervisor (SV) sebab masih ramai lagi sahabat-sahabat ana yang masih belum punya SV lagi. 

Ok! So, dekat sini ana nak berkongsi sikit macam mana cara yang ana gunakan untuk mencari supervisor. Semoga dapt membantu kalian. Kalau kita dengar petua senior-senior , boleh di katakan semuanya suruh cari SV sewal yang mungkin. Sebab apa, takut last minute tak dapat-dapat jugak SV, PSM nak kena jalan neh sem depan. Tak pun tak dapat buat dengan bidang yang kita minat. Usaha belajar 3, 4 tahun nak capai target yang kita nak, alih-alih PSM  yang dapat tak sesuai dengan minat. Kalau boleh berlapang dada tak pe lagi, kalu tak? Ha, teruskan lah sampai PSM 2. Nanya! Orang Kedah kata. Hehe...^^

Ok, kembali ke topik asal tadi. Ana mula mencari SV sebelum cuti semester yang pertama. Itu pun, dah ramai yang mencari. Ana nie kira lambat la juga. Tapi yang aneh nya, koordinator bagitahu dia pelik dengan semester ana, sebab awal-awal lagi dah mula mencari, pada hal belum ada taklimat untuk PSM lagi. Hehehe.. "tu la Dr. saya pun pelik jugak" macam berani je nak jawab macam tue ea... Naurah, Naurah. 

Setelah berpenat lelah  seorang diri naik turun ,ulang alik ke blok pensyarah..sampai la waktu cuti semester. Tak dapat-dapat jugak. Lastly, dekat rumah time cuti neh, nampak je steady dalam dalam jiwa nie  bergelora sebab takut tak dapat SV. Masak kalau dapat yang Automative ke, Termodinamik ke, Manufacturing ke, Design? Lagi laa... ana tak nak! . Bukan nak memilih, tapi untuk masa depan "terpaksa" pilih..hehehe :P 

Ana sebenarnye, apply belajar dekat UTHM nie sebab Tekstil . Ye! Betul sebab tekstil. Hanya ada dua universiti sahaja yang di dalam Malaysia nie yang menawarkan kos tekstil. UiTM dengan UTHM. Ha, tue je. Betul... setakat sebelum ana apply U la. Sekarang ana tak pasti. Bukan main excited la nak buat PSM, siap ada projek dah nie. Alih-alih, time ana nak PSM la.. time nie dorang nak bubar kos Tekstil dari fakulti mekanikal. Tekstil under fakulti Teknologi. Hah! Memang luluh hati. Tapi tak ape, setiap yang berlaku ada hikmah-Nya. Hidup perlu di teruskan .Ye tak? Cewhhh! >,< 

Finally ana decide untuk buat bahan sahaja. Sebab kalu yang lain-lain tue..memang tak nampak hala tuju dah. Mungkin ana nie orang makmal kot, sebab ana tak selesa dengan kerja bengkel even ana dalam bidang mekanikal. One more, ana pantang kalau ada lecturer sebut macam nie.. " kamu nie taraf engineer tau" tak pun cenggini  " nanti kalau kamu dah keluar nanti macam mana nak jadi engineer kalau macam nie?" ha, ayat perli la tue. So, kalau keluar ayat macam nie ana jawab je, Dr. saya bukan nak jadi engineer, sy nak jadi lecture. Tapi dalam hati jela.Heheh... Pilih kasih kan lecture. Fokus dekat engineer je, yang nak jadi lecturer ke cikgu ke,  macam di pinggirkan pulak kan. Ha...

Ehem, sambung-sambung. Hehe... so, ana pun dapat satu idea. Sebelum ana sent email bertanya . Ana godek-godek dan buat list dulu. Lecture mana yang ana nak. ha...gitu caranya. Buka dekat website UTHM tue, dekat profil staff, selidik dulu lecture mana yang sesuai dengan bidang yang nak buat PSM. Buat beberapa list.

