Saturday 20 October 2012

Indahnya Sebuah Kesabaran


Assalamualaikum :)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



Buat renungan bersama..


Kadangkala kita tidak terfikir di sebalik setiap ujian yang datang itu ada hikmah tersendiri..

hingga tiba suatu saat kita bersendirian dan mengucap syukur kepada Ilahi atas ujian yang Dia datangkan..

dan baru kita tersedar betapa manisnya kesabaran dalam menempuhi ujian yang berliku,

dalam mencari redha Dia yang satu..

Terima kasih Ya Rabb kerana membuka pintu hati ini untuk melihat jalan kebenaran-Mu <3


Semoga kalian juga begitu :) 


~Naurah Dzahabiyah~

Thursday 18 October 2012

Siri 3 : Bukan Penghalang


Siri 3

Ketakutan itu tidak salah, namun jangan jadikan ia sebagai penghalang 
untuk terus melangkah ke hadapan...





Minggu ini merupakan minggu yang sangat sibuk dia rasakan. Manakan tidak, tiga hari berturut-turut dia perlu bertungkus lumus mempersiapkan diri bagi menghadapi ujian pertama pada semester ini. Kali ini dia dapat rasakan perbezaannya. Perasaan malas tidak lagi menyelubungi dirinya. Semangat mujahadahnya semakin menebal. Hanya satu niatnya, iqtikad mencari redha Ilahi.

Hanya tinggal satu paper saja lagi yang perlu di ulangkaji untuk keesokan hari. BEX17003, Electrical Engineering. Mata pelajaran yang agak asing buat dirinya. Kurang dari tempoh 24 jam dia akan menduduki paper tersebut. Strategi yang pada awalnya di susun mula goyah tatkala keliru datang menjengah. Di rasakan sukar untuk dia memahami bait-bait litar yang penuh dengan misteri yang tersembunyi. Jarum masa pada skrin laptopnya menunjukkan tepat jam 12 pagi. Mujahadahnya mula beristikharah.

Keesokan harinya, Ya Rabb, permudahkanlah urusanku bisik benaknya. Mana mungkin dia mahu mengalah dengan nafsunya. Seminggu sebelumnya, sudah awal-awal lagi dia beritahu kepada emak tentang tarikh itu. Jika emak di rumah sudah bersedia melapangkan waktu untuk membaca isi jantung kalamullah (Surah Yassin) masakan dia mahu mengalah.

Seperti pesan emaknya tiap kali hendak mengahadapi peperiksaan, harus di maklumkan hari dan tarikhnya. Kata emak, dia hanya mampu menolong dari jauh selebihnya bergantung kepada usaha dia dan bertawakal kepada Allah.

Emak dan abahnya sangat menitik beratkan  soal pelajaran. Ingat lagi pesan abah, “ abah tak mahu beri kemewahan kepada anak-anak abah, tapi abah bagi pelajaran. Pandulah hidup berdasarkan ilmu yang ada. Ilmu agama abah dah bagi,ilmu dunia juga abah dah bagi” . Lebih kurang begitu lah bunyinya.

Masih dia ingat lagi, pada ketika dia hendak memasuki alam pekerjaan. Tinggal berjauhan dari keluarga walaupun abah berat hendak melepaskan, tapi demi masa hadapan dan sebagai tanda sokongan terhadap minat anaknya, abah lepaskan jua dia berdikari. Di saat perpisahan, abah kirimkan satu buku muka hadapannya bertajuk “ Hidup Ibadat” tulisan Ustaz Haji Fadzil Haji Ahmad. Bagai hendak mengalir air mata di saat itu. 

Abah bukan seorang guru agama namun Islamnya juga tidak di pandang rendah. Masih ingat lagi, ketika kecil abah bersusah payah mencari guru agama dan berulang alik menghantar kami adik beradik untuk menghabiskan al-Quran. Kini,apabila sudah dewasa baru dia memahami mengapa abahnya sanggup bersusah payah suatu ketika dulu.

Jauh di sudut hati dia mensyukuri nikmat mereka di sisi. Tanpa doa seorang ibu dan redha seorang bapa mana mungkin dia dapat jejakkan kaki di menara gading seperti hari ini. 

Lamunannya terhenti tatkala telefon berdering...


(bersambung)









Wednesday 17 October 2012

Al-Hujurat Panduan Dalam Persahabatan

Assalamualaikum :)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...



