Saturday 29 September 2012

Tempat yang mendamaikan :)

Asalamualaikum :)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah masih punya masa untuk berkongsi cerita dengan para pembaca :) Apa khabar semua.. semoga sihat di bawah lindungan-Nya. Ingin saya kongsikan bersama para pembaca tentang tempat yang paling indah di dunia ini. Tiada mana-mana tempat yang boleh tandingi tempat ini. Ha.. dapat teka tak di manakah ia?? :) 


Sudah semestinya Makkah mukarahmah. Allah...melihat keindahannya dari jauh sudah mampu membuat diri ini terusik. Terasa damai menyelubungi di hati. Bertuahlah bagi mereka yang dapat menjejakkan kaki di sini. Ingat lagi sewaktu menonton rancangan pada Ramadhan yang lepas. Yang mana, melihat mereka yang terpilih oleh team Bersamamu [jika tidak silap] untuk menunaikan umrah. Allah...hampir menitis air mata. Melihat dari jauh makam-makam para sahabat. Antara bait kata yang mampu meruntun jiwa dalam dialong mereka adalah " InsyaAllah, jika kami berkesempatan kami akan datang melawat kamu lagi"..lebih kurang begitulah bunyinya. Saya yang mendengar sahaja pun hampir menitiskan air mata, tidak dapat saya bayangkan andai saya sendiri yang berada di sana [Madinah ]. Allah...semoga di makbulkan doa ini. 

Ingin sekali saya menatap Kaabah sepuas-puasnya. Rata-rata yang pernah ke sana tidak mahu pulang. Untung sekali bagi mereka yang di makamkan di sana bersama para sahabat. Saya bernasib baik kerana abah telah membuka akaun tabung haji kami adik beradik sejak bayi lagi. Pada cuti semester lepas abah  beritahu bahawa abah sudah daftarkan nama kami adik beradik untuk menunaikan fardhu haji. Allahu Rabbi berbunga hati mendengarnya. Namun, lambat lagi jika mengikut giliran saya mungkin 2042 baru saya berpeluang melaksanakan rukun Islam yang ke-4 ini. InsyaAllah semoga di panjang usia. Di sebabkan masih lama untuk menunggu giliran mak pula meluahkan kata, jika simpanan cukup ingin sekali dia membawa kami adik beradik menunaikan umrah. Allah...syahdu saya mendengarkannya. Lantas hati berbisik, rabbi yasir wala tu'asir,rabbi tamim bil khair, Ya Allah permudhkanlah urusanku, permudahkanlah jangan di sulitkan, Aamin.



Tiada apa yang lebih gembira selain dapat berada betul-betul di hadapan Kaabah.



Ingin sekali daku menatap keindahan-Mu sepuas-puasnya. Doakan saya ya sahabat :) 




Thursday 27 September 2012

Siri 1 : Selembut Salju

Siri 1


selembut salju..




        Pada petang itu, dia tidak sanggup lagi menahan bebanan yang terbuku di hatinya.Seusai sahaja di beritahu bahawa kelas di batalkan , dia melangkah longlai pulang ke kediaman sambil otaknya ligat berfikir. Kata hatinya, mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Segera dia meneutral kan mindanya yang pada bila-bila masa sahaja asid dapat menyelubungi. Setiba di rumah selang beberapa ketika setelah lelah berjalan hilang. Dia mengambil wuduk dan menunaikan  solat sunat dua rakaat. Saat sujud yang terakhir dia meluahkan segala yang terbuku di hati kepada Dia, Maha Pencipta. " Ya Rabb, sungguh berat ujian yang Kau datangkan. Kurniakanlah aku kekuatan para sahabat terdahulu agar aku dapat bermujahadah ke jalan redha-Mu. Bimbinglah aku supaya diri ini tidak terpesong dari jalan-Mu, Kau berikan aku petunjuk agar diri ini dapat membuat keputusan yang betul. Sesungguhnya hamba-Mu ini lemah, Ya Allah. Hanya Engkau yang mengetahui sebaik-baik kejadian.Bimbinglah aku,bimbinglah aku,bimbinglah aku Ya Allah... jangan sesekali Engkau lepaskan aku dari pandangan-Mu..  Aamin Ya Rabbil a'lamin... " Pohonnya di selang seli dengan sendu. Seusai solat, di capainya tafsir al-Quran yang sentiasa menjadi sahabat karibnya. Dipeluk erat kalamullah itu. Dalam hati, dia berkata..terima kasih Ya Allah kerana memberi ujian ini kepadaku. Aku tahu bahawa Engkau rindu untuk mendengar luahan isi hatiku kepada-Mu. Lalu, dia membaca surah Al- Mulk dengan sendu yang masih tersisa.Di penghujung surah tersebut, sendunya mula tenggelam di tenangkan oleh hatinya. Setelah di kucup kalamullah itu. Dia berkata, terima kasih Ya Allah atas kurniaan air mata ini. 


" Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila di bacakan ayat-ayat-Nya , bertambahlah iman mereka [kerananya], dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakal "


Al- Anfal: 8


(bersambung)

Monday 24 September 2012

Nikmat Seorang Pelajar

Assalamualaikum :)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..


Mujahadah itu perlu!!!


Alhamdulillah tamat sudah kelas untuk hari ini.. alhamdulillah juga kerana hanya ada satu sahaja kelas malam pada semester ini. Letih? hm..jangan mengeluh taw.. kerana tak semua orang dapat merasai nikmat menjadi pelajar. Ada yang sudah berkerja tiba-tiba rasa rindu untuk sambung belajar lagi. Saya sendiri juga sewaktu bekerja dahulu...baru saja beberapa bulan tinggalkan alam pengajian perasaan rindu mula menjengah hendak sambung lagi. Alhamdulillah, kini berkesempatan merasa nikmat itu :) Jesteru itu,bagi yang sedang memegang status sebagai seorang pelajar, mari sama-sama kita ambil peluang ini. Jangan sesekali mengeluh dan cuba sehabis baik untuk menunaikan amanah ini. Menuntut ilmu  adalah amalan sahabat-sahabat baginda Nabi Muhammad s.a.w. InsyaAllah semoga ilmu yang diperoleh mendapat keberkatan dari-Nya :)


Saturday 22 September 2012

Mujahadah Sang Pencari ilmu

Assalamualaikum :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..



Mujahadah sang pencari ilmu,
Tatkala malam di ulik mimpi,
kau masih setia menelaah buku,
Tatkala sang ayam berkokok pagi,
kau sudah bersiaga di tikar sejadah,
dengan tujuan hanya satu,
meraih redha Dia terlebih dahulu.

Tatkala sang mentari mula menerjah bumi,
Kau sibukkan diri mencari ilmu di sana sini,
Tatkala sang rembulan mula menjengah,
Kau persiapkan diri untuk mengulangkaji,
Begitu indahnya mujahadah mencari ilmu,
Tanpa mengira penat dan jemu,
Pena menjadi teman di setiap waktu,
Begitulah mujahadah sang pencari ilmu..

Naurah Dzahabiyah :)


Friday 21 September 2012

Jom " Top Up" Iman :)

Assalamualaikum :)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah masih punya kesempatan masa untuk berkongsi buah fikiran bersama para pembaca. Alhamdulillah :) Memegang status sebagai seorang pelajar kadangkala hambatan kesibukan membuatkan diri kita alpa tentang tujuan hidup kita. Mari sama-sama kita koreksi diri untuk seketika berbicara tentang "iman". 


Bak kata Raihan, 

Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa


Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah


Pokoknya, bagaimana kita hendak menambahkan iman dalam diri kita? Ha, mudah sahaja. Jawapannya dengan cara kita mengingati Dia, Maha Pencipta. Setiap kali seusai solat apa kata, kita ambil sedikit waktu untuk muhasabah diri kita dengan mengalunkan zikirullah. InsyaAllah kekusutan di hati dapat di rungkai. Lagi baik, baca setidak-tidaknya sehelai muka surat al-Quran. Paling tidak lagi, sambil-sambil kita buat kerja kita juga boleh "top up" iman kita dengan mendengar lagu-lagu nasyid yang memuji Maha Pencipta. Hmm... tak susah bukan :)

Jangan hanya di sebabkan status pelajar serta sibuk mengejar gelaran " dean list" menyebabkan kita alpa dalam menunaikan amanah kita terhadap Dia yang satu. Tak nak macam gitu ea sahabat :) Semoga dengan kita mengigati Dia pada setiap saat, urusan kita di permudahkan,insyaAllah...

Mari sama-sama kita merundukkan wajah, dan pejamkan mata
 kita hayati bait-bait kata lagu ini...



Ukey, sekian dahulu buat kali ini.
Saya menulis bukan kerana sempurna,tetapi kerana diri selalu alpa.




