Friday 30 November 2012

Bermanget bersama Amin Idris

Assalamualaikum :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..


Alhamdulillah.. betapa tenang bila berada di majlis ilmu dengan mengalunkan Asma Ul-Husna sebagai pembuka bicara. Alhamdulillah kerana masih lagi diberi kesempatan itu. Selesai sahaja ujian pada jam 6.30 petang, terus menanti jam 8.30 malam bagi menghadiri majlis ilmu bersama Amin Idris, anak muda yang sangat berbakat. Bicara tentang tajuk DEEN LIST vs DEAN LIST.


Bertempat di Dewan Kuliah A, G3 


Jika dahulu menjadi ahli jawatan kuasa majlis, kini duduk sebaris dengan tetamu yang hadir. Terkenang memori ketika mengendalikan majlis tatkala melihat keletah ahli jawatankuasa. Ape pun tahniah kepada kelab Iqra' UTHM kerana mengadakan majlis sedemikian rupa.

Antara perkara yang dapat di kongsi bersama adalah :

" Jangan beriman dengan sekeping kertas bernama ijazah "
Amin Idris-

" If you tell somenone about your deram and no one say you are crazy, that mean your dream is not big enough " 
Amin Idris-

Kelebihan hidup bermatlamat:
matlamat JELAS --> tindakan JELAS
matlamat BESAR --> usaha BESAR
matlamat KECIL --> pandang REMAH
matlamat JAUH --> langkah JAUH

tidak putus asa -->  belajar dari kesilapan --> jadi lebih baik

berhenti untuk berasa BORING kerana itu, matlamat kita tidak jelas. Orang yang ada matlamat jelas tidak pernah merasa boring kerana  mereka sentiasa melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat mereka. 

 "saya TAHU apa yang saya MAHU, saya MAHU apa yang saya tahu "
hendak berjaya, kita perlu bayar dengan harga yang tinggi, kerana nak berjaya memang SUSAH, tapi kalau hendak gagal sangat MUDAH. 

kerana itu...
MATLAMAT adalah IMAGINASI, IMAGINASI adalah AKSI!
sebab itu kenapa kita lihat negara Jepun sangat berjaya pada hari ini, kerana mereka telah mencipta imaginasi di dalam diri rakyat negara mereka. Mereka cipta kartun Doraemon, mereka cipta karektor Dragon Ball. Semua ini adalah imaginasi mereka suatu ketika dahulu yang mana ia telah di realisasikan pada hari ini.



Dua jam yang sangat bermakna untuk merenew BOOSTER dalam diri. Alhamdulillah.

Friday 23 November 2012

Siri 4 : Sekuntum Senyuman

Siri 4 

"Kekuatan manusia itu pada hatinya,hati manusia itu milik Tuhannya. Ada Tuhan di hatinya, maka segala kekuatan itu milik kita "





Seawal jam 5 pagi matanya sudah terjaga, langkah di susun menuju ke bilik air untuk membersihkan diri . Hamparan sejadah di buka. Baki hening pagi yang tersisa  di gunakan untuk menunaikan solat tahajud. Kalamullah di capai sementara menunggu azan berkumandang. Tenang dan damai menyapa sanubari. Matahari semakin memperlihatkan diri. Dari sisi jendela di lihat burung-burung terbang. Mencari rezeki barangkali. Bisik hatinya. Bayu lembut menyapa kain yang berada di atas kepala. Apa khabar saudara Islamku di Gaza. Semoga semalam kamu dapat tidur dengan lena. Kata hatinya seiring dengan bayu yang bertiup. Dengan harapan bayu itu menyampaikan pesan dia buat saudara di sana.

Sungguh, cantik aturan yang Dia ciptakan. Setiap kejadian ada hikmah yang terselit bagi mereka yang memikirkan kehebatan ciptaan Ilahi. Dia mengukir senyuman. Indah sekali dia rasakan apabila terkenang kembali mehnah yang di timpakan. Tidak sesekali dia menyangka bahawa dia setabah ini. 

Berperwatakan lembut, cantik susun katanya, akhlaknya terjaga di sebalik litup tudung yang di kenakan. Tidak pernah di duga dia akan menerima mehnah seberat ini. Sepanjang 3 tahun tempoh pengajiannya, Allah menduga dia dengan ujian tentang ukhuwah persahabatan. Jika sebelum ini, tidak pernah sesekali dia mengerti makna sebuah ukhuwah, kini dia panjatkan syukur ke hadrat Ilahi atas rahmat yang di beri.  

