Saturday 28 September 2013

Bahagian 2

Bahagian 2

Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Assalamualaikum :)






Alhamdulillah. Semester baru telah bermula. InsyaALLAH semester terakhir di sini. Dan bermulah hidup baru dengan bertambah lagi satu status yang baru. Bersambung daripada kisah yang lepasn Istikharah Cinta : First Thing First! Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar pada tarikh 06.07.2013. 




Ayah ana dengan rancangan dan peraturan majlis dia yang tersendiri. Terima kasih ana ucapakan kepada semua yang terlibat menjayakan majlis pada hari tersebut. Dalam kesibukan berpraktikal sempat-sempat juga diakan majlis kesyukuran kecil-kecilan. 

Hantaran tiga hari sebelumnya baru ana sempat buat persiapan, nasib baik ada sepupu yang turut membantu. Balik praktikal pada 6.30 petang. Lepas maghrib terus gerak pergi cari barang untuk di buat hantaran. Dengan sibuk menjahit baju dan sebagainya. Masih segar dalam ingatan betapa super buzy nya ana pada cuti semester 2 bulan yang lepas ^^ tapi tetap bersemangat. Alhamdulillah segala-galanya berbalik kepada Dia :)

Kini hampir genap 3 bulan bergelar tunangan orang, banyak himah-Nya yang mana sebelum ini tidak nampak di perlihatkan. Mungkin sebab itu adanya tempoh bertunang. Pada ana, bertunang bukan tempoh di mana matlamat telah menghalalkan cara. Halal untuk keluar dan melakukan sesuka hati dan sebagainya dengan tunang kita. It's not all about that. It is more about to know each other by make ALLAH  is the path of the way. ha, clear tak? :)

Ia lebih kepada persediaan untuk menghadapi alam di mana insan daripada dua planet yang berbeza akan tinggal bersama. So, ilmu itu perlu di cari sebgai persiapan diri. Bukan sekadar suka-suka dah hanya sekadar Yea... i'am getting married! and so where is the suitable place and who is my wedding planner! No. Bukan itu ok. 




Cincin yang di sarungkan adalah amanah. Amanah daripada Tuhan supaya sentisa mempersiapkan diri, amanah daripada mak dan abah kerana telah memberi kepercayaan pada diri, amanah daripada bakal mentua sudah bersedia untuk menerima menantu dan amanah dari si dia untuk menjadi ibu serta ratu di hati. Boleh paham tak, betapa besarnya nilai cincin yang di sarungkan. 

Ok, setakat pengalam ana pada hari ini, setelah bergelar tunangan orang dengan izin-Nya minda ana terbuka untuk melihat sesuatu amanah yang lebih besar yang bakal ana hadapi di kemudian hari. Ana lihat bagaimana seorang ibu yang mengenalikan anaknya, ana terbuka untuk melihat bagaimana untuk menjadi zaujah yang diredhai dan banyak perkara lagi yang sebelum ini tidak pernah terlintas dan terbuka untuk ana melihatnya. Selain itu, penting juga untuk menyusun perancangan di hari mendatang. Recana selepas lafaz sakinah di utamakan. 

Ilmu perlu sentiasa di cari. Ana mula membaca buku-buku yang berkaitan contohnya seperti Aku Terima Nikahnya dan juga ana kini sedang membaca Men Are From Mars and Women Are From Venus untuk memahami psikologi beralinan jantina. 

Berkenaan dengan berhubung dengan tunang ada juga berhubung, namun begitu fatwa hati di letakkan yang utama. Ia akan menberi isyarat jika ia telah melebihi had yang ditetapkan. Ya. Fatwa hati sebagai panduan. Keluar berdua? Alhamdulillah setelah bergelar tunangan baru pertama kali kami bersua muka. Itu pun ketika ada bersama family kebetulan si dia tinggal berdekatan dengan tempat pengajian adik ana mendaftarkan diri. Semoga kekuatan itu sentiasa ada untuk menjaga diri.

Oh ya, lagi seperkara. Cincin yang disarungkan pada jari adalah pilihan ibu bakal zauj ana. Segan juga jika hendak pergi beli cincin berdua, di tambah pula masing-masing masih lagi sibuk dengan hal masing-masing pada ketika itu, ana dengan Projek Sarjana Muda I nya, bakal zauj pula sibuk dengan Projek Sarjana Muda II nya. Jadi, perihal membeli dan memilih cincin ibu bakal zauj ana yang uruskan.

Dan, ini merupakan satu kenangan bagi ana. Pada saat ia disarungkan pada jari ana, itulah kali pertama ana melihatnya. Bukan sahaja cantik, malah menjadi kenangan sampai bila-bila. InsyaAllah^^ Traditional and classic right. Kampung style.

Ana rasa setakat ini dahulu buat kali ini. Jaga diri insyaAllah kita bertemu lagi. Ahhh! Lagi satu doakan ana ye sahabat semoga perjalanan ana untuk semester akhir ini berjalan dengan jayanya :)

bersambung...