Saturday 15 September 2012

Akal + Hati = MENTALITI


Assalamualaikum :)



Alhamdulillah di panjatkan kepada-Nya kerana masih lagi diberi nikmat untuk menikmati keindahan ciptaan milik-Nya. Hari ini saya hendak berkongsi dengan para pembaca mengenai "mentaliti" . Jom kita berkenalan dengan apa yang dimaksudkan dengan perkataan mentaliti :) Menurut kamus dewan dan pustaka, "mentaliti" membawa maksud yang pertama iaitu kaedah atau cara berfikir dan yang kedua keadaan akal kebolehan berfikir. Apa yang ingin diperbincangkan di sini adalah bagaimana cara atau gaya bahasa kita menggunakan mentaliti kita. Tidak perlu kita pergi jauh, cukup dengan hanya sekadar kita menilai mentali diri kita. Ok. Bagaimana kita hendak menilai mungkin itu persoalan yang bermain di fikiran,bukan? Setuju tidak jika saya katakan dengan menilai orang lain sebenarnya kita sedang menilai diri kita sendiri. Ha.., perasan tak :)



Dalam kehidupan seharian kita, kita sibuk menilai keadaan sekeliling kita. Di situ lah sebenarnya terletak mentaliti diri kita. Jika positif yang kita gambarkan terhadap sesuatu perkara maka, ia membawa maksud mentaliti kita ke arah menuju kebaikan. Ok, anda dapat tak? Dan seperkara lagi, ia juga berkait rapat dengan hati. Di sini lah kita dapat uji tahap mana hati kita berada. Jika kita berbaik sangka terhadap penilaian yang di buat tadi maka baik lah hati kita dan sebaliknya.


Ha! Mulai hari ini, jom kita perbetulkan mentaliti kita agar kita tidak tersilap melakukan penilaian terhadap diri kita sendiri . Jika kita sibuk menilai keburukan orang lain ia juga membawa maksud kita juga sedang memperkatakan tentang keburukan diri kita. Dengan itu, saya ingin simpulkan bahawa sentiasa bersangka baik terhadap sesuatu perkara untuk melatih mentaliti kita ke arah kebaikan dan positif ,insyaAllah. Boleh kan sahabat, tak mahu la antara kita sebangsa dan seagama saling berburuk sangka antara satu sama lain. Sampai bila kita nak maju :)



 "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah sikap dari sangkaan supaya kamu tidak dipengaruhi prasangka yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Jika demikian keadaan mengumpat maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Oleh itu, patuhilah larangan yang disebut itu dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani".

Surah al-Hujurat ayat 12~



 

Friday 14 September 2012

Hujan Poster!

Assalamulaikum :)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..




Alhamdulillah, syukur di panjatkan kepada-Nya kerana masih lagi berpeluang menikmati keindahan ciptaan-Nya. " Awas, sarang labah-labah! "  Dengan ini di isytiharkan musim penamaan calon telah bermula di bumi UTHM. Para calon mula bermanisfesto untuk meraih undi. Pagi itu, melangkah saja memasuki gerbang pintu kelihatan tali-tali bersambungan antara satu sama lain. Sejak dari semalam setelah calon berjaya melayakkan diri untuk meraih undi,para "jentera" mula standby dengan tali, pen, dan juga kertas untuk merebut tempat bagi mempamerkan poster-poster "orang kuat" masing-masing. Terdengar bisikan perbualan pelajar yang melalui kawasan tersebut, " ape la semak-semak je semua tali-tali nie" . Buat adik-adik yang baru melangkah ke gerbang IPT, haa.. ini lah salah satu cara bagaimana anda hendak menyalurkan luahan siswa. Melalui undian yang berjaya, manifesto yang lantang di suarakan akan di tunaikan oleh mereka yang berjaya meraih undian terbanyak. 

Mengimbas kembali zaman di Politeknik Seberang Perai. Saya berpeluang merasai hangatnya musim meraih undi ini. First time undian secara terbuka di buat kepada umum pada ketika itu. Semasa menjadi AJK, saya berpeluang menjadi " jentera " .Seusai sahaja penamaan calon. Selepas mendengar taklimat ringkas, kami AJK di bahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memasang poster di sekitar kawasan kampus. Poster di masukkan ke dalam plastik, di stapler pada tali rafia dan kemudian di bawa untuk digantungkan. Hingga lewat tengah malam, di temani embun kami masih lagi memasang poster tatkala yang lain sedang lena tidur. Sebagai tanda kami menyokong sahabat-sahabat yang berjaya masuk bertanding. Sambil memasang poster di selang seli kan dengan gurau senda sahabat menghilangkan rasa penat. Di situ lah terletaknya ke akraban kami sebagai satu pasukan. Kenangan manis ini mana mungkin dapat saya lupakan hingga ke hari ini. Walaupun kami sudah membawa arus masing-masing kami masih lagi dapat merasakan ke akraban itu tatkala bertemu.

 Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan untuk berpesan kepada sahabat-sahabat agar berhati-hati ketika berjalan supaya tidak termasuki ke dalam kawasan "sarang labah-labah" yang dimaksudkan di atas,hehe...Ukey..sekian, dahulu coretan untuk kali ini :)



Wednesday 12 September 2012

Nikmat Kemanisan Penghijrahan

Assalamualaikum :)



Syukur, Alhamdulillah di panjatkan kepada-Nya kerana masih lagi di beri masa untuk mencari cinta-Nya.. Pada ketika ini bumi Parit Raja di basahi hujan. Hujan rahmat, barangkali :) 

Di sini saya tertarik untuk berkongsi dengan para pembaca mengenai beberapa peristiwa kebesaran-Nya yang berlaku terhadap saya pada tika ini. Seperti tajuk di atas " Nikmat kemanisan" . 

Saya hanya insan biasa yang masih lagi mencari sinar redha-Nya. Saya bukan lah pelajar lepasan sekolah agama mahu pun mempunyai latar belakang anak seorang ustaz mahu pun ustazah. Semuanya berlaku ketika saya mula mendengar lagu-lagu nasyid. Ya, nasyid telah membawa kepada saya hari ini. Menggunakan permikiran rasional untuk menilai sesuatu perkara itu diri saya. Dari sini (mendengar lagu berunsurkan keTuhanan) membuatkan jiwa saya lembut lantas mengajak saya berfikir tentang ciptaan-Nya.

Saya mula mencari persoalan kepada setiap jawapan. Setiap kali seusai solat, tangan di tadah mohon kepada-Nya agar di beri petunjuk dan hidayah milik-Nya. Alhamdulillah, lama ke lamaan saya menyedari doa saya di makbulkan oleh -Nya. 

Terima kasih ya Allah. Hati ini mula tersentuh apabila mendengar zikirullah memuji kebesaran-Nya. Saat bibir mengalunkan  kalamullah, membuat minda ini berfikir tentang nikmat kebesaran yang telah Dia kurniakan yang mana sebelum ini tidak pernah saya sedari. 

Hati menjadi tenang tatkala meluahkan segala rasa hati kepada Maha Pencipta seusai solat tengah malam. Allahu Rabbi, terima kasih Ya Allah. 

Alhamdulillah, sedikit demi sedikit saya mula mencari makna kehidupan. Yang dahulu jika hanya mencari redha manusia,kini saya lebih tenang untuk mencari redha Dia. Setiap apa tindakan yang di lakukan, Dia, saya jadikan sandaran. Terasa seolah-olah Dia sentiasa menemani saya. Sama ada saya berada di dewan peperiksaan mahu pun bersendirian. 

Jika dahulu saya menjadi mangsa fesyen,kini tidak lagi. Segala-galanya berubah sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, kini pakaian saya lebih kepada mencari pujian dari-Nya. Setiap kali hendak melangkah keluar , saya akan pastikan bahawa handsock pada lengan, stokin pada kaki,tudung melebihi paras dada dan tidak jarang, seluar yang tidak menampakkan susuk tubuh di kenakan. 

Syukur, walaupun payah pada awalnya kini ia sudah menjadi kebiasaan. Rasa tidak lengkap  pula jika tertinggal salah satu perkara dinyatakan :)  Saya berharap dengan pakaian yang dikenakan, membuat diri ini lebih berharga dan tiada lagi usikan-usikan nakal dari yang bernama "lelaki". Terasa seperti sentiasa di lindungi-Nya walaupun saya berjalan seorang diri. 

Allah Maha Besar, mungkin disebabkan tudung yang di labuhkan membuatkan diri ini menonjol dari kebiasaan yang lain. Setiap kali berselisih dengan mereka yang juga seperti saya [memakai tudung labuh] seolah-olah ada "signal" sesuatu yang akrab. Aneh bukan? tapi itu lah yang saya rasa. 