" Alangkah susahnya mendidik nafsuku, yang tidak dapat melihat kebenaran-Mu, Ya Allah tuhanku bantulah hamba-Mu dalam mendidik jiwaku ini "..

Harapan pada-Mu subur kembali, Saujana~



Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi atas kurniaan rahmat dan inayah dari-Nya.  Sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Satu demi satu kesilapan yang kita lakukan tanpa kita sedari. Tatkala satu demi satu kesilapan itu datang ketika bersendirian muhasabah diri di renungi. 

Sedang leka menyelak helaian demi helaian kalamullah, terlihat akan surah Al-Hujurat yang penuh dengan panduan di dalam persahabatan. Di sertakan maksud yang terkandung di dalamnya. Syahdu menyelubungi hati. Bagaikan Dia sendiri yang berbicara terus kepada diri ini...



[1]Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.


[2]Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain. (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya.


[3]Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah (s.a.w), – merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar.


[4]Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tata tertib).

[5]Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


[6]Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.


[7]Dan ketahuilah! Bahawasanya dalam kalangan kamu ada Rasulullah (maka janganlah kemahuan atau pendapat kamu mendahului pentadbirannya); kalaulah ia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan perkara, tentulah kamu akan mengalami kesukaran; akan tetapi (Rasulullah tidak menurut melainkan perkara yang diwahyukan kepadanya, dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana) Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta di perhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu: perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus; -


[8](Mereka dijadikan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.


[9]Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.


[10]Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.


[11]Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.


[12]Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.


[13]Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).


[14]Orang-orang ” A’raab” berkata: ” Kami telah beriman”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam ‘. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.


[15]Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya).


[16]Katakanlah (kepada orang-orang “A’raab” itu wahai Muhammad): “Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang ugama kamu (dengan berkata: ` kami telah beriman ‘)? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”.


[17]Mereka mengira dirinya berbudi kepadamu (wahai Muhammad) dengan sebab mereka telah Islam (tidak melawan dan tidak menentang). Katakanlah (kepada mereka): “Janganlah kamu mengira keislaman kamu itu sebagai budi kepadaku, bahkan (kalaulah sah dakwaan kamu itu sekalipun maka) Allah jualah yang berhak membangkit-bangkitkan budiNya kepada kamu, kerana Dia lah yang memimpin kamu kepada iman (yang kamu dakwakan itu), kalau betul kamu orang-orang yang benar (pengakuan imannya).


[18]“Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Allah Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan”.


Ringkas dan pendek tetapi penuh dengan makna... Duhai hati bersabar dalam setiap apa jua dugaan menimpa diri.  Jadikan Al-Quran sebagai rujukan. Jangan tewas dengan angkara syaitan yang sentiasa menghasut diri untuk melakukan kezaliman. Sesungguhnya Dia yang lebih mengerti segala isi hati.


Semoga kita sentiasa di bawah lindungan-Nya.
Tutup dan kunci hati kita untuk Dia yang satu.
Insya-Allah :) 




  




Sunday 14 October 2012

Kisah Tudung

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah di panjatkan kesyukuran kepada-Nya kerana kita masih lagi dapat bersua. Apa khabar sahabat :) Semoga kalian sihat berada di bawah limpah rahmat dari-Nya, insya-Allah. Aamiin :) 

Rasa seperti sudah lama tidak berkongsi cerita dengan para pembaca. Kekangan masa menyebabkan saya jarang update untuk seketika. Alhamdulillah hari ini punya kesempatan untuk menulis :)

Suatu saat sedang asyik berfacebook, saya ada terlihat satu page yang menjual tudung. Cantik-cantik tudungnya. Saya sendiri tertarik dengan satu jenis tudung nie. Ada lapik dagu di bawahnya. Memudahkan kita para muslimah untuk menunaikan solat. Tak perlu lagi cari telekung. Ambil wuduk, sarung tudung dah..boleh terus solat. Cepat bukan :) Insya-Allah teringin juga hendak memilikinya suatu hari nanti. Saya selalu terbayangkan saya yang mengenakan tudung tersebut. InsyaAllah jika ada rezeki saya hendak memakainya tatkala pergi menziarahi makam para sahabat dan menjadi tetamu rumah Allah.  Doa kan saya ya sahabat. Doakan semoga saya punya kekuatan dan istiqamah untuk memakainya. Insya-Allah :)  




