Friday 22 February 2013

Nota siswi

Assalamualaikum :)

Pada entry kali ini ana hendak berkongsi sedikit panduan dan juga tips ketika menuntut di universiti..
Peringatan, ini adalah pandangan peribadi ana. Semoga memberi sedikit panduan buat kalian di luar sana. Entry ini akan di update dari masa ke masa...



1. Untuk kerja berkumpulan perlu memilih rakan untuk boleh bertolak ansur, boleh buat kerja, dan yang penting mempunyai sifat kepimpinan.

2. Ikut / layan je apa yang pensyarah tue suruh buat. Sebab markah di tangan dia. Tapi berpada-pada..jangan berda yang tak elok pula diikut.

3. Buat kerja berkumpulan bersama-sama, sentiasa update info dengan rakan yang lain.

4. Belajar secara berkumpulan / jika tidak faham terus bertanya.

5. Berkawan dengan rakan yang mempunyai minda yang positif dan hendak belajar.

6. Kena pandai uruskan masa.

7. Catatkan tarikh-tarikh penting agar tidak leka.

8. Perlu ada perancangan, jadual peribadi yang fleksibel.

Thursday 21 February 2013

Sehelai Kain dengan Seribu Makna


Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum :)


.. Barangsiapa yang di beri petunjuk oleh ALLAH, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan barangsiapa yang disesatkan-NYA , maka kamu tak akan mendapatkan seorang pemimpinpun yang dapat memberi pertunjuk kepadanya.

Surah al-Kahfi ayat 17



Surah al-Ahzab ayat 59,
Allah berfirman...

Maksudnya : Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : “Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu.
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Sungguh ayat ini telah membuka benak fikiranku...
" supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu"


*******


Semalam dalam bas pulang ke asrama, terlintas untuk berkongsi rasa tentang pengalaman ana sendiri.  Hari ini hari yang ke-5 ana memakai tudung labuh bulat, alhamdulillah semoga ana terus istiqamah.  Ana ingin menulis serba sedikit tentang perasaan / tentang apa yang ana rasa saat ini, tika ini. 

Banyak yang telah ana pelajari dan banyak juga yang telah ana tempuhi ketika berada di alam universiti. Ana bersyukur kerana di tempatkan di sini, bukan di sebabkan ana bangga dengan pencapian akademik, sejujurnya ana seorang yang biasa-biasa saja. Tetapi ana bersyukur kerana di sini lah segala perubahan itu berlaku. Alhamdulillah ana panjatkan kesyukuran terhadap DIA, Maha Pencipta untuk nikmat yang tidak pernah ana duga ini. Semoga apa yang ana kongsikan di sini dapat menjadi iktibar buat kalian yang ada niat untuk bertudung labuh atau pun kembali kepada fitrah.

Ana biasa-biasa saja orangnya, bukan dari lepasan sekolah agama mahu pun anak ustaz atau ustazah. Masa silam ana di penuhi dengan perasaan yang bercelaru. Ana tahu bahawa kita perlu menutup aurat dan sebagainya, solat 5 waktu, kalamullah memang ana baca... tapi dalam masa yang sama ana masih lagi melakukan perkara-perkara yang mungkar. Astaghfirullahalazim. Itu masa silam ana. Dahulu pada ana, bercinta itu satu "trend", dan yang tidak normalnya apabila masih tidak mempunyai pasangan. Allahuakhbar, memang ana sudah jauh terpesong. 

Ok, ana ada kongsikan bagaimana ana mula-mula memakai tudung labuh pada entry yang sebelum-sebelum ini. Tapi bagi ana itu belum sampai kepada tahap kepuasan ana. Perasaan hadir untuk  MENCARI DAN TERUS MENCARI, pada ana tudung itu yang mentarbiahkan diri ana hingga menjadi ana yang sekarang. 

