Friday 29 March 2013

Siri 6 : Titik Permulaan


Siri 6



" ALLAH didn't bring you this far to leave you .. HE trying to increase your faith,
 to bless you with more in your life "





Bisik hatinya sambil memandang jam pada penjuru laptop..tiga puluh haribulan tiga dua ribu tiga belas.... pen di jari bergerak pantas menulis tarikh tersebut di bucu kanan atas kertas. Mata sekali lalu terpandang tarikh itu buat kedua kalinya, dan baru dia tersedar. Ya! Betul lah tarikh itu. 30/03/2013! Dengan pantas perasaan yang datang cuba di ketepikan. Astaghfirullahalazim... cepat-cepat dia menepis perasaan itu. 

Bisik hatinya, hari ini genap  5 tahun. Ya! 5 tahun.. namun jauh di sudut hati dia bersyukur kerana di pertemukan dengan CINTA yang sebenar. Dengan CINTA yang sepatutnya..CINTA agung yang mana mungkin di tukar ganti. Alhamdulillah kini dia tenang menjalani hidup bersendirian bertemankan CINTA AGUNG, kerana itu yang membuatkan dia lebih dekat dengan CINTA Maha Pencipta. 

Keputusan yang dia ambil, tidak pernah dia ragui, kerana takut kepada janji ALLAH melebihi segala-galanya. 

ok, jadi kita setuju untuk tarik balik perkataan declare ubah jadi kawan 

Kini dia mengabdikan diri 100% kepada DIA, Maha Pencipta. Dia tenang dengan keadan begini , dia tenang dengan memberi sepenuh pengharapan kepada ILAHI, kerana pada dia janji ALLAH itu pasti! 

 " Dia tekad untuk mengejar CINTA MATLAMAT dan meninggalkan CINTA ALAT "

Tidak pernah dia sesali tentang masa silamnya, kerana di situ terletak jalan, jalan pulang yang tidak pernah dia sangka untuk melaluinya...Dia terima ketetapan yang telah tertulis di iringi doa, andai tiba masanya nanti... jika "dia" jodoh-ku, insyaAllah akan DIA pertemukan  kembali.. perlahan-lahan dia berbisik, " semoga kamu juga terus kuat dan tabah..pesan aku kepada kamu.. , jangan sekadar mengejar ilmu duniawi, KUTIPLAH bersama ilmu ukhrawi kerana di situlah terletaknya kekuatan diri yang sebenar " .. 

" kerana JIHAD yang paling besar adalah JIHAD untuk melawan hawa nafsu "





bersambung... 

Thursday 14 March 2013

Save The Date


Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum :)


Tadi sewaktu melangkah pulang dari kelas, ada satu mesej masuk pada inbox daripada seorang sahabat
 " Assalamualaikum, In sha Allah usrah KKTU  pada esok jumaat 15/3 jam 9 malam tempat di surau .Jom tolong sebarkan pada kawan-kawan , tq :) " begini lah bunyi mesej nya. Berbunga hati ketika membacanya :) 

For the 1st time, being 25 years old this is my 1st usrah.. the moment yang telah lama ana nantikan. Alhamdulillah.. akhirnya... perasaan? Of coz EXCITED^^


hehe, ok jaga diri insyaAllah bertemu lagi :)


Saturday 9 March 2013

Kisah Baucer RM250


Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum :)





Teringatkan akan baucer yang masih belum di sentuh tiba-tiba risau menyelubungi .Manakan tidak rakan-rakan semua sudah menghabiskannya atau pun tidak dah guna separuh ye tak? 

Semester ini kekangan masa buat diri tidak berpeluang untuk berada jauh dari kawasan universiti. Waimah di hujung minggu perlu di gunakan untuk menyelesaikan tugasan yang ada. Hewww! Student tahun akhir degree memang macam nie ea ... hanya berteka teki sendirian. 

