Wednesday 25 December 2013

Noktah

Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum :)


Berdasakan kepada entry yang lepas, akhirnya di temui juga dengan titik noktah. Akhirnya, ana temui jalan yang di cari. Alhamduillah, setelah beberapa hari di dalam keconfiusan ..hehe.           

Cita-cita nak jadi tenaga pengajar. Tak kesah la lecturer ke ape, janji boleh mengajar. Jadi, ada dua jalan yang ana boleh pilih. 

Jalan pertama, terus kan dengan sambung pengajian master ( sama ada coursework / research). Jalan kedua, dengan cari pemgalaman kerja di industri dulu. 

Akhirnya ana pilih jalan kedua. Di sebabkan jalan kedua tue lebih sesuai dengan kondisi ana. Sebab... sambil kerja ana dah boleh bayar pinjaman belajar yang tertangguh dari zaman diploma dahulu, kemudian, dah boleh kumpul duit dan bina hidup ( dah berusia 25 tahun baru nak bina hidup  :P ), dari pengalaman tu ana boleh apply untuk jadi tenaga pengajar. Jadi, dalam satu masa, ana boleh settle beberapa perkara.Berbanding dengan jalan pertama.

Memandangkan jalan pertama, jika ana teruskan.ana hanya boleh fokus pada pengajian sahaja. That's why, hati ana kuat berkata ya it is. This is what I want! 

Perlu, diingatkan..hidup hanya sekali. Kita la manager kehidupan kita. Jalan mana yang hendak di pilih kita yang berhak tentukan. Jangan sesekali di sempitkan jalan pilihan yang luas itu. Because, we deserve! 

Dan, jalan setiap orang itu berbeza. Ya... masanya itu sudah tiba. 

Doakan ana semoga dipermudahkan segala urusan.
ok.. jaga diri insyaAllah kita bertemu lagi :)




Saturday 21 December 2013

Dalam Dilema

Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum :)


Dilema. Ya, dalam dilema. Dilema pelajar tahun akhir. Saja menyerabutkan kepala yang sudah hilang serabut dari segala kesibukan belajar. Sekejap fikir nak sambung master, sebab result masih boleh pergi ke depan lagi. 

Sebenarnya, niat di hati nak jadi tenaga pengajar. Jadi, kalau boleh nak mohon Master Pendidikan. Tapi macam banyak jugak yang perlu difikirkan.

Jika sambung buat research, belum tentu ada geran. Kalau buat coursework.. yuran pengajian bukan sebarangan jugak. Masih ada lagi bayaran yang perlu dijelaskan. Hendak menyusahkan ibu bapa di kampung, berat rasa hati. 

Search punya search berkenaan dengan pengajian master. Satu demi satu IPTA di belek-belek page satu per satu. 

Akhirnya, kerja jugak yang di apply. hehe.. At the end, rasa macam nak stop dulu pengajian. Nak masuk industri cari pengalaman. Kalau dah jemu nanti kita sambung lagi belajar. 

Masih lagi berfikir. Semoga di tetapkan pendirian. 


Setakat ini dahulu. Jaga diri InsyaAllah bertemu lagi :)


Sunday 15 December 2013

Pencarian diteruskan...

Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum :)




Allahu Akhbar. Apa yang Engkau cuba sampaikan Ya Rabb. Tidak pernah hamba Mu ini pinta sedemikian rupa, walaupun pernah punya cita.

akhirnya takungan yang  dibendung sejak dari tadi, terlerai juga saat menghadap-Mu. Subhanallah. Terima kasih Allah.

Setelah segala diluahkan kepada-Mu, kini hati menjadi semakin lega.

Masih teringat lagi, Surah Muhammad ayat 5:

 "Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah , nescaya Dia menolong kamu dan menetapkan tapak kakimu"

Sungguh luar biasa makna ayat ini pada diri ku.

Dalam ujian, dikurniakan kekuatan kesabaran.
Semakin aku cuba menghampiri Kamu, semakin Kamu menghampri aku.
Aku tinggalkan cinta manusia, demi meraih cinta yang satu,
Kau berikan jalan untuk meraih cinta redha-Mu.