Perbezaan yang ana dapat rasakan ketika memakai tudung tabuh dan biasa adalah, bertudung labuh ini terasa lebih selamat. Rasa seperti sentiasa di lindungi dan yang paling penting ana rasa DIA sentiasa bersama ana. Secara automatiknya akhlak ana juga terdidik. Yela, orang akan aim dan paling nampak orang yang bertudung labuh ini jika dia melakukan kesalahan, betul tak. Pada yang masih baru bertatih ini ana faham bagaimana perasaan mereka. 

" tidak mengapa jika kita melakukan kesilapan, lain kali kita cuba perbaiki lagi, sebagai manusia biasa kita tidak lari dari melakukan kesilapan"

Daripada tudung bawal --> tudung segera --> selendang --> tudung bidang 55" (akel) semuanya pernah ana cuba,  dan kini alhamdulillah ana punya kekuatan untuk ke tahap yang seterusnya.. tudung labuh bulat. TUDUNG LABUH BULAT ini memberi kepuasan pada diri ana, ana pasti INI YANG ANA NAK sejak dari dulu lagi .Menyarungkannya di kepala membuat diri merasa sangat SELESA DAN TERJAGA. Memang agama ISLAM ini sangat menjaga kaum wanita. Di suruh kita menutup aurat, memakai tudung melepasi dada, pakai pakaian yang longgar itu semua ada sebab mengapa kita di suruh berbuat demikian. Kini baru ana mengerti. 

Saat ana memakai tudung bidang 55" sejujurnya masih ada lagi golongan-golongan LELAKI yang membuat bunyi-bunyian. Ana tidak faham sebenarnya, tidak cukupkah tudung ini untuk membuat diri berasa lebih selamat. Mungkin, masih ada bahagian lagi yang belum di tutup sempurna barangkali . Itu yang bermain di fikiran. 

Pencarian di teruskan, hingga  di kurniakan kekuatan dan ana dapat rasakan sudah tiba masa itu. Dan PERBEZAAN yang amat ketara ana rasa ketika memakai tudung labuh bulat ini, rasa LEBIH DEKAT DENGAN DIA, MAHA PENCIPTA... LEBIH SELAMAT, ya, misal kata ana berada di tempat yang sesak... golongan adam dari jauh lagi sudah memberi laluan... jadi tidak perlu risau jika ada bersentuhan terutamanya ketika di dalam bas.

ORANG AKAN NAMPAK KITA DARI JAUH, jadi dari situ AKHLAK ANA LEBIH TERDIDIK.  Tiada lagi bunyi-bunyian yang tidak menyenangkan yang jika sebelum ini ana dengar. Rakan sekelas lelaki juga secara automatiknya menjaga tingkah laku jika hendak berurusan. Allahu Rabbi , betapa hebatnya nilai sehelai tudung itu.


Maha Suci ALLAH yang tidak tergambar oleh akal fikiran betapa INDAHNYA ISLAM ini sebenarnya. Allahuakhbar! Terima Kasih Ya ALLAH atas perasaan ini. Ana doakan semoga kalian yang hendak kembali kepada fitrah jangan teragak-agak . Kita jangan malu untuk melakukan kebaikan TETAPI malulah ketika kita melakukan kemungkaran. Jika kita tidak berubah hari ini, belum tentu esok kita punya masa. Apa pun, Sarungkan sehelai kain itu dengan ilmu semoga terus punya kekuatan hingga ke akhirnya. InsyaAllah.

Sebenarnya target ana untuk memakainya pada semester akhir pengajian, ...betullah orang kata niat yang baik ALLAH akan tolong. Ana punya kekuatan untuk memakainya pada semester ini. Doakan semoga ana terus istiqamah untuk bermujahadah.


Alhamdulillah, kini rasa lebih selamat jika ke mana-mana berseorangan, kerana ana tahu DIA sentiasa di sisi. Ujian dan mehnah yang di tempuhi pada semester lepas, membuatkan diri berasa lebih dekat dgn DIA, Maha Pencipta. Selama hampir 24 tahun ana mencari-cari ..akhirnya ketenangan itu di temui, namun ia bukan pangakhiran tapi satu titik permulaan. 


p/s:

Pencapaian hidup perlu seiiring dengan akhirat, jangan lupa di SANA nanti adalah tempat tinggal kita yang ABADI. Cabar diri untuk meraih CINTA MATLAMAT dan tinggalkan CINTA ALAT. 