Dan, seperkara lagi. Rasa lebih di hargai oleh mereka yang bergelar "adam". Mereka sanggup beralah tatkala bersesak di dalam bas, agar tidak bersentuhan dengan saya. Allahuakhbar, terdetik di hati.Terima kasih Ya Allah.

Sungguh, indah agama-Mu ini Ya Allah. Tidak ada satu pun cacat celanya. Sebak perasaan tatkala mengenangkan apa yang telah Dia kurniakan pada diri ini. Masih banyak lagi  perkara yang perlu diri ini perbaiki. Semoga saya terus istiqamah untuk bermujahadah mencari redha-Nya.

Doakan saya juga ya sahabat :) 


" Aku adalah anak-anak panah Islam, campaklah aku ke mana saja, aku pasti berjuang untuk Islam" 

Saad bin Abi Waqas~



Sunday 9 September 2012

hari yang baru...wehee..!

Assalamualaikum :)




" Kekuatan manusia itu pada hatinya,hati manusia itu milik Tuhannya.
Ada Tuhan di hatinya,maka segala kekuatan itu milik kita "



Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran kepada-Nya kerana telah selamat sampai di bumi Batu Pahat. Setelah lebih kurang dua bulan bercuti, terasa seperti kanak-kanak yang baru hendak memulakan alam persekolahan la pula.

Excited kemain, jika teringatkan saat hendak pulang ke kampus bukan main liat lagi ye. 

Ape pun,semoga kita terus kuat untuk bermujahadah dalam mencari ilmu. Ingat, andai diri terasa lemah, pohon lah kekuatan daripada-Nya. 

Jangan bergantung kepada orang sekeliling tetapi bergantung lah pada Dia yang satu. Dia sentiasa bersama kita. InsyaAllah :)




Thursday 6 September 2012

Mission Complete!


Assalamualaikum :)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya siapkan beg yang terakhir. Beg ini permintaan daripada mak. Lebihan kain songket thai ini,cantik juga apabila setelah menjadi beg. Ehem, jeles la pulak bila tengok, shining-shining gitu bila kena cahaya..Hehe.. 

bahagian hadapan
saya saja letak poket satu di hadapan, kata mak dia suka kalau banyak poket, hehe 

bahagian belakang


bahagian dalam
tambah lagi dua poket di dalam,hee..

Beg nie,sama seperti beg-beg lain yang saya buat.. menggunakan interface (kain keras) pada kain lining di dalam. So,nampak kemas sikit. Alhamdulillah.. jahitan juga semakin bagus. Ukey, sekian dahulu..
 dah boleh tutup mesin jahit dah hari ini :) 


Monday 3 September 2012

tiga hari lagi..

Assalamualaikum :)

kata Imam Syafie.. 
"Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. Ia juga amalan para Nabi, Rasul dan orang soleh" 



Alhamdulillah, kerana masih lagi di beri nikmat kurniaan dari-Nya untuk menghirup udara pada hari ini.    Lebih kurang lagi tiga hari untuk pulang semula ke Batu Pahat, bagi menyambung tanggungjawab yang masih belum terlaksana. InsyaAllah, lebih kurang setahun setengah lagi perjalanan untuk bergelar graduan ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikal. Apa pun sebelum bergelar graduan ijazah, liku-liku perjalanan sangat mencabar mental dan emosi. Setiap kali terasa lemah, jangan lupa bahawa Dia sentiasa bersama kita. Melihat akan subjek yang bakal di tempuhi pada semester hadapan  membuatkan jantung berdegup kencang. Mampukah aku mengharunginya? Dalam sisa-sisa lagi beberapa hari ini, persediaan mental sangat di perlukan. Kekurangan pada semester lepas di kenalpasti,insyaAllah untuk semester hadapan corak bertukar untuk lebih tertumpu kepada pelajaran. Teringat pesan Prof. Dr. Muhaya, " dunia dalaman yang menghasilkan persekitaran, dan bukannya persekitaran yang menghasilkan dunia dalaman kita" . Semoga azam ini terus kuat untuk bermujahadah hingga ke akhirnya. InsyaAllah, doakan saya juga ya sahabat :) 



Pengertian Sahabat :)


Seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
“Siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?” 

Jawab Rasulullah s.a.w: 
“Seorang yang apabila kamu memandangnya, kamu teringat akan Allah, apabila kamu dengari cakapnya, bertambah pengetahuan kamu tentang Islam, apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kehidupan akhirat.” 

