Friday 31 August 2012

Kejayaan Itu



Assalamualaikum :)

" Takut itu tidak salah, tapi jangan jadikan ia sebagai penghalang untuk kita 
terus melangkah ke hadapan "

Bercakap tentang kejayaan siapa tak nak berjaya, ye tak? Mungkin di sebabkan usaha yang kurang menghalang kita untuk mencapai kejayaan. Antara sedar atau tidak apabila melihat album-album pada page facebook Little Sweet Cottage, banyak rupanya yang telah saya hasilkan. Yes, saya bekerja bersendirian. Hanya bertemankan semangat daripada keluarga dan juga sahabat yang tidak pernah putus menyokong minat saya. Syukur alhamdulillah saya panjatkan kepada-Nya yang satu. Dia telah membuka ruang supaya saya dapat melihat kelebihan atau keunikan diri . Betul lah orang kata, " di dalam kelemahan itu ada kekuatan " dan " di dalam kekuatan itu ada kelemahan" . Jangan mudah berputus harap kepada-Nya jika kita menempuhi kegagalan . Kerana " Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" Surah Al- Baqarah ayat 286. 



Segala-galanya bermula pada cuti semester tahun dua yang lepas. Dengan sokongan emak dan abah,saya beranikan diri meluaskan perkongsian hobi saya dengan mewujudkan page saya sendiri. Alhamdulillah, sekarang ia semakin berkembang. Tujuan saya hanya satu, ingin berkongsi nikmat jari dengan insan yang lain di samping saya bermohon kepada-Nya agar saya di lindungi dari sifat riak dan takbur. Kerana apa yang kita miliki hari ini bukan lah hak kita sahaja. Saya percaya Allah kurniakan saya dengan kelebihan ini ada kebaikannya. Jadi saya ingin berkongsi sedikit kelebihan yang Dia kurniakan dengan mereka yang lain. 

Memegang status sebagai pelajar ijazah sarjana muda kehidupan di kampus memang sangat sibuk. Namun, jika ada tempahan saya cuba sedaya upaya untuk menyiapkannya pada waktu yang di tetapkan. Tujuan saya hanya satu, seperti yang saya nyatakan di atas tadi. Juga saya tidak mahu menghampakan 
kepercayaan yang telah diamanahkan kepada saya. 

Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kepada-Nya kerana memberi nikmat jari kepada saya. Mungkin saya tidak sehebat rakan-rakan yang lain di dalam bidang kejuruteraan mekanikal, tetapi Dia kurniakan saya sesuatu keunikan yang lain. Ya, teringat pula kata-kata David Teo " setiap manusia yang di lahirkan adalah hero" dengan loghat cinanya :) 

Dengan itu,jangan.jangan.dan jangan, sesekali kita memandang rendah kepada orang lain. Ya, mungkin mereka lemah mengenai sesuatu perkara, tetapi mereka lebih mahir daripada kita mengenai sesuatu perkara yang lain. Ingat, setiap apa yang kita miliki adalah pinjaman dari Dia, Allah S.W.T. kepada kita. Gunakan kelebihan yang dimiliki kepada jalan redha-Nya :)

Sunday 26 August 2012

Studio Idaman

Assalamualaikum :)

Sekadar untuk berkongsi dengan pembaca.. tempat berkarya <3 




ala-ala vintage...sweetkan :)


koleksi fabrik, tidak asing bagi para penggiat barangan handmade mempunyai hobi  mengumpul fabrik..hehe termasuk lah saya sendiri..

Haa.. jangan salah faham, ini semua bukan milik saya taw.. kredit pada Mr. Google untuk gambar ini. InsyaAllah..jika ada rezeki saya pun nak ada studio sendiri. Ehem! Ada sesiapa nak sponser tak? hehe..

Ukey...sekian dahulu celoteh pada kali ini. Jaga diri,insyaAllah kita ketemu lagi :)  



Tuesday 21 August 2012

semoga Dia membuka pintu hati kita...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, 

Alhamdulillah, kita masih lagi berkesempatan bagi meraikan hari kemenangan setelah sebulan kita mengharungi cabaran. Masih belum terlambat untuk Naurah ucapkan " TAQABBALALLHU MINNA WA MINKUM" semoga Allah menerima amal ibadah kita.

