Assalamualaikum :)
Alhamdulillah di panjatkan kepada-Nya kerana masih lagi diberi nikmat untuk menikmati keindahan ciptaan milik-Nya. Hari ini saya hendak berkongsi dengan para pembaca mengenai "mentaliti" . Jom kita berkenalan dengan apa yang dimaksudkan dengan perkataan mentaliti :) Menurut kamus dewan dan pustaka, "mentaliti" membawa maksud yang pertama iaitu kaedah atau cara berfikir dan yang kedua keadaan akal kebolehan berfikir. Apa yang ingin diperbincangkan di sini adalah bagaimana cara atau gaya bahasa kita menggunakan mentaliti kita. Tidak perlu kita pergi jauh, cukup dengan hanya sekadar kita menilai mentali diri kita. Ok. Bagaimana kita hendak menilai mungkin itu persoalan yang bermain di fikiran,bukan? Setuju tidak jika saya katakan dengan menilai orang lain sebenarnya kita sedang menilai diri kita sendiri. Ha.., perasan tak :)
Dalam kehidupan seharian kita, kita sibuk menilai keadaan sekeliling kita. Di situ lah sebenarnya terletak mentaliti diri kita. Jika positif yang kita gambarkan terhadap sesuatu perkara maka, ia membawa maksud mentaliti kita ke arah menuju kebaikan. Ok, anda dapat tak? Dan seperkara lagi, ia juga berkait rapat dengan hati. Di sini lah kita dapat uji tahap mana hati kita berada. Jika kita berbaik sangka terhadap penilaian yang di buat tadi maka baik lah hati kita dan sebaliknya.
Ha! Mulai hari ini, jom kita perbetulkan mentaliti kita agar kita tidak tersilap melakukan penilaian terhadap diri kita sendiri . Jika kita sibuk menilai keburukan orang lain ia juga membawa maksud kita juga sedang memperkatakan tentang keburukan diri kita. Dengan itu, saya ingin simpulkan bahawa sentiasa bersangka baik terhadap sesuatu perkara untuk melatih mentaliti kita ke arah kebaikan dan positif ,insyaAllah. Boleh kan sahabat, tak mahu la antara kita sebangsa dan seagama saling berburuk sangka antara satu sama lain. Sampai bila kita nak maju :)
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah sikap dari sangkaan supaya kamu tidak dipengaruhi prasangka yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Jika demikian keadaan mengumpat maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Oleh itu, patuhilah larangan yang disebut itu dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah penerima taubat lagi Maha Mengasihani".
Surah al-Hujurat ayat 12~
No comments:
Post a Comment