Hebatnya solat di awal waktu





APA HEBATNYA SOLAT DI AWAL WAKTU?

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Rasanya fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

WAKTU SUBUH

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

WAKTU ZOHOR

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. 

Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

WAKTU ASAR

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

WAKTU MAGRIB

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

WAKTU ISYAK

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

QIAMULLAIL

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.


Sebuah Penantian


Penantian adalah satu ujian,
Tetapkanlah ku slalu dalam harapan,
Kerana keimanan tak hanya diucapkan,
Adalah ketabahan menghadapi cobaan,
Sabarkanlah ku menanti pasangan hati,
Tuluskan ku sambut sepenuh jiwa ini,
Di dalam asa diri menjemput berkah-Mu,
Tibalah izin-Mu atas harapan ini,

Rabbi teguhkanlah ku dipenantian ini,
Berikanlah cahaya terang-Mu selalu,
Rabbi doa dan upaya hamba-Mu ini,
Hanyalah bersandar semata kepada-Mu,

Rabbi ridhailah penantianku ini,
Hadirkanlah ketenteraman di dalam hati,
Rabbi hanya pada-Mu lah doaku ini,
Duhai tempat mengadu segala resah diri.

Kepada calon imam-ku..


Wahai Adam yang akan bertahta di hatiku sebagai Calon Imamku :


Tidak ku mengharapkan engkau seorang yang terlalu mulia..
Cukuplah bagiku jika engkau sedar hakikat dirimu iaitu hamba Allah..
Kerana jika engkau sedar, pastinya dirimu akan menjalankan tanggungjawabmu sebagai hambaNya..
Jika tiada jodoh kita di dunia... semoga kan bertemu di sana...insyaAllah :)





"Aku ingin kau tahu bahawa cinta Ilahi tetap yang utama di hatiku..."

p/s: Naurah Dzhabiyah~

Hijab.. my right,My choice,My Life :)


Buat sahabat yang ku kasihi,
pernahkah dikau terfikir bahawa selain daripada lelaki yang bukan muhrim,
sepupu lelakimu serta abang iparmu juga merupakan aurat bagimu,
duhai sahabatku,
janganlah sesekali mengaburi mata hatimu lantas disebabkan ikatan kekeluargaan,
sesungguhnya sahabat,
tatkala aku menasihati dirimu aku juga sedang menasihati diriku,
sahabat yang ku kasihi kerana Allah,
indahnya bukan, 

jika diri ini hanyalah untuk
si dia yang menjadi imam-mu kelak :)




sahabat yang ku kasihi kerana Allah...
inilah aurat kita
mari sama-sama kita menjadi berlian daripada menjadi kaca,
mungkin rumit bagimu untuk mengenakan sarung lengan, sarung kaki juga memakai hijab yang tidak jarang,
percayalah sahabat,
andai niatmu itu kerana Allah Taala, insyaAllah akan diermudahkan oleh-Nya,
sahabatku,
ingatlah dunia ini milik-Nya,
andai dikau kehilangan seorang rakan di sebabkan penampilanmu,
percyalah sahabat, Allah akan memberimu lebih daripada seorang rakan buat pendamping serta pembimbing dirimu,
sahabat,
diri ini juga banyak khilafnya,
tegurlah jika diri ini leka demi ukhuwafillah abadan abada kita :)


Duhai sahabat, 
Bukan kau tidak mengerti tentang aurat mu,
Mengapa juga kau endahkan,
Sahabat mu ini, hanya insan biasa yang tidak pandai berkata-kata,
Percayalah sahabat,
Setiap kali aku memandang wajah mu jauh di sudut hati,
Aku menitip doa buatmu,
Agar kau dapat merasai nikmat yang sama yang aku rasai,
Ketenangan yang abadi...
Duhai sahabat,
Hidup ini hanya pinjaman,
Sama-sama kita menegur dalam kebaikan,
Kerana aku ingin kita bersama menuju kebahagiaan :)

Diri kita umpama intan berlian,lagi dijaga lagi disimpan rapi,lagi tinggi harganya,lagi mahal nilainya,jangan biarkan diri kita seperti makanan yang dijual di tepi-tepi jalanan,terdedah dan dipegang-pegang, akhirnya menjadi rosak dan basi..Duhai sahabat yang dikasihi kerana Allah, marilah sama-sama kita saling memperingati, untuk memperoleh redha Illahi ,insyaAllah :)