 TUDUNG UMRAH & HAJI MUNAWWARAH...dari syazara, cantikan^^ harap suatu hari nanti saya dapat memakainya tatkala menziarahi makam para sahabat dan menjadi tetamu rumah Allah... rindu rasa,walaupun belum pernah jejak kaki ke sana.. doakan saya ya sahabat :)



Friday 12 October 2012

Siri 2 : Dia yang bergelar Niqabis

Siri 2


 dia yang bergelar " niqabis" 




 " sahabat.., dalam bermujahadah banyak ujian yang Dia datangkan kerana Dia tahu kamu mampu mengharunginya. Di dalam kepahitan itu akan ada terasa kemanisannya. Duhai sahabat, dari kejauhan aku mendoakan agar kamu terus kuat dan tidak berputus asa dengan janji Dia Maha Pencipta. Aamiin.  "    



Matahari mula menampakkan sinarnya, kenderaan mula berpusu-pusu masing-masing tidak mahu lewat ke tempat kerja mahu pun kuliah. Dapat di rasakan kedamaian pada pagi itu. Sambil berjalan dia mendongak ke dada langit, dia berbisik pada hati,  terima kasih Ya Allah atas kurniaan-Mu sambil dia mengukir sekuntum senyuman buat Dia Maha Pencipta. 

Seperti biasa kuliah pada pagi itu, bersambung dengan perbincangan daripada kumpulan yang telah di amanahkan untuk membuat pembentangan. Isu untuk di perbincangkan pada pagi itu berkenaan dengan "Warisan dan Perkembangan Ketamadunan Tradisional" dan "Imperialisme dan Kolonialisme" . Sekali imbas tajuk ini mengajak diri untuk berfikir kembali bertapa indahnya warisan yang warisi serta bertapa payahnya kehidupan nenek moyang kita suatu ketika dahulu. 

Kelas menjadi sunyi, hanya suara pembentang sahaja yang kedengaran. Masing-masing khusyuk memberi tumpuan pada isi yang di sampaikan untuk di buat rumusan. Tidak kurang pula ada yang mengambil kesempatan untuk membuat ulangkaji persediaan menghadapi ujian control pada malam harinya. Hingga lah tiba saat kumpulan yang membentangkan tajuk "Imperialisme dan Kolonialisme" , satu suara yang kedengaran bersahaja tetapi mempunyai semangat jihad yang tinggi membuat kelas terpukau seketika. Jika mata yang tadinya tertumpu pada kertas, terus beralih untuk melihat siapakah gerangannya. Sederhana tinggi orangnya, berpakaian serba hitam kelihatan seperti wanita-wanita Yaman serta berniqab. Mampu mencuri perhatian segenap kelas. 

Jika tumpuan tadi kepada slide yang tayangkan,kini tumpuan beralih kepada gerangan yang sedang bercakap. Terasa damai di hati. Seperti biasa apabila tiba sesi soal jawab kelas mula menjadi riuh rendah. Berdiri seorang hamba Allah untuk mengajukan soalan tentang isu "Imperialisme dan Kolonialisme". Bait-bait soalan tersebut jelas di tujukan kepada dia yang berniqab itu. Di tanya,  " adakah dengan pakaian seperti saudari ini mampu mengelakkan diri daripada gejala sosial? serta ada info yang mengatakan bahawa wanita yang berpurdah juga sudah kehilangan dara ".   Secara langsung kelas mula menjadi riuh rendah dengan suara-suara yang mungkin tidak berpuas hati tentang persoalan yang di ajukan. Allahu Rabbi, lantas hati berbisik, Ya Allah berikanlah dia kekuatan untuk merungkai persoalan itu tadi. Dari pembesar suara dapat kedengaran dia yang berniqab itu sedang mencari kekuatan untuk merungkai persoalan yang di ajukan. Dengan tenang dia mengulas jawapan. Ya, dengan berpakaian begini saya rasa lebih  selamat untuk ke mana-mana  dan juga terasa lebih di hargai oleh golongan "adam". Dengan ini, ia dapat mengelakkan daripada  permasalahan gejala sosial. Ringkas serta padat jawapan yang di berikan. Terima kasih Ya Allah