Nak tengok, lecture tue ok ke tak? ha... tengok dekat profil pic dia. Kalu profil pic dia serius, mungkin garang orangnya, kalu senyum sampai ke telinga tue..ha..ceria la orangnya. Terpulang pada kalian nak berkerja dengan orang yang macam mana. Lepas tue, selidik pulak research apa yang dia buat. Grad dari universiti mana, daaaannn yang paling penting tengok berapa ramai anak buah PSM dia sebelum-sebelum nie. Sebab dari situ kita boleh lihat sejauh mana dia di gemari oleh student, hehehe^^ wink, wink. Dari situ juga kita boleh baca perwatakan seseorang. Ha, petua nie tak boleh dapat kat mana-mana taw. Teeeetttt. 

Bila dah decide yang ambil lecture mana, baru kita boleh mula hantar email. One by one ye adik-adik. Jangan hantar sekali gus. Kena semua sekali dapat, tak ke kecik hati lecture tue. Sent satu,satu tanya dulu. Ayat kena sopan dan formal ok. Ingat tu. Kalau boelh guna email yang formal juga. So, nampak keterampilan kita di situ.  Ini contoh yang ana punya:


Untuk tajuk pada headline, ana letak : Supervisor PSM 
( so, nanti senang dia nak baca tak tercampur dgn email yang lain)


Assalamualaikum w.b.t,

Nama lecture. Maaf jika email ini menggangu Puan/Encik/Dr. Saya dapat maklumat tentang Puan/Encik/Dr di website fakulti. Saya nama kalian  pelajar dari fakulti FKMP , ingin bertanya sama ada  Puan/Encik/Dr merupakan salah seorang supervisor untuk PSM 1, semester hadapan. Jika ya, saya bercadang ingin membuat PSM berkenaan dengan bidang nyatakan bidang kalian . Namun, masih belum mempunyai tajuk yang spesifik. Jika  Puan/Encik/Dr sudi dan masih mempunyai kekosongan, saya ingin mengambil  Puan/Encik/Dr sebagai supervisor saya. 

Terima Kasih atas maklumbalas.


Ok, bila lecturer tue dah setuju baru ke peringkat seterusnya iaitu buat janji temu. Kenapa ana buat cara begini. Satu, menjimatkan masa kita dan lagi satu mustahil untuk lecture tidak membuka email pada setiap pagi. So, bila dia buka dia akan baca sekali email kita. Genius tak ana^^ 


Dah panjang berjela rasanya ana berceloteh. Harap dapat membantu kalian. Semoga berjaya :) 
Jaga diri,insyaAllah bersua lagi.


"Sometimes we must thinking out of box"















Saturday 12 January 2013

Whatever people get is what they deserve


Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk, 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih,Lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum :)


"Everyday is a new opportunity"
Allah increases His favors,
Allah continues to provide for us,
Allah continues to feed us,
Allah continues to cloth us,
Allah continues to look after us and to bless us,
and overlook our sins and weakness,

Turn to Allah, Repent!

And try and change yourselves,
try and turn back to Allah,
what people get is what they deserve..

Sheikh Mumtaz Ul-Haq-


Tersentuh hati dengan petikan kata-kata dari Sheikh Mumtaz Ul-Haq di atas. Yup, setiap hari adalah peluang untuk kita. Andai diri terleka dengan kerenah dunia, pesan  Sheikh Mumtaz Ul-Haq  "Turn to Allah, Repent!  And try and change yourselves, try and turn back to Allah.. ". 




Andai fizikal kita sihat, cukup di beri makan..jangan pula di abaikan makanan jiwa / rohani kita. Ambil/curi sedikit masa untuk jiwa/rohani kita menyelami keindahan Dia, Maha Pencipta selagi kita punya masa. 

Jika tidak punya banyak masa untuk pergi ke kelas-kelas kuliah agama, kita punya teknologi. Guna lah ia untuk mencari ilmu meraih cinta-Nya. Ana sendiri, memang akui pada semester ini ana tidak banyak berpeluang untuk mengikuti usrah, namun itu bukan alasan untuk kita. 

Dalam sehari kita punya 24 jam, jika di gunakan dengan sebaik mungkin, insyaAllah lebih daripada mencukupi 24 jam yang di pinjam kan itu. Ana suka untuk berongsi dengan sahabat, tentang satu laman Youtube ini. Di mana, kita boleh mencari/mendidik jiwa. Mungkin ada di antara sahabat pernah mengunjungi nya, website SIKMAN. Penuh dengan info yang boleh mendidik jiwa. 

