Friday 5 April 2013

Saat CINTA mula bicara




Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum :)




Segala puji kembali pada ALLAH,  
 " Bila kita hendak melakukan perkara yang baik.. ALLAH akan tolong "


Alhamdulillah.. pada usia sebegini DIA masih sayangkan ana. Alhamdulillah kerana ana antara hamba DIA yang di pilih untuk menjalani ujian dari-NYA. Ana tahu DIA hantarkan ujian/mehnah kepada kita sebagai hamba untuk DIA melihat sejauh manakah kita betul-betul mencintai DIA. 

Ana terpanggil untuk kongsikan sedikit rasa apabila hati ini mula terpaut dengan cinta DIA, Yang Maha Esa. Di saat ana mula tekad untuk memilih cinta-Nya, DIA hantarkan ujian kepada ana untuk melaluinya. Ujian itu dalam dalam bentuk persahabatan. Itu antara ujian yang paling berat yang melibatkan hati dan perasaan yang  pernah DIA duga. Hampir setahun ana melaluinya. Rakan, kawan,sahabat mereka hanya mampu mendengar rintihan kita yang paling berkuasa adalah berbalik kepada DIA, Sang Pencipta. 

Alhamdulillah, di pengakhirannya tidak setitik air mata pun yang merintih terhadap kerenah manusia, tapi dalam diam.. tangisan itu datang di saat sujud tengah malam. Sahabat, bermohon kepada DIA untuk peroleh kekuatan itu. Rakan-rakan mahu pun ibu bapa tidak dapat membantu sebaik mana bantuan dari DIA. Hasbunallah wanikmal wakil itu lah sebaik-baik tempat kita untuk mengadu. ALLAH ini sweet sahabat,  bila mana DIA rindu untuk mendengar rintihan kita, DIA berikan ujian kepada kita, untuk apa, supaya kita lebih kuat dan tabah di kemudian hari. DIA tidak berikan sesuatu itu dengan sia-sia. DIA datangkan sesuatu itu  kerana DIA tahu kita mampu mengharunginya...sahabat La tahzan, jika di beri ujian.. kerana di sebalik ujian itu akan terselit kebahagiaan :)

Alhamdulillah, ok. Ingin ana kongsikan beberapa kejadian atau beberapa perubahan yang dapat ana kongsikan untuk sama-sama kita ambil iktibar atas sesuatu hikmah-NYA. Ya, bagi mana-mana rakan sahabat yang sudah lama mengetahui ana yang sekarang bukan lagi ana yang sebelum ini. Tapi itu bukan bermaksud ana menyesal tentang kisah silam ana, TIDAK sama sekali. Malah di panjatkan kesyukuran untuk merasainya. 

Kalau di tanya, adakah ana merasa bahagia sekarang? Jawapannya YA, sudah tentu :) Ana bahagia dengan jalan yang ana pilih. Ana bahagia dengan nikmat yang DIA kurnia. Ana redha dengan perkara yang sudah tersurat. Alhamdulillah.

Apa yang ana lihat, bila kita letakkan pengharapan pada kalimah LA..ILA..HAI..LALLAH, insyaALLAH segalanya akan dipermudahkan.

Misalnya, ana ambil contoh yang berlaku pada diri ana. Pernah suatu hari tu ana terpaksa keluar ke Batu Pahat bersendirian dek kerana tidak mahu menyusah rakan-rakan yang masih sibuk dengan urusan masing-masing ketika itu.. ana bertawakal kepada ALLAH kerana ana tahu di setiap langkah dan di setiap gerak geri ana diperhatikan dari jauh. Ayat kursi peneman ana tatkala ana berada di situasi yang mencemaskan. Maha Suci Allah, ketika hendak turun dari bas, ana tertoleh ke belakang dan lihat seorang rakan yang ana kenal juga turun pada destinasi yang sama. Sahabat hebat bukan cinta ALLAH kepada kita, bila mana DIA tarik suatu nikmat daripada kita, DIA akan gantikan nikmat lain kepada kita :)