Kerana aku masih lagi mencari-cari... sinar itu..


Semoga bermanfaat, jaga diri insyaAllah bertemu lagi :)

  














Friday 8 February 2013

BFF Till Jannah


Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum :)


Tadi petang, sewaktu buka facebook..ada satu chat naik. Rupanya sahabat lama ana. Sewaktu dekat politeknik dahulu. Ana gelarkan dia Cik Bunga, hehe...di sebabkan nama pada facebooknya. Ada berita gembira darinya, alhamdulillah sudah di risik. insyaAllah dalam tahun ini juga akan mendirikan masjid. Tumpang happy untuk sahabat ana. Tahniah Cik Bunga^^

Tidak lama selepas itu ada nada seolah-olah ingin bertanya sesuatu... ana biarkan perbulan chat antara kami menerangkan segalanya....

Sahabat: shuu.............sbnrnay...dayah nk ty....

Ana: yer....ha, sebenarnye ape,ayok.... ( nak nyakat la konon,hehe)

Sahabat: nk tw...cmne kita nk tawaduk ngn apa yg kita buat.....? means.. kekalkan rasa qanaah kita pada ibadat, perilaku, perbuatan, amalan, sikap n dll

Ana : alamak dayah, shu rasa belum layak nk jwb soalan tue. setakat nk berkongsi je la ea dayah, shu pun tak pandai

Sahabat: xpe..dayah dgr je..dah memadai

Ana : kita kena sentiasa cari dan terus mencari, jgn bila dpt sesuatu kita, berhenti dan berpuas hati... pandang sekeliling kita tgk, dan fikir..setiap kejadian yg berlaku, dan ambil pengajaran... last sekali, jadikan Dia yg utama..utk apa2 pun yg kita nk buat...

Sahabat: *take note :) 

Ana: sm2 take note, shu pun pesan dekat diri jgk neh... ^^

Sahabat: mtk maaflah shu dah ganggu shu ptg2 gini ngn soalan mcm nie . ehmm..

Ana: eh, xda ape la dayah...

Sahabat: dayah kdg2 cpt terpengaruh ngn keadaan..

Ana: bila dayah tnya mcm tue, sekaligus, shu ingtkan diri shu jgk..

Sahabat: dayah sukekan perkara yg mcm shu buat..elly buat..masing2 mengejar perubahan sbg bekalan di akhirat..n dayah nk jugak cmtu..sbnranya lebih kpd bab berpakaian la... shu fhm x?

Ana: shu paham..

Sahabat: tp kdg2 tgk fesyen , cpt terpengaruh..means tdung dah singkat..sbb nk sesuaikn dgn baju..tp kdg2 labuh . so, dayah rase prubahan yg dayah buat hanya ikut keadaan semasa.. faktor sekeliling

Ana: dayah, alhamdulillah...kiranya Dia dah  buka pintu hati utk melihat ke arah kebaikan..insyaAllah dayah, sentiasa berdoa. agar Dia bimbing kita..normal la tue dayah, pempuan dgn fesyen.. blh je la berfeksyen..tp kena sesuai dgn yg sepatutnya..

Sahabat: ......

Ana: senang je dayah, kalu dayah pakain, n then rasa mcm ada yg x kena, check balik..ok tak apa yg kita pakai tue...mcm tue yg shu bt..hehe . insyaAllah...blh dayah ^.<

Sahabat: thx shu..sbb sudi dgr keluhan dayah.

Ana: janji tutup aurat..n tak ketat.. tu je sebenarnye.. tp, shu pun mula2 berat.. kita jgn ubah sekali gus, sikit-sikit..insyaAllah lama2 kita rasa dah terbiasa...

Sahabat:  ag satu, mgkin fakotr kwn2 kn kite berubah .....smada kebaikan or kburukan. tol x?