Baru dia mengerti manisnya ukhuwah fillah tidak dapat di tukar ganti. Tidak setanding dengan punya teman lelaki. Ukhuwah yang terbina atas dasar Allah Taala tidak akan pernah putus. Titipan doa mengiringi setiap langkah perjuangan. Kekurangan diri saling di lengkapi antara satu sama lain. Sungguh, indah. 

Di lihat ketika  di datangkan ujian. Dia terasa semakin hampir dengan Dia Maha Pencipta. Hari demi hari istiqamah  untuk bangkit berjuang untuk melawan hawa nafsu (amarah) semakin menebal. Tidak pernah sesekali dia menyangka bahawa dia sesabar dan setabah dia hari ini. Sungguh setiap yang berlaku adalah hikmah dari-Nya. Setiap mehnah yang di tempuhi mematangkan dirinya. Dia masih mampu tersenyum meniti hari-hari yang sukar.

 Bisik hatinya, apa lah sangat jika di bandingkan dengan baginda Nabi S.A.W. tatkala memperjuangkan Islam berbanding dengan dugaan yang dia terima. Sangat sedikit. Di hadapinya dengan tenang dan mampu berfikiran rasional.

Allahu Rabbi, tidak pernah dia megetahui dari mana datangnya kekuatan itu. 

Di sepanjang perjalanan hidupnya, itu lah saat pertama dia menempuhi ujian sedikian rupa. Benarlah, firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286, " Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya". La hawla wala quwwata illa billah... tiada daya dan upaya melainkan kekuatan Allah. 

(bersambung)




Biadadari syurga buat mereka

Assalamualaikum :)


Aku berlindung  kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.



" And if tomorrow they leave the land, No body is to blame besides us, Because we did not go through the hardships as they did " 

Allahuakhbar... sangat terkesan dengan kata-kata di atas " And if tomorrow they leave the land, No body is to blame besides us, Because we did not go through the hardships as they did " . Benarlah mereka lah ( saudara-saudara kita di Gaza)  hero Islam kita. Mereka sanggup bergadai nyawa demi menyelamatkan tanah Islam kita di cerobohi Yahudi Laknatullah! Mereka menjadi pelarian di tanah sendiri selama lebih kurang 60 tahun! Namun mereka tidak pernah gentar untuk memperjuangkan Islam. 

Andai kita di sini menangis melihatkan keadaan mereka di sana, mereka ( saudara kita di Gaza) berpesan, kamu tidak perlu menitiskan air mata kerana keadaan kami di sini, tetapi titiskan lah air mata itu kerana kamu tidak berpeluang menikmati syahid yang abadi...la haw wala quwwata illa billah, (tiada daya dan upaya melainkan kekuatan Allah). 


Teringat kata-kata wakil Hamas, Dr Khalil Ismail al-Hayy..


“Alhamdulillah Allah memilih kami yang berada di Palestin supaya berjihad. Kami dipilih bagi menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami dipilih Allah bagi mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami supaya menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid Al-Aqsa.

“Kami juga dipilih oleh Allah agar menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan berbanding kehidupan dunia. Selama lebih 60 tahun kami hidup di medan pertempuran. Selama tempoh itu juga kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi.

“Mengapa? Hanya kerana kami mengucapkan “Lailahailallah” dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami,” 



Allahu Rabbi :( 



Sungguh janji Allah itu benar! 


Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Surah Al-Baqarah: ayat 120











Wednesday 21 November 2012

Duhai Hati

Assalamualaikum :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..





















Dengar ya wahai hati
Aku tahu rasa sakit ini
Sukar untuk diungkap dengan kata-kata
Malah, rasa sakit itu jugak tidak boleh diungkap
Dengan contengan di atas lembaran kertas sahaja
Dan lebih teruk lagi apabila hati itu
Sudah diminta untuk berhenti berfungsi
Parah
Duhai hati yang rawan
Aku tahu apa pun yang cuba ku lakukan
Sekali kata-kata orang terkesan dihati
Kau akan selama-lamanya berbekas
Bukan tidak pernah aku cuba kikis
Tetapi memang itu cara hidupmu
Mudah memaafkan perlakuan orang
Tetapi sukar melupakan.