Namun dari ke jauhan di sudut hati, dia merintih sendirian. Sedih mengenangkan persepsi  yang di berikan terhadap wanita yang berniqab. Ya Allah, Kau berikan lah kekuatan kepada mereka yang berniqab agar terus kuat untuk bermujahadah mencari redha-Mu... dia berbisik perlahan. Seperti dia dapat merasakan  kepahitan yang sama  niqabis itu rasai. Dari kejauhan, dia berkata kepada niqabis yang tidak pernah dia kenali itu, sahabat.., dalam bermujahadah banyak ujian yang Dia datangkan kerana Dia tahu kamu mampu mengharunginya. Di dalam kepahitan itu akan ada terasa kemanisannya. Duhai sahabat, dari kejauhan aku mendoakan agar kamu terus kuat dan tidak berputus asa dengan janji Dia Maha Pencipta. Aamiin.     

Dia bukan lah seorang niqabis, tetapi dia mengerti perasaan mereka. Kerana dia juga sedang bermujahadah mencari redha-Nya...


* niqabis: gelaran buat mereka yang memakai purdah (niqab)


(bersambung)









Wednesday 3 October 2012

Kita kan gagah di Nusantara!

Assalamualailkum... :)


"Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah , tidak ada yang lebih menyedihkan dari melihat bangsaku di hina "
- Tun Dr. Mahathir

Syukur alhamdulillah kerana masih punya nafas di muka bumi Allah ini. Pada hari isnin yang lepas, 30/9/2012 untuk kelas kenegaraan ada dua kumpulan membuat presentation  berkenaan dengan tajuk Warisan Tradisional. Di akhir, pembentangan Dr. Khairul Azman bin Suhaimy selaku pensyarah yang bertanggungjawab mengajar kami subjek ini memberi sedikit huraian tentang tajuk yang di perbincangkan. Allah... bercampur baur perasaan ketika mendengar asal usul kita orang Melayu. Marah, kepada penjajah, dan kadangkala marah juga pada bangsa kita sendiri yang mana suatu ketika dahulu bangsa Melayu merupakan bangsa yang terkaya. Masih ingat lagi apabila Dr. Khairul Azman sentuh tentang isu "negara Melaka tidak akan di jajah apabila pintu kota tidak di buka" . Di sini menampakkan bahawa penting bagi kita untuk memilih pemimpin yang betul bagi menjaga maruah bangsa kita.

Bertambah sayu dengan sejarah kewujudan kota A Famosa yang sering di banggakan. Sedih kerana bahan yang membina kota A Famosa itu adalah daripada batu-batu nisan serta bangunan-bangunan masjid pada ketika itu. Allah...betapa tercabarnya maruah kita. Tidak cukup dengan itu,hasil kajian mendapati penjajah pada ketika itu membawa keluar hampir kesemua bukti-bukti yang menunjukkan Tanah Malayu merupakan pusat pedagang yang kaya pada zamannya, dengan penemuan seperti tempayan serta tembikar di muzium negara penjajah di simpan oleh mereka hingga kini. 

Seperkara lagi, pernah saurada/ri dengar tentang " takkan Melayu hilang di dunia" ?? Tetapi sehingga kini tidak dapat kita buktikan bahawa ikon Hang Tuah itu suatu ketika dahulu memang wujud. Kita tidak dapat buktikan dengan sebarang dokumen sebagai pengesahan.  Begitu juga dengan isu Pulau Batu Tiga. Yang mana kita mempunyai salinan pengesahan yang di simpan oleh mereka orang luar sebagai kepentingan sendiri . Sebak. Dan hampir menitiskan air mata tatkala mendengar apa yang Dr. Khairul sampaikan. 


Mari sama-sama kita hayati bait-bait kata dalam lagu ini;


Anak kecil main apiTerbakar hatinya yang sepiAir mata darah bercampur keringatBumi dipijak milik orangNenek moyang kaya-rayaTergadai seluruh harta bendaAkibat sengketa di antara kitaCinta lenyap di arus zamanIndahnya bumi kitaWarisan berkurun lamanyaHasil mengalir ke tangan yang lainKita kan merintih sendiriJangan buang waktu lagiMajulah raih sebuah mimpiHapuskan sengketaTeruskan usahaKita kan gagah di nusantaraKita kan gagah di nusantaraKita kan gagah di nusantaraKita kan gagah di pentas dunia


 Semoga bumi Malaysia ini sentiasa di bawah rahmat-Nya,insyaAllah ,Aamin ..