Ana: ha,a betul...mcm shu, shu compare dgn org yg tutup aurat suma dgn yg biasa2..dkt mata shu yg tutup tue lg indah. jeles tgk dorang mcm tue... lama2 terdetik dkt hati nk berubah...shu pun iskng masih belajar lagi..

Sahabat: shu,,,,xpe ke kalau niat kita berkahwin, sbb nk jga iman kita? dari terus tercemar...emm.btul tudayah suke tgk shu..elly pun dah berubah tw,..alhamdulillah

Ana: dayahh... sebak hati shu bila dayah tnya mcm tue...alhamdulillah dayah..

Sahabat: dayah salah ckp ke?

Ana: dayah dah jumpa dgn org yg sesuai, yg blh bimbing ke arah kebaikan, dah blh bg nafkah zahir..tunggu ape lagi dayah,nikah cepat2...hehe. eh, xdala..shu suka bila dayah ckp mcm tue sbnrnya....

Sahabat:  :) dayah harap kitoprg boleh saling mlengkapi..jga dayah ..dari terrus lalai.....

Ana: aamiin...insyaAllah^^shu sentiasa doakan dayah...BFF neh, mana blh lupa.. tido sekatil, nangis sama2...

Sahabat: :) :)

Ana: even shu marah sikit la bila dayah kua JPP dl... tinggai shu sorang2 kat asrama..hahahaha

Sahabat: hehehe..jgnlah marah..sbb dayah xtw nk caya kt sape time tue....smua mcm boikot dayah..huihu xpe..pkara dah lepas

Ana: ha,a benda tu suma mengajar kita. shu pun skang tgh fight dgn keadaan sekeliling,dgn kawan2. result, pointer jap naik jap turun

Sahabat: yup..pkara yg lepas byk ajar dayah... shu jgn risau k? kuatkan hati..tabahkan hati.. ingat...ALLAH sentiasa ADA..

Ana: ha,a my b dayah dah rasa sum tu, and shu pulak br nk rasa...yup, b positif. setiap yg berlaku ada hikmahNya . kena tabah.

Sahabat: :)  apa yg berlaku, mg ada hikmahnya..nt ble kite dah boleh lepas dari dugaan yg DIA bg, shu akan rasa kemanisan hikmahnya yg ALLAH trunkn tu.,...tnpa kita sedar, kita dah pun mjadi hambaNYA yg kuat sbnranya 

Ana: betul dayah ckp..bila dah lepas suma tu, rasa mcm nikmatnya ujian tue..

Sahabat: dayah pun. thx sudi dgr.. :) jg diri tw shu..assalamualaikum'

Ana: orite... u too..take care taw,  u ^^wasalam. 


Alhamdulillah, rupanya ana masih punya sahabat yang berbicara tentang perkara sebegini. Terus terang cakap tidak semua orang mampu meluahkan rasa yang sebegini. Perbualan pendek yang membuatkan diri terfikir kembali tentang kebesaran-NYA. Merupakan salah seorang dari sahabat ana yang tidak lokek untuk berkongsi, dan tidak memilih. 

Masih segar dalam ingatan tentang seperkara ini. Walaupun sahabat ana ini tinggal di luar waktu itu ana di asrama, sanggup dia berjalan kaki dengan membawa sebiji durian dan rambutan di dalam plastik beg semata-mata hendak makan bersama dengan ana. Allahuakhbar, memang di luar jangkaan! So, apa lagi malam tue, berperfumekan durian satu bilik. Hahaha... Ya! Kenangan sebegitu yang membuatkan ukhuwah bertambah erat. 





Bersama ketika di kem Tanjung Harapan pada tahun 2008. 


p/s: Semoga Allah merahmati kamu wahai sahabat. Semoga kamu dan juga aku kuat untuk terus bermujahadah. 


Sekian dahulu. Jaga diri, insyaAllah bertemu lagi :) 


Wednesday 6 February 2013

La Tahzan


Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum :)





Ujian itu hadir dalam keadaan yang tidak pernah di duga oleh kita. Tiba-tiba sahaja terjadi sehingga kita tertaya-tanya .. apakah hikmah disebalik ujian yang datang?

