Sunday 29 July 2012

Gambaran dunia dalaman


"Apa kita dapat hari ini adalah gambaran dunia dalaman kita. Jika fikiran, emosi sentiasa positif penuh dengan kasih sayang dan kesyukuran itu yang kita dapat. Jika tidak ubah dunia dalaman untuk ubah dunia luaran. Pengguna jurnal inspirasi kekalkan disiplin menggunakannya untuk mengubah fikiran dan emosi dan jadi pemerhati diri kita bukan orang lain."
Prof Dr Muhaya~
Suka dengan pendapat/buah fikiran beliau. Mengenal beliau melalui siaran radio IKIM sudah membuat diri terus jatuh cinta dengan nasihat beliau. Sangat menyentuh kalbu juga sebagai peringatan untuk diri yang terkadangkala leka.  Setuju sekali dengan beliau, "apa yang kita dapat ini adalah gambaran dunia dalaman kita" . Andai kita berburuk sangka terhadap sesuatu, itu lah diri kita yang sebenarnya. Tidak sukar untuk mengenalpasti kekurangan diri sebenarnya. Dengan melihat pendapat kita terhadap seseorang dari situ kita dapat menilai sejauh manakah perilaku diri kita.

Sebagai manusia biasa kita tidak akan lari daripada berburuk sangka terhadap sesuatu. Bermohon lah kepada-Nya agar kita sentiasa di lapangkan dada untuk melihat keburukan dalam diri kita, kerana dengan setiap tanggapan negetif kita terhadap orang lain, itulah diri kita yang sebenarnya. Seperti kata pepatah, jika kita menunding satu jari kepada orang lain, ingat masih ada 4 jari lagi yang kita tunding pada diri kita.

Dengan ini, wajarlah sekiranya kita sentiasa bermuhasabah terhadap diri kita, fikirkan balik apa yang telah kita lakukan pada hari tersebut dan nilai adakah betul tindakan yang kita ambil, agar kita tidak terus leka dan hanyut dengan kata-kata yang mungkin akan memakan diri kita suatu hari nanti.

Semoga kita sentiasa dipelihara di bawah rahmat-Nya. InsyaAllah.

Saturday 28 July 2012

Hebatnya Minda

 Pemikiran positif dan sikap positif tidak dapat menjamin pencapaian dan kejayaan. Pemikiran positif dan sikap positif seharusnya digabungkan dengan usaha, perasaan positif, tindakan positif, dan semua in akan meningkatkan kemungkinan untuk berjaya.

Dr. Peter Koestenbaum berkata, “Apabila seseorang dalam kesedihan, saya tidak menasihatinya dengan, ‘lupakan saja’, ‘masa akan mengubati’ – ini adalah nasihat yang menafikan integriti pengalaman pahit itu. Saya akan menasihati dengan memberitahu, ‘ fikir sedalam-dalamnya. Ingatkannya sebagai satu sumber penting untuk pengetahuan dan panduan dalam hidup. Dengan begini anda akan berani menghadapi dengan tabah.

Pemikiran positif membuatkan anda lebih tabah dan sanggup berusaha lebih untuk mencapai kejayaan. Pemikiran negatif melemahkan semangat anda dan menghilangkan harapan anda, menjadikan anda tertekan dan terpesong dari apa yang telah dirancang.

Apa pun semua perkara terletak di tangan anda. Hanya anda yang mampu mengubah nasib anda. Menjadi positif dari segi semua aspek adalah yang terbaik.  

Friday 27 July 2012

Labuh tudungku


Assalamualaikum :)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..




" ..di sebalik tudung labuh itu akhlak saya semakin terpelihara, saya mula mencari redha-Nya .."




Sudah lama terdetik di hati untuk bertudung labuh. Mungkin disebabkan pengaruh shawl dan pashima hasrat saya terkubur. Hingga Allah membuka pintu hati saya. 

Saya ada seorang adik perempuan dia amat menitik beratkan tentang pakaian. Saya baru mendapat seorang abang ipar, jadi pada saat abang ipar saya ada di rumah adik perempuan saya akan memakai tudung labuh seperti dia seringkali berada di luar rumah. Sedikit sebanyak ia mengusik hati ini. 

