Tuesday 28 January 2014

Bahagian 3

"Segala jalan sentiasa terbuka,  Dan U-Turn itu sentiasa ada "


Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum :)




Alhamdulillah, hari ini Januari 2014 atau lebih tepat lagi.. pada bulan ini genap 6 bulan usia khitbah kami. Masih dalam ingatan, sewaktu telefon rumah tempoh hari semasa masih berada dalam tempoh peperiksaan, tiba-tiba mak ana bertanya, 

" nak buat tema warna apa mak nak beli kain nak jahit langsir nie...", dengan keadaan sedikit blurr ketika itu ana pun menjawab balik " tema apanya" , mak pun cakap " tema kamu nanti la" , owh, ok. Ha, nampak tak persoalan di situ... haha. 

Last-last," ikut mak la.. ok je mana-mana pun boleh... ".Since mak dah nak sponsorkan... Anak mak time tu, blajar pun tak habis lagi...

Apa pun, syukur di panjatkan pada Ilahi. Perancangan harus ada. Bakal zauj sudah mendapat kerja. Tidak sampai sebulan menggangur. Kini, giliran ana pula. Semoga dipermudahkan urusan.

Nikmatnya, bila diletakkan Dia sebagai panduan utama. Islam itu memang indah.Alhamdulillah.. sebenarnya, dalam tempoh 6 bulan ini, hanya 3 kali kami bertemu. Itu pun, bersama keluarga. 

Pertama kali bertemu sewaktu menghantar adik ana di UiTM, Shah Alam..kebetulan si dia berada di sana. Dan kedua kalinya, sewaktu ana transit di KL dan kali ketiga nya sewaktu pergi bermain salji di ICT tempoh hari.
Itu pun, bersama keluarga. 

Subhanallah.... indah rupanya^^. Kami tak banyak bercakap ketika bertemu, sekadar tegur-tegur begitu. Maklum la.. keluarga ada bersama..malu-malu kucing orang kata (ngeyeh sampai teinga.. :D ) Si dia, banyak bersembang dengan mak dan ayah ana. Mencari keserasian mungkin :) 

Semoga diberikan kekuatan. Setiap yang berlaku ada hikmah-Nya.Segala jalan pula sentiasa terbuka, cuma kita yang perlu menentukan jalan mana yang menjadi pilihan di hati kita. 


Dan U-Turn itu sentiasa ada.

bersambung...