Sukar untuk difikirkan dengan akal fikiran. Namun di sebalik ujian itu, barulah kita faham. Ada perkara yang ingin di sampaikan-NYA. Ada pelajaran yang sangat berharga menanti kita.Rupa-rupanya ia sangat manis setelah semuanya berlalu.

Tuhan Sedang Menguji Kita, Ustaz Kazim Elias-

Monday 4 February 2013

Kotak Hati Naurah


Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum :)





.Ok, tadi ana ada buat lawatan mengejut ke beberapa buah halaman facebook sahabat-sahabat lama ana. Ada yang sudah punya 2,3 orang cahaya mata. Wahh..teruja. Tak jeles ke Cik Naurah?? Ehem! Of coz la jeles. Hehe..manakan tidak di usia sebegini rakan sebaya semua sudah punya keluarga dengan anak masing-masing, mesti la terusik jugak hati neh. Tapi, tak pe..setiap yang berlaku ada hikmah dan ketentuannya. Mungkin ada yang pernah dengar ungkapan;  
 " Kadangkala Dia turunkan hujan di tambah dengan guruh dan kilat, kita tertanya-tanya ke mana perginya matahari..rupa-rupanya Dia mahu memberikan kita pelangi yang indah.."

Dari picture serta status rakan-rakan yang telah berumah tangga kita boleh lihat dan nampak bagaimana cara kehidupan mereka sebenarnya. Dari situ ana menilai.  Setelah puas berfikir, merenung, bermuhasabah diri...Ya! Ada hikmah-Nya. Mungkin jika ana sudah berumah tangga sekarang, ana tidak akan  nampak semua itu. 

Sebenarnya, kita tidak tahu bila dan masa jodoh kita akan tiba juga dengan siapa. Tidak mampu untuk kita ramalkan apa yang akan berlaku. Tetapi, apa yang boleh di lakukan adalah kita mampu merancang . Hanya Dia yang menentukan. 

Masih ana ingat lagi..sewaktu di bangku sekolah.. ana sering meletakkan diri ana suatu hari nanti ana akan menjejakkan kaki ke menara gading dan pada umur 23 tahun, ana akan berumah tangga. Dan sekarang, memang ana sudah mencapai salah satu dari mimpi ana, namun lewat usia sebegini masih lagi mencari-cari hala tuju. Itu yang di maksudkan dengan "kita hanya mampu merancang, tetapi Tuhan yang menentukan " .

Ada rakan-rakan yang senyap-senyap sahaja terus dengar khabar berita untuk mendirikan masjid, ada juga yang bercinta bertahun-tahun masih lagi di takuk lama, ada juga yang masih lagi tercari-cari tak jugak jumpa-jumpa. Itu yang di katakan " Jodoh dan ajal itu semua rahsia Dia" .

Berbalik kepada tadi, alhamdulilah pada usia sebegini  kotak pemikiran ana terbuka untuk  melihat apa sebenarnya yang di maksudkan mendirikan rumah tangga. Mungkin ini hanya perspektif ana yang masih lagi berstatus bujang la... Dari kaca mata ana, ramai ana tengok mereka yang hendak/bakal mendirikan rumah tangga tambah-tambah pula bila tiba dengan saat/tarikh itu..SIBUK  dengan persiapan majlis. Hinggakan  alpa tentang niat serta tujuan asal mereka. SIBUK, dengan susun atur majlis, persalinan pakaian,hantaran dan sebaginya. Cuba kita lihat dan renung photo-photo mereka yang SIMPLE majlisnya, terutamanya golongan ukhti dan akhi kita. Subhanallah, even simple majlisnya hanya sepersalinan pakaian. Memadai dengan memakai jubah dan baju melayu...sangat INDAH sebenarnya apabila di pandang berbanding dengan yang berlebihan bertabarruj. Sangat indah, di mata ana..subhanallah. 