Ok, memandang ada pameran buku di perpustakaan jadi last minute ana membuat keputusan untuk mencari buku-buku ini. Akhirnya dapat juga. Cukup-cukup untuk harga sekeping baucer, hehe. Dan sekarang sangat happy! Ada dua buah buku untuk di habiskan.

Sekarang ana sedang membaca buku hasil tulisan Ustaz Kazim Elias, Tuhan Sedang Menguji Kita. Menarik intipati dalamnya. Sebenarnya buku ni dah lama adik ana beli, cuma belum menyentuhnya lagi. Alhamdulillah dalam sesibuk mana sekalipun ana akan cuba mencari masa untuk membaca. Sedikit sebanyak dapat juga menambah ilmu dan belajar dari pengalaman orang lain.

Selalaunya ana akan membaca sebelum ana lelapkan mata di malam hari. Dan, sepekara lagi, sifat buruk yang tidak boleh di pisahkan apabila membaca, ana nie jenis sayang nak hbiskan bacaan. Jadi, sekali ana baca ana hanya akan selak beberapa helai muka surat sahaja sebab ana SAYANG nak baca takut bila dah habis suma xda benda lagi nak baca  :P 

Yang menariknya tentang buku, adalah waktu first...time membelinya. Apa yang ana akan buat tatkala mendapat buku baru ana akan pegang bucu buku dan lepaskan. Subhanallah sangat segar bau buku baru..hehehe... ha! ada yang pernah buat macam nie tak? Kalu ada, kita sama :) 

Masih ada lagi 4 keping baucer yang perlu di habiskan...ayak.. bila masanya pulak nak pegi menghabiskannya... 


Buku adalah teman terbaik kita :)


Sampai di sini dulu, jaga diri insyaAllah ketemu lagi ..

Monday 4 March 2013

Siri 5 : Dia dan tempat itu


Siri 5


Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum :)




Petang yang damai itu, sengaja dia memilih waktu senja untuk menuju ke perpustakaan bagi menyambung tugasan yang di amanahkan. Di manfaatkan waktu "cuti" yang di kurniakan. Sepanjang berada di dalam bas dia menikmamati keindahan waktu senja pada petang itu. Damai. Di lihat dari kejauhan gelanggang yang berada di sekitar universiti di penuhi dengan siswa dan juga siswi yang melepaskan penat mencari ilmu di siang harinya untuk beriadah bersama teman. 

Sambil-sambil menikmati sisa-sisa senja dia teringat  kisah di dalam kelas BDA40502 Jurutera Masyarakat tengahari  tadi.  Banyak yang di pelajari antaranya sejarah kejuruteraan orang terdahulu misalnya seperti pada tamadun Mesapotamia, Greek, Romania dan sebagainya. Banyak input yang di peroleh dalam masa 3 jam yang langsung tidak terasa lamanya. Tidak sia-sia dia menukar seksyen itu. Bisik hatinya.

Pensyarah juga ada menyelitkan  serba sedikit tentang kisah orang terdahulu yang di sebut di dalam al-Quran.   Sedikit kagum dia dengan pensyarah itu. Hingga tiba waktu pensyarah itu ceritakan pengalaman dia semasa menunaikan haji. Kelakar. Itu ungkapan yang dapat dia definasikan tentang cerita tersebut. Tanpa dia sedar di saat sedang ketawa, lucu dek cerita air mata nya bertakung.. dan sebak mula menyelubungi diri. Ini kali kedua yang seumpama ini dia rasakan. Sebak apabila mendengar ungkapan rumah AGUNG itu. Tidak lain, MEKAH al-Mukarahmah.  Entah mengapa dia sendiri masih lagi tercari-cari jawapan kepada persoalan itu... 
Jauh di lubuk hati ingin sangat dia pergi ke sana, tapi sempatkah? berpeluangkah dia untuk ke sana.. hanya DIA  yang mengetahui. Tapi dia masih berharap agar suatu hari nanti dia dapat menjejakkan kaki di tanah haram itu. Biiznillah... 


bersambung..