Jika adik saya yang berumur kurang 7 tahun dari saya mampu menjaga aurat sempurna, masakan saya yang berumur 20an ini tidak mampu menjaga aurat sendiri. Alhamdulillah, selama seminggu abang ipar saya ada di rumah, saya dapat menjaga aurat saya walaupun kadangkala agak melecehkan bagi saya . 


Hingga lah semester bermula, saya terfikir jika di rumah sendiri selama seminggu saya mampu menjaga aurat saya,masakan tidak saya meneruskannya. Saya bermula dengan memakai pakaian yang longgar, saya selongkar almari untuk mencari baju-baju lama yang masih elok untuk pakai. Kemudian saya mula memakai stokin untuk menutup bahagian kaki.


Di universiti ramai adik-adik junior yang memakai tudung labuh dan niqab, dan setiap kali saya berselisih dengan mereka saya terbayangkan keadaan diri saya begitu, subhanallah..Maha Suci Allah di telah membuka pintu hati ini.


Saya ada sehelai shawl yang telah lama disimpan elok. Saya tidak pernah memakainya kerana ia terlalu lebar dan labuh untuk digayakan dengan keadaan diri yang kecil.. hingga tiba satu ketika tatkala bersendirian di dalam bilik,saya cuba memakai shawl tersebut, dan saya lihat diri saya di hadapan cermin. Perasaan hiba menyelubungi diri, tanpa disedari air mata mula mengalir.Saya pernah terbaca artikel mengatakan "jika ada niat yang baik di hati tunaikan lah segera kerana kita tidak tahu bila ajal kita akan tiba".


Untuk dijadikan cerita sewaktu menemani rakan saya membeli tudung, saya terpandang sehelai tudung turki berbidang 55". Setelah sekian lama mencari akhirnya dapat juga saya miliki. Dengan berbekalkan wang yang tidak seberapa pada ketika itu, akhirnya hasrat saya tertunai juga. Dengan tudung yang sehelai itulah saya mengenakannya setiap kali ke kelas . Walaupun ada juga suara-suara yang tidak sedap di dengar. 


Alhamdulillah... di sebalik tudung labuh itu akhlak saya semakin terpelihara, saya mula mencari redha-Nya dengan melakukan amalan sunat yang lain di samping yang wajib tidak di tinggalkan. Juga sentiasa bermohon agar terus diberi kekuatan dalam menghadapi rintangan. Kini saya yakin dengan tindakan yang saya ambil. Doakan agar saya juga terus beristiqamah. InsyaAllah...kerana saya juga insan biasa yang masih banyak perlu diperbaiki dan juga masih mencari redha Illahi..





Panduan Lengkap Membuat Keychain



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah dapat juga Naurah tunaikan permintaan untuk buat video tutorial. Di harap ia memberi manfaat buat sahabat. Video ini, di buat oleh Naurah sendiri dalam versi Bahasa Malaysia. InsyaAllah akan di perbaiki kelemahan di masa hadapan. Terima kasih juga kepada mereka yang sentiasa menyokong kami. Semoga Dia merahmati kalian,insyaAllah :)



Part 1 of 3



Part 2 of 3



Part 3 of 3

SELAMAT MENCUBA :)


Tips Pemilihan Kain Felt

#TIPS PEMILIHAN KAIN FELT

1. Sebelum membeli kain felt, kenal pasti dahulu kegunaan kain felt tersebut (utk di buat apa). Ini kerana kain felt  
    terdapat dlm perbagai jenis antaranya wool,acrylic dan polyester. Setiap jenis kain felt adalah berbeza dengan 
    kegunaannya. 
2. Kain felt anti piercing ( anti berbulu ) baik utk kegunaan lasak seperti utk membuat pencil case dan sebagainya. 
    Manakala kain felt yg mudah berbulu sesuai untuk membuat bunga, kerana ia kelihatan gebu.

* Jika salah memilih kain felt, produk yg di hasilkan tidak akan tahan lama. Contohnya jika anda menggunakan kain felt yg mudah berbulu utk membuat pencil case, ia tidak akan bertahan lama.

Sekian dahulu tips dari Naurah's Sweet Cottage :)