Tidak perlu semua itu sebenarnya. Yang penting perlu kita mempersiapkan diri untuk menghadapi asam garam dalam berumah tangga. Perbanyakkan membaca bahan bacaan yang menjurus ke arah untuk membina syurga di alam rumah tangga, tanya pengalaman-pengalaman orang lama. Mantapkan ilmu agama di dada. Cukupkan sifat-sifat zauj /zaujah yang soleh juga solehah. InsyaAllah semoga bahtera yang dilalui semanis baginda Rasulullah s.a.w. bersama Siti Khatijah. Cukup sekadar persiapan yang sederhana . Lebihkan persiapan rohaniah. 

Banyak...sangat, sebenarnya ganjaran pahala yang dapat di perolehi bila bergelar zaujah.. sedih juga, apabila melihat komen para suri di facebook, seolah-olah mereka bangga dengan mengajar/mendidik anak mereka agar mendengar cakap dengan mengunakan kesakasaran, misalnya mencubit atau menampar anak tersebut. Masih ingat lagi ana akan pesanan Prof Dr Muhaya, " anak adalah cerminan dari diri kita, kita yang mencorakkan mereka. Andai cantik corak tersebut, cantiklah didikan kita dan sebaliknya " . Allahu Rabbi, semoga suatu hari nanti apabila di beri kesempatan itu kita mampu untuk menghasilkan corak yang indah... InsyaAllah ^^

Itu yang ana maksudkan jika ana sudah berumah tangga sekarang, mungkin ana tidak nampak semua ini. Betul lah, setiap yang berlaku ada hikmah-Nya. Jalan hidup setiap individu juga tidak sama. Ada yang terus tiba ke destinasi dan ada pula yang perlu melalui jalan yang berliku untuk tiba ke destinasi. Ya! Semua itu adalah kebaikan untuk kita. Sebagai hamba-Nya, kita harus tabah dan percaya bahawa setiap itu adalah ujian dari-Nya. 

Dengan siapa jodoh kita, tidak perlu di risaukan, itu kerja Dia Maha Pencipta, sudah di tetapakan ia untuk kita sejak azali lagi. Biar masa yang menentukannya. 


p/s: Jika  inginkan bakal zauj yang soleh,.. perlu didik diri untuk menjadi zaujah yang solehah terlebih   dahulu. InsyaAllah :) 

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. 

Tetapkan pendirian di jalan-Nya kerana janji Allah itu pasti.

Jaga diri, insyaAllah bertemu lagi :)

Sunday 3 February 2013

Puding Roti Kukus


Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.






Sape suka puding roti, Yeay! angkat tangan ^^  Hehe.. ana ada terjumpa satu resepi nie dekat google. 1st trial alhamdulillah menjadi. Jadi, ana hendak berkongsi dengan kalian. Mudah je resepinye. 

Bahan:

4 keping roti  ---potong kecil2--- (ana guna 5keping roti gardenier )
1tin susu cair  375ml ( ana guna setengah je )
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar butter
sedikit kismis

Langkah-langkah membuat:

1. Masukkan telur,gula,esen vanila dalam bekas kacau hingga sekata. Kemudian masukkan susu cair dan   
    kacau.

2. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang.

3. Satukan bancuhan pada langkah 1. ke dalam 2.

4. Kukus selama 20-25 minit. ( ana letak aluminum foil ) 


Mudah je kan^^ 
Selamat Mencuba.


p/s: lepas nie tak payah susah2 dah nak cari resepi, bukak je blog dah ada... 
       ( motif sebenar post dekat sini, hehe..)



Friday 1 February 2013

Kisah Facebook

Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.





