Siri 4
"Kekuatan manusia itu pada hatinya,hati manusia itu milik Tuhannya. Ada Tuhan di hatinya, maka segala kekuatan itu milik kita "
Seawal jam 5 pagi matanya sudah terjaga, langkah di susun menuju ke bilik air untuk membersihkan diri . Hamparan sejadah di buka. Baki hening pagi yang tersisa di gunakan untuk menunaikan solat tahajud. Kalamullah di capai sementara menunggu azan berkumandang. Tenang dan damai menyapa sanubari. Matahari semakin memperlihatkan diri. Dari sisi jendela di lihat burung-burung terbang. Mencari rezeki barangkali. Bisik hatinya. Bayu lembut menyapa kain yang berada di atas kepala. Apa khabar saudara Islamku di Gaza. Semoga semalam kamu dapat tidur dengan lena. Kata hatinya seiring dengan bayu yang bertiup. Dengan harapan bayu itu menyampaikan pesan dia buat saudara di sana.
Sungguh, cantik aturan yang Dia ciptakan. Setiap kejadian ada hikmah yang terselit bagi mereka yang memikirkan kehebatan ciptaan Ilahi. Dia mengukir senyuman. Indah sekali dia rasakan apabila terkenang kembali mehnah yang di timpakan. Tidak sesekali dia menyangka bahawa dia setabah ini.
Berperwatakan lembut, cantik susun katanya, akhlaknya terjaga di sebalik litup tudung yang di kenakan. Tidak pernah di duga dia akan menerima mehnah seberat ini. Sepanjang 3 tahun tempoh pengajiannya, Allah menduga dia dengan ujian tentang ukhuwah persahabatan. Jika sebelum ini, tidak pernah sesekali dia mengerti makna sebuah ukhuwah, kini dia panjatkan syukur ke hadrat Ilahi atas rahmat yang di beri.
Baru dia mengerti manisnya ukhuwah fillah tidak dapat di tukar ganti. Tidak setanding dengan punya teman lelaki. Ukhuwah yang terbina atas dasar Allah Taala tidak akan pernah putus. Titipan doa mengiringi setiap langkah perjuangan. Kekurangan diri saling di lengkapi antara satu sama lain. Sungguh, indah.
Di lihat ketika di datangkan ujian. Dia terasa semakin hampir dengan Dia Maha Pencipta. Hari demi hari istiqamah untuk bangkit berjuang untuk melawan hawa nafsu (amarah) semakin menebal. Tidak pernah sesekali dia menyangka bahawa dia sesabar dan setabah dia hari ini. Sungguh setiap yang berlaku adalah hikmah dari-Nya. Setiap mehnah yang di tempuhi mematangkan dirinya. Dia masih mampu tersenyum meniti hari-hari yang sukar.
Bisik hatinya, apa lah sangat jika di bandingkan dengan baginda Nabi S.A.W. tatkala memperjuangkan Islam berbanding dengan dugaan yang dia terima. Sangat sedikit. Di hadapinya dengan tenang dan mampu berfikiran rasional.
Allahu Rabbi, tidak pernah dia megetahui dari mana datangnya kekuatan itu.
Bisik hatinya, apa lah sangat jika di bandingkan dengan baginda Nabi S.A.W. tatkala memperjuangkan Islam berbanding dengan dugaan yang dia terima. Sangat sedikit. Di hadapinya dengan tenang dan mampu berfikiran rasional.
Allahu Rabbi, tidak pernah dia megetahui dari mana datangnya kekuatan itu.
Di sepanjang perjalanan hidupnya, itu lah saat pertama dia menempuhi ujian sedikian rupa. Benarlah, firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 286, " Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya". La hawla wala quwwata illa billah... tiada daya dan upaya melainkan kekuatan Allah.
(bersambung)
No comments:
Post a Comment