Nikmat yang manakah yang perlu aku dustakan. Allahu Akhbar.

Selesai, hantar semua report kepada panel tenghari tadi.. Aku terima satu panggilan pertanyaan, merisik untuk meneruskan perjuangan. Sungguh aku kelu pada ketika itu. Ku minta diberi tempoh untuk berfikir terlebih dahulu. Lantas abah di kampung ku beritahu. Rupanya, khabar gembira buat si ayahanda.

Luluh hati untuk menghancurkan rasa mereka.

Ku imbau kembali, azam cita ku pada 5 tahun yang lalu. Ku lihat masih lagi tersisa ungkapan
 " aku akan menjadi lecturer suatu hari nanti" pada cermin wajah yang tergantung.
Ya, sudah 5 tahun tulisan itu berada di situ.

Dan, hari ini... adakah ia satu petanda dari Dia Yang Esa.

Sungguh, kekuatan itu masih ada untuk meneruskan langkah perjuangan. Waimah, mulutku berbicara tidak sedemikian. Namun, pandangan bakal Zauj tidak diketepikan. Musyawarah harus di lakukan.
Dalam tempoh 2 hari keputusan harus dinyatakan.

Ya Allah, sungguh besar nikmat kurniaan-Mu. Jika aku diberi pilihan untuk meneruskan perjuangan. Kekuatan dari-Mu ku pohon seiringan. Tanamkan azam  yang kental dalam diri hamba-Mu ini, agar agama menjadi teras perjuangan.

Jika ini yang terbaik untuk diriku dan agamaku.




Siri 8 : Saat Aku mengenali Tuhan-ku

Siri 8




Dalam langkah demi langkah, 
semakin aku mengejar CINTA dunia,
semakin aku tenggelam dalam noda..

Lantas aku berpaling mencari ARAH,
kembali mendamba CINTA dari-Nya,

dan,

ternyata, 
semakin aku mengenali TUHAN-ku,

Semakin BAHAGIA itu,


tercipta untukku... 




Pagi itu nyaman sekali dirasakan, dengan kicauan burung yang tidak pernah berasa letih untuk berhenti menyanyi. Sungguh, terasa seakan berada di kampung halaman jauh dari kesesakan. 

Di belek-belek jari manis nya. Sekuntum senyuman terukir pada bibir tanpa disedari. Lantas dia mengucap syukur pada hadrat Ilahi.  Tidak pernah dia duga hingga dia ke tahap hari ini.

Di imbas kembali saat dua puluh haribulan tiga, punya hikmah-Nya yang tersembunyi. Tidak mudah baginya untuk mujahadah melawan fitrah perasaan. Hanya Tuhan tempat dia memohon kekuatan.

Di antara, sehelai kain dengan selayang perasaan. Dia tekad untuk memilh sehelai kain. Sehelai kain yang memberi makna pada dirinya seribu satu kekuatan yang tiada bandingan.  Sehelai kain, yang mampu mencuri perasaan. Sehelai kain, sentiasa mengingatkan dirinya.." aku adalah hamba.." Sehelai kain yang membuatkan dia tenang sewaku melangkah bersendirian. Ya, kerana sehelai kain itu, dia memilih CINTA DIA, Yang Esa. 

Lembaran baru mula dia buka dengan terus melangkah dari  setapak ke setapak demi mencari kekuatan. Diiringi doa semoga dipermudahkan. Tiadak pernah sekali dia merasa sesal. Kerana dari situ dia dapat merasakan nikmat berTUHAN. 

Di saat dia memilih CINTA Yang Esa melebihi segalanya, dikurniakan pula jalan CINTA yang diredhai-Nya. Subahnallah.. sungguh dari situ dia mengerti ungkapan kata bahawa " ALLAH itu SWEET" . Tidak pernah sekali dia menduga untuk berasa sedemikian rupa. 