Dengar ya wahai hati
Aku tahu
Andai saja hati itu boleh di'scan' dengan mata kasar
Kau lah anggota yang sarat dengan duka
Berbanding anggota-anggota yang lain
Penuh dengan torehan, luka dan parut
Namun ku tetap yakin
Engkau terlaku kuat dan tabah..
Wahai hati
Aku bersyukur kerana punya hati sepertimu
Itu kerana kau tidak pernah berhenti berfungsi sekali pun
Kau tetap terus bergerak walau hanya dengan bertatih
Itulah engkau HATI
Setiap kali disakiti, ditikam, dicucuk, disagat, dan disayat
Kau tetap terus berfungi untukku
Hanya untuk aku
Hati...
Bagaimana caranya agar ku bisa merawatmui?
Guna plaster kah?
Guna Gunting kah?
Atau Guna iodine kah?
Jika guna plaster, luka besar boleh diplasterkah?
Jahit guna benang, takut akan meninggalkan parut
Jika guna iodine, nantinya kuning hati itu
Tidak cantik seperti orang lain yang merah
Alhamdulillah hati...
Allah ajarkan padaku
Agar sentiasa redha selalu
Allah beri perhatian padamu dengan diuji
Wahai hati...
Percayalah, walau dirimu penuh luka
Tapi cukup engkau tidak bersangka-sangka
Pada Tuhan yang menciptakan mu
Juga yang menciptkanku
Sungguh benar hati...
Ujian itu wasilah untuk kita
Agar sentiasa ingat pada yang Esa..

Anas berkata, Rasulullah bersabda:
"Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha, maka dia akan beroleh keredhaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah."
(Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)

p/s: terima kasih sahabat atas perkongsian ini..sungguh mengingatkan kembali diri ini yang selalu alpa. Sayang kamu kerana Allah :) 

Tuesday 20 November 2012

Mujahid Kecil :)

Assalamualaikum :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..


Syukur alhamdulillah kerana masih lagi kita berpeluang menikmati kehidupan dengan aman dan tenang di bumi Malaysia yang tercinta. Semoga saudara-saudara kita yang berada di Gaza terus tabah dalam menuju syurga Ilahi. Sama-sama kita titipkan doa buat mereka ya sahabat :)

Alhamdulillah, hari ini baru saya berpeluang untuk mengenali sahabat blogger saya. Saya juga sudah ikut mereka untuk turut sama berkongsi ilmu. Kagum dengan adik-adik yang masih di bangku sekolah punya kesedaran untuk berkongsi ilmu dan juga mengutip seberapa banyak saham di akhirat kelak. Itu yang meyelubungi di kalbu. Al maklum lah pada zaman persekolahan saya dahulu tidak ramai yang punya komputer dan internet sendiri di rumah. Masuk zaman politeknik baru saya mula mengenali komputer/laptop. hehe... ukey, saya memang jujur! 

Apa pun teruskan usaha murni kalian dalam memartabatkan Islam walaupun hanya di dalam bidang penulisan. Saya juga baru mula berjinak-jinak dengan bidang penulisan ini. Saya menulis bukan kerana inginkan perhatian, tetapi saya menulis kerana ingin berkongsi pengalaman juga sebagai peringatan buat diri yang selalu alpa.  


Sekian dahulu titipan dari saya buat kalian. Jaga diri, insyaAllah kita bersua lagi :)


Sunday 18 November 2012

Titipan buat-mu Sahabatku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengsihani..















Buat sahabat yang ku kasihi,
Kau hadir tanpa di duga menghiasi hidup ku,
Tidak pernah ku pinta punya rasa teman seakrab ini,
Syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi,
Kerana kau,kamu, dan aku di pertemukan..

Segala masalah tiada sempadan untuk di rahsiakan,
Suka dan duka bersama berkongsi rasa,
Jika dahulu aku ke sana sini bersendirian,
kini, aku punya teman,
bukan untuk mengaut segala kelebihan tetapi sebagai saling melengkapi,
kerana kau,kamu, dan aku jiwa kita sebati..

Sahabat ,
ingin ku luahkan di sini,
Aku tidak menafikan perasaan yang hadir ini,
Perasaan kasih dan sayang yang tertaut di sanubari,
Tika engkau merasa duka dan gembira,
itu juga perasaan yang hadir pada diri ku jua,

Dulu, 
Aku tidak mengerti apa itu perahabatan sejati,
Kini kamu hadir untuk melengkapi segala kekurangan diri,
Kau hadir mengingatkan diri tatkala leka menyelubungi,

Sahabat, 
Aku titipkan doa kesejahteraan buat kalian,
Semoga ukhuwah yang terjalin atas dasar cinta kepada Ilahi..
Andai diri ini pergi dahulu menghadap Dia Maha Pencipta, 
Aku pinta kau maafkan segala khilaf yang pernah melukai,
Terima kasih kepada Ya Rabb kerana menganugerahi persahabatan ini.. 



Buat sahabatku... 


Sayang kalian kerana Allah Taala, Ukhuwah Fillah Abadan Abada,insyaAllah   :) 





Monday 12 November 2012

Nilai sehelai tudung labuh..