Ingin ana kongsikan bersama di sini detik-detik awal ketika ana mula berhijrah ke tudung labuh, yela pertama kali mencubanya kena pula rakan-rakan mengenali ana , hanya Tuhan saja yang tahu, bertapa gementernya perasaan itu :) berkali-kali ana melangkah keluar dan masuk bilik, perasaan mula bersilih ganti, " nak teruskan ke.. tak nak" ha, itu yang ana rasa. Dan akhirnya, ana tekad. Ana melangkah keluar bilik dengan penuh debaran. Rabbiyassir wala tua'sir rabbi tamim bilkhair bermain di bibir. Sesampai di ATM dalam universiti dengan hati masih lagi dalam kegusaran, tiba-tiba datang seorang hamba Allah tegur dan sapa ana, subhanallah di saat hati ana gelisah , gementar DIA hantarkan kepada ana seorang hamba-NYA untuk menegur dan bersembang dengan ana. Pada mulanya ana tidak pasti siapakah gerangannya, dan selepas itu baru ana teringat kembali bahawa dia pernah berada di satu kelas dengan ana dulu. Tapi sebelum itu kami tidak pernah saling menegur. Tengok sahabat, bagaimana ana tidak boleh tidak cakap bahawa kini ana sedang di lamun CINTA. Indah bukan, jika pengharapan itu kita di letak pada tempat yang septutnya :) 



Sahabat, bila mana kita meletakkan kepercayaan terdahap DIA , DIA akan sentiasa membantu kita percaya lah. Selalu ana amalkan ayat ini tatkala di waktu kesulitan rabbiyassir walatua'sir rabbi tamim bilkhair.. Ya Tuhan ku permudahkan lah ia, jangan di susahkan.. alhamdulillah ia sangat berkesan. Selalunya ana amalkan ayat ini sewaktu hendak melintas jalan yang ada banyak kenderaan, sewaktu terlewat untuk masuk kelas. Malah pernah sekali ketika di dalam dewan peperiksaan pada dua semester yang lalu,  masih segar di ingatan ketika itu peperiksaan subjek termodinamik 2, ana lupa separuh daripada jalan kerja penyelesaian ..ana baca ayat ini berulang kali, alhamdulillah dengan izin-NYA ana dapat melihat jalan kerja itu seperti mana ana lihat sebelum masuk dalam dewan peperiksaan. Perkara-perkara sebegini lah,  yang membuatkan diri ana untuk mencari dan terus mencari CINTA Ilahi :)

Terus menerus ia membuatkan diri ana untuk sentiasa bermuhasabah . Sahabat, betapa kerdilnya diri kita di sisi ALLAH TAALA, masih ingat pesanan Ustazah Fatmah Syarha, kata beliau 

Jika kita hendak mohon pertolongan , sudah pasti kita akan mencari yang  paling kuat dan yang paling berkuasa, dan yang paling kuat dan  berkuasa itu lah DIA, Sang Pencipta. 

Kadang-kadang terfikir ana, Allahu Rabbi bertapa degilnya kita ini. DIA bagi kita segala nikmat, tapi kita lalai. Bila DIA panggil, kita lengah-lengahkan waktu itu..kita buat macam tiada apa yang berlaku, sedangkan apabila telefon kita berdering, laju....saja kita angkat. DIA suruh kita tutup aurat, kita buat tak tahu saja.. sedangkan di sebalik tertutupnya aurat itu terselindung seribu hikmah. Di dalam solat pula selalu kita baca surah Al-Fatihah , kita pohon  pada DIA tanpa kita sedar makna surah tersebut,tapi apa yang kita lakukan?  
...Allahuakhbar, betapa lalainya kita ini.. 

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
 Surah Al-Fatihah:1-7

Akhir sekali sahabat, pesan ana kepada sahabat dan juga diri ana sendiri...andai kita sedang melakukan kemungkaran apabila terdetik satu getaran di hati, itu merupakan satu petanda bahawa apa yang sedang kita lakukan itu adalah SALAH sahabat,.. tolong dan  tolong sangat... jangan abaikan rasa itu,  cepat-cepat istighfar cari di manakah silap itu bermula DAN cuba perbaiki. Kerana seandainya perasaan itu berlalu pergi mungkin kita tidak akan dapat merasainya lagi... 

Wallahua'alam. Sama-sama kita bermuhasabah diri  kerana akhirat tempat yang di tujui DUNIA hanya persinggahan yang TIDAK ABADI. Jadikan ALLAH cinta agung kita.


Jaga diri INSYA ALLAH kita bersua lagi. Semoga bermanfaat :)