Di dalam kegembiraan meraikan bulan kemenangan ini, Naurah kadang-kadang hairan dan terfikir juga sama ada mereka mengetahui atau sengaja buat-buat tidak tahu tentang pentingnya menutup aurat. Sedih juga apabila melihat mereka yang mana apabila keluar dari rumah sungguh cantik menutup ikut syarak, akan tetapi ada juga segelintir yang apabila berkumpul di rumah dengan ahli keluarga seolah-olah tidak kisah tentang aurat. 

Pada Naurah, apa pun mestilah bermula dari dalam. Jika kita hendak melihat perilaku kita, bersihkan jiwa terlebih dahulu. Jika hendak melihat percakapan kita,bersihkan hati terlebih dahulu, yakni demikian juga lah dengan menutup aurat, mulakan dengan ahli keluarga sebaik-baiknya. Jika aurat terjaga rapi di hadapan ahli keluarga insyaAllah perasaan  malu itu akan timbul sendiri jika hendak melangkah keluar dari pintu rumah. Duhai saudari seagamaku, tutup lah... Bahagian manakah yang harus ditutup bukan dibalut , aurat sesama wanita adalah dari pusat hingga ke lutut BUKAN dari pusat hingga ke peha. Penting nie..., sesetangah tue,kita lihat, atasnya ditutup sedangkan di bawahnya di buka. Aduhai saudari seagamaku, bukan kah itu juga sebahagian daripada auratmu? Walaupun sesama wanita WAJIB ditutup bahagian itu pusat ke lutut. Simpan sahaja kepada yang halal bagimu untuk melihatnya. 

Jika berkumpul bersama saudara mara pula, apa salahnya jika ditutup bahagian anggota itu. Contohnya,semasa musim perayaan kita berkumpul saudara mara yang mana bagi wanita, ada sepupu lelaki, suami kepada kakak, suami kepada ibu saudara... kita harus menjaga aurat ketika  mereka ada. Tutup lah sebagaimana kita hendak keluar dari rumah. Jika ada yang merasa janggal, ingat, pesan pada diri, aku lakukan ini kerana Allah Taala,bukan untuk penilaian manusia. InsyaAllah kekuatan itu ada. 

Allah berfirman yang bermaksud,"jika kamu bersabar dan bertakwa tipu daya mereka sedikitpun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu."
Surah Al-Imran:120

Ingat juga, bagi wanita yang belum berumah tangga, bapa kita masih lagi menanggung dosa-dosa kita meskipun dia berada di alam barzakh. Bagi wanita yang sudah mempunyai suami, suami kita yang menangung dosa-dosa kita. Cukup kuatkah bapa serta suami  untuk menerima azab dari Allah Taala kelak? Allah... tepuk dada tanya iman masing-masing. Sering kali, terungkap di bibir kita sayangkan suami/sayangkan bapa, tapi apa yang kita lakukan adalah sebaliknya.. Mari sama-sama kita muhasabah diri. Semoga dengan nawaitu yang betul, Allah permudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat kelak. Di samping menulis, Naurah juga sedang meperingati diri ini. Naurah juga ingin meminta maaf andai ada kata yang mengguris hati . Semoga sahabat semua sentiasa di bawah lindungan-Nya :)


Poster ihsan dari Syahirul.com

Letakkan syurga sebagai tujuan kita setiap hari yang akan pengaruhi cara kita ibadah, dan berpakaian. Kaum wanita lihat pakaian kita hari ini ke arah neraka atau syurga. Kalau di bulan ramadhan yang tinggal cuma 2 hari kita masih keras hati dan tidak mendapat hidayah bila lagi " Its now or never , Prof. Dr. Muhaya ~



Thursday 16 August 2012

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu


Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..
 Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…
Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kepadamu…
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.