Siapa yang tidak kenal dengan Mark Zuckerberg??. Ok, bukan ana hendak bercerita tentang beliau, tetapi tentang hasil ciptaan beliau dan seantero dengannya. Alhamdulillah dengan kemudahan dan teknologi yang ada sedikit sebanyak membimbing kita ke arah untuk lebih maju setapak ke hadapan. Tetapi masih ada juga yang mengatakan Facebook nie tidak berfaedah. Bagi ana, tidak semua ciptaan Yahudi yang sia-sia dan perlu di "banned ", selagi ia mendatangkan kebaikan apa salahnya kita menggunakannya. Jelas isu ini timbul ketika Gaza di serang pada awal tahun Islam yang lepas. Ada yang pertikaian ,jika McD kecoh-kecoh wajib di banned, mengapa Facebook tidak pula termasuk dalam senarai. 

Ayak! >___< Bagi ana tidak perlu untuk terlalu mengikut perasaan. Pengalaman ana sendiri, ana mengetahui berita tentang apa yang berlaku dengan saudara kita Gaza pada ketika itu adalah melalui medium Facebook itu sendiri. Sebagai pelajar untuk membaca naskah akhbar jelas, JARANG sekali, hehe. Ok, itu ana memang akui ^^ .

Sebenarnya, apa pun yang terlibat secara langsung mahu pun tidak di dalam kehiduan seharian kita, ada buruk dan baiknya. Seperti Facebook, ada yang mengelarnya tidak berfaedah dan sebagainya. Cuba kita "tune" sikit kaca mata penglihatan kita. InsyaAllah masih ada kebaikan yang dapat  di lihat.  Ana bukan menyebelahi Mark Zuckerberg ye, perlu jelas di situ. 

Facebook, jika di lihat merupakan medium yang paling mudah untuk kita perolehi maklumat dan juga ilmu. Banyak sebenarya info-info yang dapat di peroleh melaluinya. Pernah dengar ungkapan kita yang mencorakkan hidup kita. Begitu juga dengan Facebook. Kita yang mencorakkan apa yang kita hendak dapat dari Facebook nie. Ramai juga pendakwah yang menggunakan Facebook sebagai medium untuk war-warkan sesuatu program misal kata. Kita, boleh add akaun mereka, dengan itu setiap kali apabila kita membuka akaun Facebook kita tidak hairanlah jika newsfeed kita di penuhi dengan ilmu-ilmu. Ya, kita sendiri yang menentukan ke arah mana yang hendak di tuju. 

Kekadang tertawa sendiri, kerana sesetengah pihak yang pertikai jika ada pihak yang blok mereka sebagai teman di Facebook. Ya, ana sendiri pernah berbuat sedemikina rupa. Kenapa?? Jika sudah gambar-gambar dengan pelbagai aksi yang boleh mendatangkan fitnah serta kata-kata status mereka yang boleh memberikan feedback yang negetif terhadap diri. Itu bukan salah ana, jika ana blok mereka. Ana blok mereka kerana ana tidak mahu diri ana turut sama di pengaruhi oleh pemikiran mereka. Manusia nie banyak dapat melihat keburukan orang lain, TETAPI buruk diri sendiri tidak nampak. Haduii.. Mari sama kita ubah persepsi pemikiran kita. Be positive ok! 

Akhir kata,  Mark Zuckerberg tak salah. Yang salah diri kita kerana tidak pandai menggunakan kemuddahan yang telah di cipta untuk ke arah kebaikan.Setuju???

p/s: Jadikan Facebook sebagai medium untuk mencari ilmu BUKAN untuk mencari berita. Dan berpada-pada apabila menggunakan ia, kerana suku penduduk dunia mempunyai akaun FB, jadi jangan sampai ia mendatangkan mudarat terhadap diri sendiri. 

"Unfriend di facebook jangan sesekali ditafsir memutuskan silaturrahim. Ia pada banyak ketikanya dilakukan kerana apa yang dikongsi oleh orang sana, dirasa tidak sesuai untuk dibiar turut terpapar di wall kita. Justeru, tanggungjawab kita agar 'tidak bersubahat'. Adakalanya, iklan pakaian yang berlebihan, umpatan yang dosa, sembang kosong yang lagha, link yang berdosa dll.."

-(Ustaz Zaharuddin Abd Rahman)-


Jaga diri, insyaAllah bertemu lagi :)