Siri 2
dia yang bergelar " niqabis"
dia yang bergelar " niqabis"
" sahabat.., dalam bermujahadah banyak ujian yang Dia datangkan kerana Dia tahu kamu mampu mengharunginya. Di dalam kepahitan itu akan ada terasa kemanisannya. Duhai sahabat, dari kejauhan aku mendoakan agar kamu terus kuat dan tidak berputus asa dengan janji Dia Maha Pencipta. Aamiin. "
Matahari mula menampakkan sinarnya, kenderaan mula berpusu-pusu masing-masing tidak mahu lewat ke tempat kerja mahu pun kuliah. Dapat di rasakan kedamaian pada pagi itu. Sambil berjalan dia mendongak ke dada langit, dia berbisik pada hati, terima kasih Ya Allah atas kurniaan-Mu sambil dia mengukir sekuntum senyuman buat Dia Maha Pencipta.
Seperti biasa kuliah pada pagi itu, bersambung dengan perbincangan daripada kumpulan yang telah di amanahkan untuk membuat pembentangan. Isu untuk di perbincangkan pada pagi itu berkenaan dengan "Warisan dan Perkembangan Ketamadunan Tradisional" dan "Imperialisme dan Kolonialisme" . Sekali imbas tajuk ini mengajak diri untuk berfikir kembali bertapa indahnya warisan yang warisi serta bertapa payahnya kehidupan nenek moyang kita suatu ketika dahulu.
Kelas menjadi sunyi, hanya suara pembentang sahaja yang kedengaran. Masing-masing khusyuk memberi tumpuan pada isi yang di sampaikan untuk di buat rumusan. Tidak kurang pula ada yang mengambil kesempatan untuk membuat ulangkaji persediaan menghadapi ujian control pada malam harinya. Hingga lah tiba saat kumpulan yang membentangkan tajuk "Imperialisme dan Kolonialisme" , satu suara yang kedengaran bersahaja tetapi mempunyai semangat jihad yang tinggi membuat kelas terpukau seketika. Jika mata yang tadinya tertumpu pada kertas, terus beralih untuk melihat siapakah gerangannya. Sederhana tinggi orangnya, berpakaian serba hitam kelihatan seperti wanita-wanita Yaman serta berniqab. Mampu mencuri perhatian segenap kelas.
Jika tumpuan tadi kepada slide yang tayangkan,kini tumpuan beralih kepada gerangan yang sedang bercakap. Terasa damai di hati. Seperti biasa apabila tiba sesi soal jawab kelas mula menjadi riuh rendah. Berdiri seorang hamba Allah untuk mengajukan soalan tentang isu "Imperialisme dan Kolonialisme". Bait-bait soalan tersebut jelas di tujukan kepada dia yang berniqab itu. Di tanya, " adakah dengan pakaian seperti saudari ini mampu mengelakkan diri daripada gejala sosial? serta ada info yang mengatakan bahawa wanita yang berpurdah juga sudah kehilangan dara ". Secara langsung kelas mula menjadi riuh rendah dengan suara-suara yang mungkin tidak berpuas hati tentang persoalan yang di ajukan. Allahu Rabbi, lantas hati berbisik, Ya Allah berikanlah dia kekuatan untuk merungkai persoalan itu tadi. Dari pembesar suara dapat kedengaran dia yang berniqab itu sedang mencari kekuatan untuk merungkai persoalan yang di ajukan. Dengan tenang dia mengulas jawapan. Ya, dengan berpakaian begini saya rasa lebih selamat untuk ke mana-mana dan juga terasa lebih di hargai oleh golongan "adam". Dengan ini, ia dapat mengelakkan daripada permasalahan gejala sosial. Ringkas serta padat jawapan yang di berikan. Terima kasih Ya Allah.
Namun dari ke jauhan di sudut hati, dia merintih sendirian. Sedih mengenangkan persepsi yang di berikan terhadap wanita yang berniqab. Ya Allah, Kau berikan lah kekuatan kepada mereka yang berniqab agar terus kuat untuk bermujahadah mencari redha-Mu... dia berbisik perlahan. Seperti dia dapat merasakan kepahitan yang sama niqabis itu rasai. Dari kejauhan, dia berkata kepada niqabis yang tidak pernah dia kenali itu, sahabat.., dalam bermujahadah banyak ujian yang Dia datangkan kerana Dia tahu kamu mampu mengharunginya. Di dalam kepahitan itu akan ada terasa kemanisannya. Duhai sahabat, dari kejauhan aku mendoakan agar kamu terus kuat dan tidak berputus asa dengan janji Dia Maha Pencipta. Aamiin.
Dia bukan lah seorang niqabis, tetapi dia mengerti perasaan mereka. Kerana dia juga sedang bermujahadah mencari redha-Nya...
* niqabis: gelaran buat mereka yang memakai purdah (niqab)
* niqabis: gelaran buat mereka yang memakai purdah (niqab)
(bersambung)
No comments:
Post a Comment