Masih teringat lagi, tanggal Mei 2013. Segala bicara umpama siap susun tersedia. Laju menyusun keindahan bicara, dengan tertip izin dari kedua penjaga disampaikan berita. Tanpa panjang suara restu diberi mereka. Dan, masih segar dalam fikiran,  air mata kesyukuran bergelinangan. Tidak mampu untuk dia mengungkapkan perasaan. 

Segala persiapan dipermudahkan urusan. 06.07.2013 mereka dikhitbahkan, bersaksikan himpunan keluarga kedua belah pihak cincin di sarung sebagai tanda perjanjian. 

Tidak pernah dia duga, keputusan tekad untuk memiih CINTA Yang Esa tempoh lalu membawa dirinya ke jalan cinta yang diredhai-Nya. Surah Muhammad ayat 5 hingga 7 menyentuh qalbu dia yang bernama Mifhatul Jannah Seindah namamu..


" Allah akan memberi petunjuk kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka, dan memasukkan mereka ke dalam syurga yang telah diperkenalkan-Nya kepada mereka. Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"
( Surah Muhammad : 5-7 )



Ya. Janji Allah itu pasti.



Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada cinta-Mu,
dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, dan 
apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu.

Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan,

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, dan
cinta orang yang mncaintai-Mu, serta
cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka
jadikanlah ia kekuatan untuk aku mencintai apa yang Engkau cintai.
Amin.




(bersambung..) 
















Dah last sem dah..

Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum :)




Alhamdulillah..diberi kesempaan untuk kita bersua lagi. Hari ini 15.12.2013 tinggal lagi sebulan sahaja lagi, jika diizinkan Allah ana akan menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan. Amin...semoga segalanya dipermudahkan.

Hari-hari genting di lalui dengan penuh cabaran. Hingga saat ini, masih lagi tersisa presentation projek tahun akhir pada khamis, 19.12.13 . Ana insan yang terpilih dan bertuah, kerana diberi kesempatan untuk menjadi orang pertama untuk sesi presentation yang hari pertama. Perlu ana optimis kerana setiap yang berlaku ada hikmah-Nya^^ dan 3 lagi tarikh penting yang perlu direntasi, peperiksaan akhir untuk pengajian yang terakhir iaitu pada 5.12.13, 6.12,13 dan 16.1.2014. Semoga kekuatan itu sentiasa ada.  

So, lepas ni apa pulak Naurah?... Persoalan untuk diri ana sendiri :)   Ada juga offer untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana, dari kumpulan research yang ana jalankan untuk projek tahun akhir. Tapi, setelah difikirkan, dan atas beberapa faktor, niat untuk sambung pengajian akan  ana  tangguhkan dahulu. 

Jika diizinkan Allah, kami akan sambung pengajian bersama. Nak rasa nikmat belajar setelah berumah tangga pula. Semoga kekuatan itu sentiasa ada. Apa pun planning yang terdekat ana mahu bina kehidupan dahulu. Ehem, maklum lah umur dah semakin meningkat ^^ Biar punya pekerjaan, punya keluarga sendiri dahulu. 

Sudah lama mengejar cita-cita daripada separuh tingkatan 6, masuk pula diploma hingga ke ijazah. Alhamdulillah tidak pernah duga untuk sampai ke tahap ini. Menuntut ilmu itu tidak pernah habis. Ana cuma berehat seketika, ada angan-angan untuk menyambung ijazah sarjana di negara orang pula. 

Oh, ya. Bakal zauj juga tamat pada penhujung bulan ini 30.12.2013. Semoga rezeki menyebelahi kami. Pohon doa dari kalian juga. Ok, sampai di sini dahulu. Jaga diri insyaAllah kita bertemu kembali :)


#Perginya seorang pemudah syahid pada awal usia 20an, mengajar aku untuk lebih matang dalam membuat pilihan. Ya, pilihan terletak pada diriku sendiri, dan, aku telah memilih untuk ke jalan ini. 
Ingin ku kutip ladang pahala sebanyak mungkin untuk ku tuai di sana nanti. 

Semoga terus istiqamah  NAURAH DZAHABIYAH.. seindah kuntuman bunga emas.