Sunday 9 June 2013

Bahagian 1


Bahagian 1

Istikharah Cinta,  First Thing First! 


Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum :)


Setelah sekian lama menyepi, alhamdulillah hari ini berkesempatan untuk berkongsi cerita. Dunia seorang pelajar tersangat lah sibuk. Seriusly. Sibuk! Hehe...ha, takut tak?

Ok, ok..straight to the point. Alhamdulillah.. sekarang dalam kesibukan masa mengejar ilmu ana sempat-sempatkan diri juga untuk menghabiskan buku  Cinta High Class tulisan Ustazah Fatimah Syarha. Saja ana pinjam buku itu dari adik perempuan ana. Haha..cepat-cepat ana suruh dia khatam sebaba ana nak bawak balik u. Hee..

Ada agenda di sebalik itu sebenarnya..psssst...rahsia taw. Hehe.. untuk mencari ilmu mengenai cinta yang terpelihara. InsyaALLAH sebagai kekuatan untuk diri ini jua. 

Hew.. semenjak dari awal semester ana sangat sibuk. Mengadap hari-hari yang penuh dengan tarikh-tarikh penting. Alhamdulillah...saat-saat genting yang ana rasakan telah pun ana hadapi. Dengan Projek Sarjana Muda I nya, dengan projek design nya... tak termasuk lagi dengan kuiz, test, projek subjek dan pebentangan.

Dalam rasa kekuatan itu tiada... ana berjaya lepas juga menghadapi hari-hari itu. Yup, semua kekuatan itu datang dari DIA. Tanpa bimbingan dan kekuatan dari DIA siapalah kita. Betul tak, sahabat-sahabat? :)

13/6/13 bermula pula cabaran untuk menghadapi peperiksaan. Walaupun, semester ini ana hanya ada 3 paper akhir..namun tidak boleh di pandang remeh. Dengan 3 paper itu ia mampu menambah jumlah pointer dan dengan 3 papaer itu jugalah jika kita leka.. akan jadi sebaliknya, nauzubillah.

Ok, lepas saja dari tamat paper pada 20/6/13.. ana terpaksa tunggu di kolej untuk perjumpaan group Projek Sarjana MUda II pula. Ayakkk >_< Hati sebenarnya time tu sudah ada di rumah rasanya. Manakan tidak, 1/7/13 ana sudah mula Latihan Industri. InsyaALLAH pada bulan Julai juga ada hari  besar yang berlaku dalam hidup ana. Ha...sebab tu lah, lepas habis exam hati dah ada di kampung^^ . Dalam masa tak sampai seminggu ana terpaksa bertungkus lumus untuk persiapan. Bab-bab kenduri ayah ana settlekan, hanya tinggal bab ana. 

Yela, hari bahagia itu, once in the life mesti la kita nak yang terbaik bukan? :) Namun ana tidak mahu berlebihan, biar bersederhana saja. Yang penting majlisnya di permudahkan. Mulanya ana ada terfikir untuk buat pelamin kecil-kecil je. Tapi memandangkan ia hanya majlis khitbah dan tak ada orang yang mengemas nanti so, ana decide batalkan saja hasrat itu. Bila time walimatul urus nanti baru ana buat. Psssst...sewa je tak payah susah-susah nak kemas balik kan... hehe. 

Jadi, ana decide untuk pakaian. Walaupun tak ada pelamin, namun hari itu merupakan hari bahagia bagi ana so kena lah cantik-cantik sikit kan. Tapi cukup sekadar simple. Jadi, ana ada idea untuk jahit sendiri bantal untuk duduk , hantaran mungkin beli dan hiasan ana nak buat sendiri (yang penting ana nak buat kek coklat untuk pihak lelaki, hehe )  lagi satu ana ada terfikir nak buat bunga tangan. Dan untuk warna baju, ana masih lagi mencari-cari ilham. Ingat nak sarung jubah je. Ha, simple kan. hehe.

Semuanya berlaku dengan pantas. Ana juga tidak sangka bahawa ana akan di khitbahkan masa belajar ini. Ada juga sahabat bertanya, sudah bersediakah. Sedikit terkejut dengan pertanyaan itu sebenarnya. Namun, ana hanya tersenyum, insyaALLAH sudah jawab ana :)  sebenarnya saat ini yang ana impikan setelah sekian lama menanti. Syukur ke hadrat Ilahi juga. Terima kasih Ya Rabb. 

Bila di letakkan pengharapan itu pada tempat yang sepatutnya, insyaALLAH DIA akan memberi sesuatu di luar jangkaan kita :) Sahabat, just put your trust on HIM! SERIOUSLY . It will be rewarded.

Ana butuhkan doa sahabat sekalian semoga segalanya, di permudahkan. 

bersambung...




Tuesday 4 June 2013

Selamat Berjuang!



Kadangkala kita tak sangka bahawa kita adalah diri kita yang sekarang. Tidak pernah kita bermimipi untuk menjadi kita hari ini.

Sama juga dengan diri ini. Di saat rakan-rakan sudah punya sumber kewangan sendiri, di saat rakan-rakan sudah punya keluarga sendiri, aku masih di sini.

Kadangkala aku tidak mengerti, kenapa diri ku di campak ke lubuk ini. Jika hari ini aku berasa lelah untuk teruskan perjuangan ini, keesokan pagi aku raih semangat kembali.

Pernah juga aku layari soal perasaan. Kenapa aku di sini, kenapa tidak aku di tempat lain saat ini. Setelah lama mencari kini..aku kian mengerti. Ya. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi.

Hanya tinggal beberapa cebisan waktu untuk aku perbaiki diri di bumi ini. Bumi UTHM yang bertuah ini. Bumi di mana jatuh dan bangunnya semangat gentar ini.

Walaupun diri tidak sepintar kancil tidak segagah laksamana, namun aku punya satu cita. Cita untuk meneruskan derap langkah. Aku di letakkan oleh DIA di lubuk ilmu ini. Mana mungkin untuk aku berpatah kembali. Akan ku teruskan perjuangan ini hingga ke akhirnya.

Walaupun kadangkala semangat menongkah arah, namun aku percaya kekuatan itu milik DIA. Sekali melangkah, akan ku sematkan cita-cita itu ke pengakhirnya.

Semoga kekuatan itu milik kita.

InsyaALLAH  :)



Daripada Abu Darda’, bawahasanya beliau mendengar Rasulullah bersabda:


“Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga dan sesungguhnya para malaikat menguncupkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu kerana meredhai apa yang dibuatnya, dan sesungguhnya seseorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohon ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada di dalam air. Sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar (wang) tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu, dan barang siapa yang menuntut ilmu itu, maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagian yang paling banyak.”




(Hadis sahih, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Dawud, Attarmizi, Ibnu Majjah dan Ibnu Hibban)