Ana sertakan link untuk memudahkan sahabat mencarinya https://www.youtube.com/SIKM4N . Semgaa Allah redha dengan usaha kita, biiznillah. 

Sekian sampai di sini dahulu dari ana, insyaAllah ada jodoh kita bersua lagi. Jaga diri :) 










Friday 4 January 2013

Kisah Exam!


Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk, 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih,Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum :)


Waaahhh, rasanya dah lama tak update blog ye, fuhh,fuhh,... hihi buang habuk sikit. Bagi yang mengambil kos ijazah sarjana muda, masing-masing sedang menyibukkan diri dengan preparation manghadapi final exam ye tak? Sama la dengan UTHM , musim demam final paper. Yang menariknya, budak-budak diploma sedang bercuti panjang. Ambui, syoknya depa. Mana taknya, budak rumah depan budak diploma.. ehem, tapi kan alhamdulillah ada hikmah-Nya..sunyi la sikit rasa. hehehe.. Ops! >_< 

Ok! Kisah exam menarik yang hendak di kongsi bersama sahabat di sini atau mungkin juga boleh di jadikan pengajaran buat yang lain, kisah ana sendiri. 

Selama hampir berapa semester daripada diploma dulu hingga sekarang degree pada tahun tiga semester ii, ini adalah kisah di waktu peperiksaan yang mungkin akan kekal dalam ingatan ana. hahaha.. Belum, cerita dah mula gelakkan, so, nampak lah lucunya cerita nie. hehe.

Tarikh, 4/1/12 pada jam 3.00 petang bertempat di Dewan Utama UTHM. Exam paper Electronic and Electric BEX 17003. Sebelum mendapat arahan masa peperiksaan bermula, seperti biasa ana selalunya akan tenung jam digital yang berada di hadapan setelah mengeluarkan perkakas dan berdoa untuk menjawab.

 Bila je, di sebut " anda boleh mula menjawab sekarang". Ana, tak tengok  soalan dulu... tp, ana akan pusing pada bahagian belakang kertas soalan, apa yang ana buat... adalah ana menulis segala formula yang ada. Kalau dah buka paper tengok soalan nanti nervous pulak kan. So, itu yang ana buat. 

Ok, alhamdulillah dah siap muntahkan segala formula ( dengan bangga nya,penuh la..jugak A4 tue ^___^ bangga la sangat kan :P )
Baru ana menjawab soalan. Khusyuk neh menjawab, sampai kerut-kerut dahi...hehe, tak de lah :P lalu..seorang pengawas peperiksaan nie.... lelaki. Lama dia duk sebelah ana. Ana musykil, jadi ana pun panggung la..kepala tengok dia, apa yang tak kena. 

Apa lagi, terus dia cakap " ape nie! " dengan muka serius, sambil mata melihat pada formula yang ana tulis tadi. Ehem, tersirap darah jugak la seketika. haha...  dengan keadaan tenang  ( konon-kononnya la.. ) dengan muka selamber, ana pun angkat la kertas tu dan pusing pada bahagian belakang kertas yang mana ada formula dari kertas soalan di situ. 

En. pengawas tue, ambil ,tengok, dan letak balik pada meja ana dan terus berlalu... tapi kan, sebelum dia berganjak ana sempat hadiahkan dia senyuman yang paaaling istimewa. 
hadui.. =.=" dalam sejarah betul! Hang seketika otak nie ha. 

Mana taknya, paper eletrik. Kena pulak soalan-soalan circuit. Aish, bukan bidang ana nak jawab >.<
 ( ehem, pada hal tak sempat habis study..hehe :P ) So, nak tak nak terpaksa la hafal segala rumus yang perlu. Bukan tak da di beri, tapi yang di beri tak ada yang berguna pun. Hm, nie la masalah melanjutkan pelajaran hingga peringkat ini. Boleh di katakan semua subjek semester ini baik pun Heat Transfer, Control melainkan Tech. Writing dan Kenegaraan la..(memang tak da rumus pun kan :P).. 
Semuanya perlu ada di dalam kepala. Yup, memang mencabar. 

Hihi, ukey sampai di sini dulu. Doakan kejayaan ana ..tinggal lagi 2 paper je lagi neh untuk menamatkan tahun 3 pada semester ini :) 


Bittawfiq Wannajah buat sahabat yang menduduki peperiksaan juga.