Siri 2



Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang..



hamparan kain
jika di lihat tidak memberi apa-apa makna
namun setelah ia siap di jahit 
bila di kenakan ia memberi kesan yang amat mendalam kepada pemakaianya,

terasa damai di kalbu menyelubungi hati tatkala ia di sarungkan
terasa seperti dekat dengan Ilahi setiap kali melangkah keluar
terasa seperti sentiasa di lindungi,

setiap kali aku mengenakannya itu lah perasaan yang datang tanpa di duga
Ya Rabb, aku memakai ini kerana-Mu
aku sedar aku memakai ini bukan untuk diriku sahaja 
tetapi juga untuk agama-Mu,
aku memakai ini kerana aku ingin melatih diriku agar tidak alpa dari mengingati-Mu,

Ya Ilahi,
Kau kuat lah iman, Kau teguhkan lah pendirian hamba-Mu ini
agar terus istiqamah dalam menncari barakah dari-Mu...

Aamiin...  






Sunday 11 November 2012

Andai itu saat Aku




Aku berlindung kepada Allah daripada godaan syaitan yang terkutuk,
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang..






tika diri berasa lemah, 
ku labuhkan diri di atas tikar sejadah,
terasa satu perasaan yang luar biasa indah
damai menyentuh hati,

terasa lapang meyelubungi,
seolah-olah Dia berbisik pada hati
" Wahai hamba-Ku , Aku datangkan ujian itu kepada mu,
kerana Aku tahu kamu mampu mengharunginya
Aku sentiasa berada di sisi mu "
Tanpa di sedari,
mata terpejam  terlena bersama telekung yang masih tersisa,

terfikir di benak,
andai itu lah saat akhirku untuk sujud kepada-Mu,
aku redha..semoga permergian itu dalam keadaan husnul khatimah..
kerana aku mengerti bahawa.. 
tarikh kelahiran  tidak dapat di jangka,
manakala tarikh kematian itu pula di tidak dapat di tunda...

Allah... bersiap sediakah aku.. 

Wednesday 7 November 2012

Sanah Helwah Naurah :)



Assalamualaikum :)


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...






Syukur alhamdulillah..kerana masih lagi di beri kesempatan oleh-Nya, genap usia 24 tahun. Mehnah yang di tempuhi telah mematangkan diri. Nasihat yang mungkin boleh dikongsi, pertama sekali, JANGAN sesekali berhenti mencari. Teruskan berjalan selagi punya kesempatan. Hingga suatu saat kita di pertemukan dengan jawapan. Akan kemanisan iman. 

Teruskan istiqamah dengan meminta bantuan daripada sahabat yang mampu membimbing kita ke arah landasan-Nya. 
Jadikan kalamullah sebagai surat cinta dari-Nya dan alunan zikirullah sebagai pengubat duka. Berlapang dada dalam menerima kritikan, dan cuba perbaiki kelemahan ( kerana diri kita tidak sempurna ). Sentiasa muhasabah diri. Kerana redha Dia yang kita cari..

 Semoga kita bersama terus istiqamah dlm perjalanan menuju redha Ilahi. InsyaAllah..


jazakallahu khairan ( semoga Allah memberi ganjaran yg baik kpd kamu ) bt sekalian sahabat yg memberi ucapan tidak kurang juga yg mendoakan kesejahteraan. Semoga Allah merahmati kalian ♥ .. 



Sekeping kertas yang memberi makna dalam kehidupan..
terima kasih sahabat, Semoga Allah merahmati kamu juga :)



Naurah Dzahabiyah~

Friday 2 November 2012

Allahuakhbar..gembiranya rasa.. :)

Assalamualaikum.. :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..



Allahuakhbar, rindunnya terasa walaupun tidak pernah menjejakkan kaki ke sana :( 



Syukur ke hadrat Ilahi kerana punya waktu untuk perbaiki diri. Alhamdulillah :) 
Waa..ape yang gembiranya rasa Cik Naurah?? Hehe... sambil-sambil siapkan tugasan yang masih tersisa tadi, tiba-tiba teringatkan pesan mak waktu masih berada di kampung tempoh hari. Kata mak, insyaAllah tahun hadapan kita pergi buat umrah.. Allahuakhbar, tidak tergambar perasaan ketika itu. Ya Rabb Kau perkenankanlah doa hamba-Mu ini... aamiin, semoga kita di permudahkan untuk ke sana, juga semoga hati ini sentiasa istiqamah di jalan redha-Nya. InsyaAllah. Saya sudah  bernazar jika saya dapat menjejakkan kaki ke sana, insyaAllah. Semoga Allah redha. Doakan saya juga ya sahabat :)